Nahas jalan raya, Ayer Keroh, Melaka, dua beradik menangis, ibu bapa sudah tiada. Dua beradik yang terselamat dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Kilometer 204 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara Isnin lepas, telah dibenarkan keluar dari hospital.
Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Datuk Ngwe Hee Sem berkata, Muhammad Uwais Al-Qarni Khairul Ikhwan, 7, dan Nur Sofea Humaira, 4, akan menerima rawatan susulan oleh pakar ortopedik dan psikiatri di Hospital Serdang.
“Kedua-dua beradik itu akan diiringi ahli keluarga untuk pulang ke kediaman mereka di Bangi, dengan menaiki ambulans lewat petang ini,” katanya ketika dihubungi media, di sini hari ini.
Rabu lepas, dua beradik itu masing-masing menjalani pembedahan pada bahagian paha kanan dan kiri yang cedera.
Sementara itu Hee Sem berkata, Muhammad Uwais dan Nur Sofea jelas tidak dapat menahan perasaan sedih semasa menerima berita mengenai kematian kedua-dua ibu bapa dan adik bongsu mereka dalam nahas berkenaan.
Beliau berkata, kedua-dua mereka menangis selepas dimaklumkan mengenai perkara itu oleh ahli keluarga mereka, dengan bantuan pakar psikiatri Hospital Melaka.
Sementara itu Hee Sem berkata, pemandu treler Mohamad Shafiq Mohd Zuki, 27, yang sebelum ini kritikal dan dipantau di Unit Rawatan Rapi (ICU), dilaporkan sudah sedar dan dijadualkan menjalani pembedahan di paha kanannya, pada minggu pertama Januari 2025.
Media sebelum ini melaporkan kedua-dua beradik itu adalah antara yang terselamat dalam kemalangan yang meragut nyawa lima ahli keluarganya, iaitu ibu bapa mereka Khairul Ikhwan Mazupi, 32, dan Fadzlenna Ramli, 32, serta adik bongsu mereka Muhammad Umar, 2, serta datuk dan nenek Ramli Ab Wahab, 66, dan Fauziah Jaafar, 69.
Dua lagi yang maut ialah pemandu bas persiaran Noorisnien Khamid, 56 dan penumpang warga Singapura Lamrah Asid Ali, 66.
Sumber: Bernama Sinar Harian 1 Sinar Harian 2
Kredit top image: Bernama
Baca artikel lain juga:
Nahas Jalan Raya, Ayer Keroh, Melaka, Dua Beradik Belum Tahu Ibu Bapa Meninggal Dunia
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.