Disaat sambutan Syawal masih diraikan, berita duka buat 5 keluarga waris mangsa ini apabila terlibat dalam kemalangan tragis dan rentung dalam satu kereta awal pagi tadi.
Pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS)
Lima individu yang bersahabat ini rentung dalam kemalangan di Kilometer 245.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran Terowong Menora di sini, dikenal pasti pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), di sini.
Mereka adalah Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22, pemandu kereta, Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21, penumpang hadapan, Iqbal Hasnun Halimi, 23, Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, dan Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20, masing-masing duduk di bahagian belakang.
Dekan Bahagian Hal Ehwal Pelajar USAS, Dr Ahmad Zaki Hasan ketika dihubungi mengesahkan kelima-lima mangsa merupakan penuntut universiti berkenaan.
Menurutnya, dua daripada mangsa merupakan pelajar diploma manakala tiga lagi adalah pelajar ijazah sarjana muda.
“Kesemua mereka sudah pun dikenal pasti oleh pihak hospital dan pihak polis.
Ads
“Kita juga telah maklumkan mengenai kejadian ini kepada waris untuk mereka hadir ke hospital bagi proses pengecaman.
“Kita akan cuba bantu apa yang diperlukan oleh waris, bagi memudahkan urusan,” katanya.
Terperangkap Dalam Kebakaran
Dalam kejadian sekitar 12.52 malam itu, semua mangsa terperangkap selepas berlaku kebakaran melibatkan sebuah kereta dan treler.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata nahas membabitkan kereta yang belum dikenal pasti modelnya dengan dua treler yang masing-masing bermuatan besi dan mozek.
Ads
Katanya, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar bergegas ke tempat kejadian dibantu oleh BBP Meru Raya serta jentera tangki air BBP Kamunting dan BBP Ipoh sebaik panggilan diterima jam 12.52 tengah malam tadi.
8 Mangsa Terlibat
Katanya, nahas membabitkan keseluruhan sebanyak lapan mangsa, dengan lima daripadanya yang menaiki kereta maut di tempat kejadian manakala dua pemandu treler dan seorang kelindan terselamat.
“Lima mangsa di dalam kereta disahkan maut selepas rentung oleh pegawai perubatan hospital dengab kerja mengeluarkan mangsa masih dijalankan,” katanya.
Mingguan Wanita:Salam takziah buat seluruh keluarga mangsa nahas kemalangan ini. Semoa diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian serta dugaan ini. Alfatihah.
Negarawan Tun Dr Mahathir Mohamad, antara ‘living legend’ dalam dunia politik yang pastinya dikenang jasanya sampai bila-bila oleh rakyat Malaysia. Dua kali menjadi Perdana Menteri, dan memerintah Malaysia sebagai Perdana Menteri interim.
Keperibadian beliau sendiri menjadi sanjungan rakyat. Bagaimana bijaknya Tun Mahathir mentadbir Malaysia, Tun juga seorang suami suami yang begitu ‘loving’ dengan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.
Sepuluh point perkongsian Khairul Hakimin Muhammadini perlu mak ayah ambil ikhtibar dan pelajari. Jika anda boleh serap dalam kehidupan seharian, itu juga bonus untuk diri sendiri.
Ini Yang Tun Mahathir Ajar..
Beliau ajar saya tentang:
1. Apa yang orang cakap, tulis. Apa yang kita sendiri cakap, pun tulis. Ia akan menajamkan ingatan dan senang untuk rujuk sama ada orang itu menipu atau bercakap jujur. Kita juga sentiasa kena jujur.
2. Membaca buku setiap hari. Ia untuk kecerdasan otak.
3. Banyak bermain dengan matematik. Supaya kita rajin mengira dan mendarab. Dua benda ini akan kayakan negara jika kita mahir.
4. Mesti belajar bahasa lain selain dari bahasa melayu. Ia akan memudahkan proses pembelajaran dan dakwah makin hebat tersebar.
5. Sayangi isteri. Kuatkan dia supaya kita juga kuat. Isteri yang hebat adalah untuk suami yang hebat.
6. Sayangi badan sendiri. Perhati apa yang masuk melalui mulut supaya kita sedar bahan api apa yang kita guna untuk kekalkan enjin (tubuh) kita menjadi antik berguna atau besi buruk.
Sentiasa Belajar Setiap Kali Menang
7. Politik itu kotor, bersihkan dengan berlaku jujur, tegap pendirian dan sentiasa ada pasukan yang kuat.
8. Sentiasa belajar setiap kali menang. Bukannya kalah baru nak masuk kelas semula. Menang juga ujian.
9. Pasukan yang hebat ialah mereka yang tahu kerja sendiri. Tahu apa yang nak dibuat bukan sibuk buat kerja orang, banyak cakap dan banyak pidato.
10. Semua orang boleh jadi bangsa yang hebat. Namun tak semua orang yang boleh dicubit, yang boleh masuk arena sepak terajang kemudian melawan dengan kehebatan ilmu serta kemahiran. Siapa yang boleh, maka dia akan bangunkan negara. Kalau tidak, dia akan jadi orang lembik yang mengikut telunjuk orang sampai bila-bila.
Begitulah.
Terima kasih Tun kerana kembali menjadi Perdana Menteri selama 1 tahun 8 bulan ini.
Juga selamat menjadi Perdana Menteri Interim yang selepas ini nyatanya bukan lagi Tun kekal sebagai PM. Segala jasa dan kebaikan Tun akan dikenang hingga bila-bila.
Terima kasih dari rakyat yang berusaha bekerja untuk sama-sama membangunkan negara.
Terima kasih Tun.
MW :Jasa yang Tun Mahathir curahkan tersangatlah besar. Semoga insan kesayangan rakyat Malaysia ini sentiasa berada di bawah rahmat dan lindunganNya.
Tabiat pelik seorang lelaki di China yang gemar menghidu stoking busuknya setiap hari akhirnya membawa padah apabila dia mengalami jangkitan kulat yang teruk pada paru-parunya.
Mirror Online melaporkan, setiap hari lelaki berasal dari Zhangzhou, tenggara China itu akan menukar baju yang bersih dan selesa namun tetap akan menghidu stoking yang dipakainya sepanjang hari selepas pulang daripada bekerja.
Tabiat pelik tersebut mengundang padah, menyebabkan paru-parunya dijangkiti kulat yang terdapat pada stoking yang terbentuk akibat kakinya yang berpeluh.
Dia mengalami batuk teruk dan kesukaran bernafas hingga terpaksa mendapatkan rawatan di hospital bahagian kes kecemasan.
Laporan imbasan X-ray paru-paru lelaki ini dijangkiti kulat.
Laporan perubatan pada imbasan X-ray paru-paru lelaki ini mengesahkan jangkitan itu berpunca daripada ketagihannya menghidu stoking setiap hari.
Ketagihan pada bau stoking pernah dilaporkan media di beberapa negara, pada awal tahun ini, seorang lelaki di Amerika Syarikat dilaporkan sanggup membayar sejumlah wang kepada wanita untuk mendapatkan stoking busuk yang dipakai mereka.
MW: Macam-macam lah tabiat pelik-pelik yang ada di dunia ni. Bahayanya boleh mengundang padah dan jejaskan kesihatan! .
Mahu turunkan berat badan selepas bersalin memang payah. Perlukan disiplin dan komitmen yang tinggi. Sebenarnya sejak di dalam pantang lagi, ibu bersalin perlu menjaga pemakanan dan mulakan beberapa rutin agar berat badan mulai turun.
Jangan jadikan menyusu badan sebagai alasan untuk anda membesarkan badan. Sebab ada wanita yang mudah turun berat badan kerana menyususkan anak. Selain itu dikatakan amalan bertungku juga membantu wanita baru bersalin mendapat berat badan idaman.
Finally bonda muncul jua tunjuk muka hari ini berpantang hari ke-15. Itu pun disebabkan ada photoshoot new born untuk baby #SuciHawaZulaikha dengan @babybonnetviralmalaysia
Tetapi kenapakah mak baby yang over ni??? Nak shoot anak, mak yang beriya mekap. Haaa, sabab dah di touch up cantik oleh MUA @yusra_yahaya. Bonda tiba-tiba confident sikit nak tunjuk muka ini. Kalau tak memang berpilis dahi, berkain batik, bau herba jamu bagai badan ini… Hehehe…
Okay nak share dengan ibu-ibu berpantang di luar sana. Bonda turun 9 kilogram dalam masa dua minggu ini. Kali ini lambat sikit berbanding anak-anak sebelum ini sebab ada masalah kesihatan selepas sahaja Bonda bersalin hari itu pada 30 Disember 2019. Selalunya lebih 10 kilogram dalam masa seminggu sahaja. Tetapi tak kisahlah lain anak, lain kisah dan pengalamannya kan. Nak tahu Bonda sakit apa lepas bersalin??? Nanti Bonda share kisah tu dalam part 4 & 5 #kisahlabourroombondayatt ya.. In shaa Allah.. Sabar sikit tau.
Rupanya sebelum ini dalam masa sahaja, selebriti, Yatt Hamzah mampu menurunkan berat badan. Namun atas faktor kesihatan, beratnya hanya turun sembilan kilogram dalam masa dua minggu. Paling penting sekarang keduanya selamat dan sihat.
Kurus Dengan Bertungku
Disebabkan ramai yang mula bertanya apakah rahsia Yatt Hamzah yang turun berat badan dengan cepat. Dia terus berkongsi rahsianya selama ini menerusi postingnya, Yatt Hamzah
Mashaallah sejak post gambar berjubah putih samalam ramainya yang tanya apa rahsia cepat kurus muka selim melim bagai. Allahurobbi… Haza min fadhli rabbi… Semuanya dari Allah. Tapi jujur Bonda memang rajin bertungku dari dahulu. Itu bukan rahsia tapi amalan yang kena rajin buat. Paling afdhal 2 hingga 3 kali sehari, pagi sekali… petang sekali dan malam sebelum tidur sekali. Tetapi Bonda sempat buat 2 kali sahaja. Pagi oleh Kak Sal CL @ashriszspa. Petang bertungku sendiri dengan tungku elektrik premium dari @PELAM_HQ
Haaa memang mudah sangat kerja Bonda dengan tungku electrik ini sebab sambil menyusu pun boleh bertungku. Cuma perlu panaskan tungku selama sejam sebelum guna. Sudah panas terus sahaja cabut kabel cas dan mulalah tekan-tekan pada perut, kaki dan mana-mana bahagian yang sakit dan sengal selepas bersalin. Alhamdulillah Bonda sangat berpuas hati dengantungku ini dan syorkan pada ibu-ibu berpantang semua untuk amalkan juga. Insyallah cepat sembuh, slim dan kecut peranakan.
**media[121263,121266,121267]**
MW: Bagi wanita berpantang yang sedang mencari kaedah menguruskan berat badan, mungkin anda boleh mencuba cara Yatt Hamzah. Mungkin serasi dengan bertungku, berat badan anda mulai turun. Paling penting jaga kesihatan ibu berpantang dan anak yang baru lahir. Jangan terlalu obses menurunkan berat badan hingga mengabaikan kesihatan diri.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!