
Nahas dua helikopter yang terhempas selepas bertembung ketika membuat latihan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut pagi tadi turut mendapat perhatian selebriti tanahair apabila pelakon Eyra Hazali turut memaklumkan salah seorang ahli keluarganya turut terlibat di dalam nahas tersebut.
Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Eyra menerusi hantaran terkini di Instagram Story miliknya.
Terdahulu, dua helikopter dilaporkan terhempas selepas bertembung ketika membuat latihan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut pada Selasa.
Kejadian nahas itu berlaku ketika kedua-dua helikopter itu sedang menjalani latihan raptai sempena Hari Terbuka Armada yang dijadualkan berlangsung 3 hingga 5 Mei ini.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri mengesahkan kejadian berlaku.

Seramai 10 mangsa yang terlibat dilaporkan meninggal dunia. Kedua-dua helikopter terbabit berlepas dari padang Sitiawan, Perak pada jam 9.03 pagi tadi sebelum bertembung di udara.
Pesawat HOM (M503-3) yang membawa tujuh kru terhempas di tangga Stadium TLDM Lumut manakala pesawat Fennec dinaiki tiga kru terhempas di kolam renang Komplek Sukan TLDM Lumut.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Bella Dedah Aliff Curang 11 Kali, Paling Terluka Suami Turut Mencuranginya Dengan Adik Kandung Bella Sendiri
Ibu Aliff Aziz Luah Rasa Sedih, Serahkan Semua Ujiannya Kepada Allah
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kereta Safiq Rahim pula dirosakkan, diketuk dengan tukul besi

Selepas digemparkan dengan insiden jenayah menimpa dua tonggak negara, seorang lagi pemain bola sepak kebangsaan berhadapan detik cemas apabila diserang individu tidak dikenali, malam tadi.
Menurut sumber, pemain bola sepak bagi pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Safiq Rahim, 37, didatangi dua lelaki menaiki motosikal selepas mengambil barang di Pusat Latihan JDT Sri Gelam, Johor Bahru, Johor, kira-kira jam 10 malam tadi.
Difahamkan semasa berada di Jalan Sri Gelam menghala ke Pantai Lido, kereta Honda City dipandu Safiq dihampiri sebuah motosikal dinaiki dua lelaki.
“Pembonceng motosikal itu kemudian mengeluarkan tukul besi sebelum mengetuk cermin bahagian belakang kereta dipandu Safiq menyebabkan dia memberhentikan kenderaan.
“Dua lelaki terbabit kemudian yang berhenti menunjukkan tukul sebelum Safiq mengundurkan keretanya dan beredar dari lokasi kejadian,” katanya.
Menurutnya, kejadian itu menyebabkan cermin bahagian belakang kereta pemain bola sepak kebangsaan terbabit pecah.
Safiq kemudian membuat laporan berhubung kejadian itu di Balai Polis Larkin kira-kira jam 11 malam tadi.
Polis sudah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat.
Sementara itu, Polis sedang mengesan dua lelaki yang disyaki terlibat dalam insiden pecah cermin kereta Honda City milik pemain Kelab Bola Sepak Johor Darul Takzim (JDT), semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat mengesahkan pihaknya menerima satu laporan yang dibuat pemain tengah JDT, Safiq Rahim, 36.

“Siasatan awal pihak polis mendapati kejadian berlaku pada 10.05 malam, 7 Mei (semalam) di kawasan sekitar Johor Bahru.
Guna Tukul Besi
“Mangsa merupakan pemain bola sepak kelab JDT berusia 36 tahun menyatakan cermin kereta yang dipandu dipecahkan dua inividu tidak dikenal dengan menggunakan alat dipercayai tukul besi.
“Suspek turut menunjukkan tukul ke arah mangsa sebelum melarikan diri dengan menaiki motosikal yang tidak dikenal pasti nombor pendaftarannya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Raub berkata, mangsa tidak mengalami kecederaan dan kerosakkan kereta pecah cermin besar di bahagian belakang.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Datuk Seri Rossa Jadi Pilihan Usanita Entertainment, Komited Perkasa Industri Tempatan

Isi Kandungan
ToggleNama Datuk Seri Rossa sememangnya cukup disayangi di kalangan rakyat Malaysia sejak sekian lamanya. Baru-baru ini, ibu kepada seorang cahaya mata ini telah dipilih sebagai selebriti pertama untuk merasmikan Usanita Entertainment, sebuah cabang terbaru di bawah Usanita Sdn Bhd yang komited memperkasa dan menaik taraf industri kreatif tempatan.
Usanita Entertainment berhasrat untuk mewujudkan ekosistem yang mampan dalam industri seni dan budaya, dengan menekankan inovasi serta kolaborasi antara penggiat seni tempatan dan antarabangsa.
Pelancaran Tepat Masanya
Pelancaran rasmi Usanita Entertainment ini dimulakan dengan episod istimewa talk show digital berjudul Usanita: Unwrapped Kisah Di Sebalik Spotlight Special Edition With Dato Sri Rossa. Program ini dihoskan oleh Awal Ashaari bersama Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd, Datuk Adzliana Dato’ Sri Prof Dr Hasan.
Episod istimewa ini dijangka memberikan perspektif mendalam tentang perjalanan seni Rossa, yang telah menjadi inspirasi kepada ramai peminat di seluruh Nusantara.
Sebaik sahaja selesai rakaman program bual bicara tersebut, acara diteruskan dengan upacara simbolik tanda tangan plak perasmian Usanita Entertainment. Datuk Seri Rossa bersama Datuk Adzliana secara rasmi menandatangani plak sebagai tanda permulaan perjalanan baharu Usanita Entertainment dalam menerokai peluang baharu untuk penggiat seni tempatan dan antarabangsa.
Datuk Adzliana dalam kenyataan rasminya menyatakan bahawa penglibatan Rossa sebagai figura utama pelancaran ini sangat signifikan, memandangkan beliau bukan sahaja dihormati sebagai penyanyi, tetapi juga sebagai ikon yang berperanan besar dalam memupuk hubungan antara penggiat seni dari Malaysia dan Indonesia.
“Kami berbangga dapat memulakan langkah pertama ini dengan Datuk Seri Rossa, yang membawa pengalaman dan pengaruh antarabangsa dalam arena kreatif. Ini membuka jalan untuk kerjasama yang lebih besar pada masa hadapan,” tambah beliau.
Sesi pelancaran tersebut bukan sahaja berfokus kepada perasmian, malah ia turut disaksikan oleh pelbagai pihak media tempatan yang diberi peluang menyaksikan secara langsung permulaan Usanita Entertainment.
Signifikan tanda tanganoleh Datuk Seri Rossa pada pelancaran Usanita Entertainment adalah kerana Usanita bertindak sebagai rakan penaja untuk Malam Gala Filem Dokumentari All Access To Rossa: 25 Shining Years yang akan berlangsung di Dadi Cinema, Kuala Lumpur.

Kisah Inspirasi Rossa
Dokumentari ini meraikan perjalanan karier cemerlang Rossa selama 25 tahun, dan dengan penglibatan Usanita sebagai penaja, ia menandakan sokongan kukuh Usanita terhadap seni dan industri kreatif, sekaligus memperkukuhkan hubungan strategik antara kedua-dua pihak dalam memartabatkan bakat seni di peringkat serantau.
Usanita Sdn Bhd berhasrat untuk memperkenalkan beberapa inisiatif yang melibatkan latihan, peluang kerjaya, serta program sokongan kreatif bagi artis-artis tempatan.
Usanita Entertainment juga akan melibatkan diri secara aktif dalam penerbitan kandungan berkualiti tinggi yang merangkumi pelbagai platform digital, selari dengan perkembangan teknologi masa kini. Pendekatan ini adalah sebahagian daripada usaha Usanita untuk memastikan karya seni tempatan mendapat pendedahan lebih luas di peringkat global.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tradisi Bertemu Inovasi, COURTS Malaysia Mulakan Kempen Raya Penuh Bergaya

COURTS (Malaysia) Sdn Bhd, peruncit barangan elektrik dan perabot terkemuka baru-baru ini melancarkan Kempen Raya 2025 bertemakan Tradisi Bertemu Inovasi yang menawarkan pelbagai promosi menarik untuk pelanggan di seluruh Malaysia.
Menurut Ketua Pegawai Operasi, Sam Chee Foo berkata , Kempen Raya 2025 kali ini menawarkan pelbagai tawaran dan diskaun menarik kepada pelanggan.

“Tawaran istimewa ini sebagai persediaan menyambut Aidilfitri. Sempena kempen ini kami tawarkan pulangan tunai berjumlah sehingga RM2.5 juta bagi setiap pembelian produk LG. Selain itu, pelanggan juga berpeluang mendapatkan pulangan tunai sehingga RM2,500.
“Diskaun eksklusif dan potongan harga sehingga 30% untuk jenama terkenal seperti Sharp, Sony, Silentnight dan NeckPro juga turut disediakan. Penghantaran dan pemasangan percuma, serta pemasangan penghawa dingin pada harga terendah di pasaran bermula dari RM99.”
Kempen ‘Beli & Menang’
Sam Chee Foo juga menambah, melalui Kempen ‘Beli & Menang’ pula pelanggan juga berpeluang memenangi banyak hadiah menarik.
“Antara hadiah yang kami tawarkan termasuk Samsung Galaxy S24 Ultra, TV Pintar Hisense dan baucar tunai bernilai RM1,000 untuk 38 pelanggan yang berbelanja RM500 ke atas. . Semua ini adalah sebahagian daripada usaha kami untuk memastikan pelanggan dapat menyambut Raya dengan lebih bergaya tanpa tekanan kewangan.
“Kami juga turut menawarkan dua jenis pelan pembayaran ansuran mudah dan fleksibel yang juga patuh syariah selaras dengan prinsip Islam untuk memudahkan akses kepada produk berkualiti tinggi. Melalui kempen ini,pelanggan juga berpeluang menebus hadiah bernilai sehingga RM2,000 dengan pembelian melalui pelan pembayaran ansuran.”
“Kempen ini juga mencerminkan komitmen teguh syarikat dalam membantu pelanggan dengan menawarkan penyelesaian inovatif sambil mengekalkan keunikan tradisi perayaan dan mengadaptasi kemajuan kehidupan moden.”

Majlis pelancaran kempen ini disempurnakan melalui upacara simbolik ad ball, yang menggambarkan semangat kemeriahan perayaan serta dedikasi COURTS dalam menyediakan solusi yang inovatif.
Turut hadir pada majlis tersebut Ketua Pegawai Eksekutif COURTS Malaysia, Harry Higashiura, Lim Wai Fern (Ketua Pegawai Kewangan COURTS Malaysia), Douglas Chung (Pengurus Besar LG Electronics Malaysia), Ting Yang Chung (Pengarah Urusan SHARP Electronics Malaysia), Chiw Yew Meng (Pengurus Besar SONY Malaysia), Koo Yee Fei, (Ketua Pegawai Operasi NeckPro oleh Carest Bedding Sdn Bhd), Alec Liong, (Pengurus Korporat Silentnight Malaysia).
COURTS Malaysia telah beroperasi sejak tahun 1987 dan kini memiliki lebih 46 cawangan di seluruh negara. Kini rangkaian perniagaannya merangkumi produk elektrik, IT, perabot, serta kelengkapan untuk kediaman. COURTS juga menyediakan pelbagai pilihan pembayaran fleksibel, termasuk penyelesaian pembiayaan dalaman bagi memudahkan urusan pembelian pelanggan.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI