Berita

Nahas Helikopter TLDM, Indvidu Buat Komen Biadap “Askar Lain Semua Mati Masa Perang…”

Share

“Nahas helikopter TLDM, individu komen biadap “askar lain semua mati masa perang…” Di sebalik nahas dua helikopter semasa raptai sempena hari Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) semalam di mana 10 wira TLDM terkorban, masih ada indvidu tidak berasa simpati dengan tragedi yang menimpa.

Nahas Helikopter TLDM

Malah dari kata-kata itu turut mempamerkan betapa rendahnya nilai nyawa  kerana mengeluarkan satu komen berbunyi “baru raptai dah mampos, tak sempat nak perang di ungkapkan oleh seorang individu Saifuddin Shafik @saishafik di platform X semalam.

Ekoran itu, nama individu ini menjadi trending hari ini bila mana ramai bertindak mengecam kata-kata nistanya selain ada laporan polis dibuat ke atasnya kerana kebiadapan kata-kata dilontarkan sebaik video nahas itu dikongsikan di media sosial.

Menyedari hal ini menjadi sensitif, dirinya telah menyah aktif akaun media sosialnya termasuk membuat satu permohonan maaf kerana menurutnya kata-katanya itu tidak sama sampai maksudnya.

Tulisnya “salam semua, saya minta maaf sekiranya bahasa yang diguna agak kasar. Ini sebenarnya isi tersirat di sebalik komen saya sebelum ini.

“Saya mohon maaf kerana komen saya melampaui batas. Secara jujur, ini adalah perkara pertama yang saya fikir bila melihat video tersebut. Bukanlah bermaksud saya ingin merendahkan atau mencaci mereka yang terkorban, cuma saya mengharapkan sekiranya perajurit negara terkorban bukan sebegini rupa.

“Saya berharap siasatan dijalankan untuk mengetahui apakah punca sebenar. Kesilapan manusia atau equipment melfuntion. Sekiranya saya menghuraikan komen saya sebelum ini, ia sebenarnya bermaksud,

“Inna Lillahi Wa Inna Ilahirojiun. Takziah kepada mangsa dan keluarga mangsa.

Indvidu Buat Komen Biadap “Askar Lain Semua Mati Masa Perang…”

Hal sama dilakukan seorang lagi pemilik akaun X @amrarosl yang menulis “Askar lain mati masa perang, askar Malaysia mati masa latihan. Macam manalah boleh bertembung. Yang bawak tu tak habis belajar ke apa,” katanya yang kemudian sudah menyah akuan X nya selepas isu ini tular.

 

 

Dalam pada itu, seorang bekas anggota TLDM turut membuat laporan polis ke atas @saishafik atas komen biadapnya dan berharap tindkan dari pihak berkuasa kerana tidak sensitive dengan tragedi meragut 10 nyawa ini.

Saat satu negara berdukacita, ada yang tidak sensitif mengenai berita menyedihkan ini. Itulah kata orang, cakap siang pandang-pandang, kalau dipanggil pihak berkuasa, menjawab la nanti.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Kakak Tak Sangka Ikan Masin & Telur Goreng Menu Terakhir Permintaan Adik, Salah Seorang Mangsa Nahas Helikopter TLDM

Nahas Helikopter Terhempas, Suami Sepupu Eyra Hazali Antara Terkorban

2 helikopter terhempas ketika raptai di Pangkalan TLDM Lumut

“Alhamdulilah jenazah mama sempurna, cuma cedera di bahagian rahang”. Anak sulung Noor Rahiza luah rasa syukur

“Tudung is my hair. Kalau tak ada tudung, rasa macam botak. Masak pun pakai tudung, tidur pun dengan tudung…inilah perkongsian dari artis legenda, Bonda Noor Kumalasari.
Dalam pertemuan Mingguan Wanita bersamanya, bintang kesayangan ramai ini turut sebak dan mengalirkan air mata tatkala bercerita tentang hijrah 30 tahun lalu mengenai pemakaian tudung yang dilakukannya seterusnya memilih untuk tidak lagi bergelar anak seni walau menerima banyak tawaran.
Mengimbau kenangan lalu, kata Bonda Noor, dahulu balik dari Makkah, dirinya masih tidak menutup aurat dengan sempurna biar ada dinasihati oleh suaminya kerana mati itu akan berlaku tanpa kita tahu.
“Ketika itu Kak Noor cakap, Kak Noor nak pakai ikut kata hati. Kak Noor minta pada Allah dan itulah yang berlaku hingga ke hari ini. Tak pernah tanggal langsung dah. Dah macam rambut.
“Lagi satu bila kita memilih bertudung, kena tanya pada hati kita. Kita pakai untuk siapa? Pakai untuk diri sendiri? Untuk suami? Atau kerana Allah? The best thing pakailah kerana Allah kerana itu adalah syariat dan tuntutan menutup aurat bagi wanita. Ya itulah kita kena lakukan.
Published by
Almaswa Haji Che Ros