Nahas dua helikopter yang terhempas selepas bertembung ketika membuat latihan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut pagi tadi turut mendapat perhatian selebriti tanahair apabila pelakon Eyra Hazali turut memaklumkan salah seorang ahli keluarganya turut terlibat di dalam nahas tersebut.
Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Eyra menerusi hantaran terkini di Instagram Story miliknya.
Terdahulu, dua helikopter dilaporkan terhempas selepas bertembung ketika membuat latihan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut pada Selasa.
Kejadian nahas itu berlaku ketika kedua-dua helikopter itu sedang menjalani latihan raptai sempena Hari Terbuka Armada yang dijadualkan berlangsung 3 hingga 5 Mei ini.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri mengesahkan kejadian berlaku.
Seramai 10 mangsa yang terlibat dilaporkan meninggal dunia. Kedua-dua helikopter terbabit berlepas dari padang Sitiawan, Perak pada jam 9.03 pagi tadi sebelum bertembung di udara.
Pesawat HOM (M503-3) yang membawa tujuh kru terhempas di tangga Stadium TLDM Lumut manakala pesawat Fennec dinaiki tiga kru terhempas di kolam renang Komplek Sukan TLDM Lumut.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Bella Dedah Aliff Curang 11 Kali, Paling Terluka Suami Turut Mencuranginya Dengan Adik Kandung Bella Sendiri
Ibu Aliff Aziz Luah Rasa Sedih, Serahkan Semua Ujiannya Kepada Allah