Nahas 5 Sahabat Rentung Disahkan Pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS)

Share

Disaat sambutan Syawal masih diraikan, berita duka buat 5 keluarga waris mangsa ini apabila terlibat dalam kemalangan tragis dan rentung dalam satu kereta awal pagi tadi.

Pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS)

Lima individu yang bersahabat ini rentung dalam kemalangan di Kilometer 245.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran Terowong Menora di sini, dikenal pasti pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), di sini.

Mereka adalah Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22, pemandu kereta, Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21, penumpang hadapan, Iqbal Hasnun Halimi, 23, Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, dan Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20, masing-masing duduk di bahagian belakang.

Dekan Bahagian Hal Ehwal Pelajar USAS, Dr Ahmad Zaki Hasan ketika dihubungi mengesahkan kelima-lima mangsa merupakan penuntut universiti berkenaan.

Menurutnya, dua daripada mangsa merupakan pelajar diploma manakala tiga lagi adalah pelajar ijazah sarjana muda.

“Kesemua mereka sudah pun dikenal pasti oleh pihak hospital dan pihak polis.

“Kita juga telah maklumkan mengenai kejadian ini kepada waris untuk mereka hadir ke hospital bagi proses pengecaman.

“Kita akan cuba bantu apa yang diperlukan oleh waris, bagi memudahkan urusan,” katanya.

Terperangkap Dalam Kebakaran

Dalam kejadian sekitar 12.52 malam itu, semua mangsa terperangkap selepas berlaku kebakaran melibatkan sebuah kereta dan treler.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata nahas membabitkan kereta yang belum dikenal pasti modelnya dengan dua treler yang masing-masing bermuatan besi dan mozek.

Katanya, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar bergegas ke tempat kejadian dibantu oleh BBP Meru Raya serta jentera tangki air BBP Kamunting dan BBP Ipoh sebaik panggilan diterima jam 12.52 tengah malam tadi.

8 Mangsa Terlibat

Katanya, nahas membabitkan keseluruhan sebanyak lapan mangsa, dengan lima daripadanya yang menaiki kereta maut di tempat kejadian manakala dua pemandu treler dan seorang kelindan terselamat.

“Lima mangsa di dalam kereta disahkan maut selepas rentung oleh pegawai perubatan hospital dengab kerja mengeluarkan mangsa masih dijalankan,” katanya.

Baca Lagi Di Sini:Remaja Hilang Selepas Solat Subuh.’ Hilang Di Cheras Jumpa Di Kedah

Mesti Baca:“Sempat Muat Naik Status WhatsApp.’ Kereta Hilang Kawalan, Suami Isteri Terkorban

Mingguan Wanita:Salam takziah buat seluruh keluarga mangsa nahas kemalangan ini. Semoa diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian serta dugaan ini. Alfatihah.

Sumber: Bharian, Sinar Harian

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Anak kedua memang unik.

Published by
Suhaidah Abd Wahab