Berita

Nahas Helikopter Terhempas, Anak Allahyarham Nurfarahimi Sudah Boleh Terima Kenyataan, Ibu Mereka Sudah Tiada

Share

Anak-anak Allahyarham Nurfarahimi sudah boleh terima kenyataan, ibu mereka sudah tiada. Tiga anak Allahyarham Pegawai Waran II, Nurfarahimi Mohd Saedy sudah mula memahami dan menerima kejadian yang menimpa ibu mereka.

Arwah meninggalkan suami yang juga seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Kuantan, Pahang serta mempunyai tiga orang anak berusia 16, 12 dan lapan tahun.

Nahas Helikopter Terhempas, Anak-anak Allahyarham Nurfarahimi Sudah Boleh Terima Kenyataan

Suami Allahyarham, Pegawai Waran I Muhammad Faizul Kameh, 42, berkata, dia percaya ketiga-tiga anaknya iaitu Muhamad Alif Farhan, 16, Nur Alwani Fatihah, 12, dan Nur Alwani, 9, cukup kuat untuk menerima ketentuan Ilahi meskipun masih bersedih.

Artikel lain: Nurfarahimi Luah Teringin Naik Helikopter Sebelum Pencen, Bakal Tamatkan Perkhidmatan Beberapa Bulan Lagi

“Anak sulung saya sampai langsung tak bercakap dengan ahli keluarga lain sehinggalah majlis pengebumian selesai. Namun sebagai ayah, saya menasihati mereka untuk menerima apa yang telah ditentukan Allah SWT.

Ibu Mereka Sudah Tiada

“Alhamdulillah, ketiga-tiga anak saya beransur-ansur pulih,” katanya ketika ditemui Bernama di kediamannya di Pangkalan TLDM Lumut di sini hari ini.

Muhammad Faizul yang bertugas di Kuantan, Pahang sejak enam bulan lepas berkata, dia akan menguruskan proses perpindahan ke Lumut bagi memudahkan urusan menjaga ketiga-tiga anaknya.

“Selepas apa yang berlaku saya fikir untuk kembali ke Lumut kerana anak sulung bakal menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun depan dan saya tak mahu dia hilang fokus,” katanya.

Dia turut menzahirkan penghargaan tidak terhingga kepada seluruh rakyat Malaysia yang mendoakan dan memberikan sokongan moral kepada keluarganya.

Baca lagi: Kakak Tak Sangka Ikan Masin Telur Goreng Menu Terakhir Permintaan Adik, Salah Seorang Mangsa Nahas Helikopter TLDM

Sebelum itu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad menziarahi Muhammad Faizul sekeluarga selain keluarga mendiang Leftenan T Sivasutan dan waris Pegawai Waran II TMK, Mohd Shahrizan Mohd Termizi.

Noraini (dua dari kiri) beramah mesra dengan dengan anak-anak Pegawai Waran II Allahyarhamah Nurfarahimi iaitu Muhamad Alif Farhan (kanan) Nur Alwani Fatihah, (dua dari kanan) dan Nur Alwani Farihah, (tiga dari kanan) ketika menziarahi waris mangsa nahas udara di Pangkalan TLDM) hari ini. – Foto: Bernama

Dalam kejadian 9.32 pagi pada 23 April lepas, 10 anggota dan pegawai TLDM maut selepas dua helikopter terhempas ketika sedang menjalani raptai lintas hormat bersempena dengan sambutan Ulang Tahun TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut.

Kredit foto: Bernama

Sumber: Sinar Harian

Baca lagi: 2 helikopter terhempas ketika raptai di Pangkalan TLDM Lumut

“Tudung is my hair. Kalau tak ada tudung, rasa macam botak. Masak pun pakai tudung, tidur pun dengan tudung…inilah perkongsian dari artis legenda, Bonda Noor Kumalasari.
Dalam pertemuan Mingguan Wanita bersamanya, bintang kesayangan ramai ini turut sebak dan mengalirkan air mata tatkala bercerita tentang hijrah 30 tahun lalu mengenai pemakaian tudung yang dilakukannya seterusnya memilih untuk tidak lagi bergelar anak seni walau menerima banyak tawaran.
Mengimbau kenangan lalu, kata Bonda Noor, dahulu balik dari Makkah, dirinya masih tidak menutup aurat dengan sempurna biar ada dinasihati oleh suaminya kerana mati itu akan berlaku tanpa kita tahu.
“Ketika itu Kak Noor cakap, Kak Noor nak pakai ikut kata hati. Kak Noor minta pada Allah dan itulah yang berlaku hingga ke hari ini. Tak pernah tanggal langsung dah. Dah macam rambut.
“Lagi satu bila kita memilih bertudung, kena tanya pada hati kita. Kita pakai untuk siapa? Pakai untuk diri sendiri? Untuk suami? Atau kerana Allah? The best thing pakailah kerana Allah kerana itu adalah syariat dan tuntutan menutup aurat bagi wanita. Ya itulah kita kena lakukan.
Published by
Has