
Seronok tengok gambar sup daging yang dikongsi di laman sosial musim Raya Haji ini, tetapi AWAS ya! Sedap macam mana pun makan sup, tolonglah beringat lemak-lemak daging ini boleh memudaratkan kesihatan.
Jadi nak elak daripada penyakit singgah dan saiz badan makan membesar, mak-mak boleh guna tip yang dikongsi oleh Puan Hani Mynis.
Cara buang lemak dalam sup daging
Rasanya musim-musim raya haji ni menu sup tulang sup daging memang wajib ada. Hari ini pun Alhamdulillah ibu buatkan sup tulang.
Alang-alang tu meh hani kongsi macam mana nak buang lemak/minyak daging kat dalam sup tu. Ibu pula sporting nak tolong hani buat tutorial ni.
So here we go, cara paling mudah nak buang lemak/ minyak kat sup tulang/daging. Kalau nak buang minyak lebihan kat dalam sambal pun boleh guna cara ni.
✅Sediakan satu senduk besi/aluminium/stainless steel
✅Masukkan dalam peti ais bahagian beku (10 minit gitu dah memadai)

✅Lalukan senduk (bahagian bawah) kat bahagian atas sup (pastikan sup dah sejuk sikit, bukan nye panas-panas) secara membulat (macam dalam video)
✅Buang hasil minyak yang membeku. Siap.
Semoga bermanfaat.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jangan Ditambah Kesedihan Mak Ayah Adam Rayqal, ‘Bayi Yang Ditemui Meninggal Di Rumah Pengasuh’

Isi Kandungan
TogglePagi ini selain kes penahanan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan dibicarakan di mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, negara dikejutkan dengan berita kematian adik Adam Rayqal yang dijumpai di rumah pengasuh dalam peti sejuk beku 2 pintu.
Sejak semalam, berita kehilangan Adam Rayqal menjadi viral dan ramai yang membantu menyebarkan dengan niat agar akhirnya anak kecil usia 5 bulan ini ditemui. Ya, Adam Rayqal akhirnya ditemui tapi dalam keadaan yang cukup menyayat hati.
Dalam tersebarnya berita sebegitu, ada juga sisi negatif netizen yang memberikan komen tak agak-agak, ‘suci bak malaikat’. Hadamkan teguran yang dibuat oleh bapa viral kebangsaan, Khairul Hakimin Muhammad ini. Jagalah kata-kata agar tiada hati yang makin terluka.
Anak Ini Dijumpai Dalam Peti Sejuk Beku 2 Pintu
Acapkali ada berita kehilangan, kita semua bersatu dan sepakat untuk membantu supaya anak yang diberitakan hilang itu kembali ke pangkuan keluarga dengan selamat. Dan butang share, print screen serta apapun gambar dan teks dilaungkan sebanyak-banyaknya di medan media sosial kita.
Maka, ianya viral.
Seperti semalam, kehilangan Adik Adam Rayqal berjaya dibuat dengan cukup berkesan apabila kita sama-sama berjuang menyebarkannya semoga sesiapa yang nampak, membawanya pulang.
Usianya 5 bulan. Awalnya diberitahu yang anak ini dilarikan seorang lelaki yang pecah masuk ke rumah pengasuhnya.
Lalu malam tadi, dapatlah berita yang menyakitkan. Anak ini dijumpai di dalam peti sejuk beku 2 pintu di rumah pengasuh yang masih lengkap berpakaian di dalam sebuah beg. Beliau sudah meninggal dunia.
Lalu ianya tersebar sekali lagi, 200 share, 10,000 share. Dan kali ini ia membawa perit beribu kali ganda.
Banyaknya komen yang secara tak langsung membantai si ibu kerana sibuknya pergi kerja, sepatutnya tak perlu kerja. Sepatutnya juga menjaga anak sendiri di rumah.
Ada yang siap perli-perli ala ugamawan ‘syukurlah saya jaga anak saya sendiri, saya sanggup berhenti kerja demi anak-anak, anak-anaklah permata saya, alhamdulillah’.
Dan belum lagi komen yang bukan-bukan. Dari sedih, jadi mahu maki pula membacanya.
Inilah Malaysia Kawan-kawan
Kita sepakat membantu, kita juga bersatu menolong. Namun ada segelintir dari kita yang suka persoal, suka begitu begini apabila ada sahabat kita, keluarga kita ditimpa musibah.
Dalam bab 6 (Fikiran dan Rasa Seni), naskah ‘Peribadi’ tulisan Buya Hamka, Buya berpesan yang kita ini seharusnya membereskan apa yang ada di dalam fikiran terlebih dahulu, sebelum meluahkannya di mana-mana.
Perkataan beres itu sangat kuat. Yang mana ianya perlu ditafsir, diletakkan dalam compartment sabar, kemudian diteliti beberapa detik barulah kita luahkannya dalam bentuk perkataan atau perbuatan.
Sekiranya apabila kit abaca 1-1 hal, mendengar 1-1 hal dan melihat 1-1 hal, kita tidak ada respon untuk meneliti, memuhasabah serta menasihati diri untuk tenang dari membuat ulasan, maka hati kita boleh rugi dan hancur berkali-kali.
Kesukaan dan kebencian ini harus diasingkan. Saya merayu sangat-sangat.
Bayi adalah satu bentuk kecintaan, kasih sayang serta luahan hubungan antara suami isteri. Dan kematian dalam bentuk begini, bukan untuk dipersoalkan, namun untuk kita hadam, belajar dan melihat semuanya dalam banyaknya bentuk yang sedang ada di sekeliling kita.
Kemudian, kita tanam dalam diri. Kita di sebelah yang mana.
Sebelah kasih sayang, atau di sebelah kebencian. Ibu dan ayah bayi ini sedang bersedih. Dan kita semua, menambah-nambah lagi keruntuhan hati itu dengan komen begitu.
Pilih.. Mahu Jadi Siapa Di Medan Sosial
Kawan-kawan yang baik,
Media sosial ini medium yang tidak terdidik. Kita gunakannya dengan membeli telefon. Kemudian memuat turun aplikasi dan menggunakannya mengikut hak-hak kita sendiri.

Kita pilih mahu jadi siapa di medan itu. Jadi diri sendiri, jadi ibu penyayang, jadi isteri yang berlumba-lumba, jadi suami yang menayang-nayang, jadi anak yang lawa, segak, jadi politician yang berjuang, jadi pengusaha restoran yang berusaha, apa sahaja. jadilah.
Semua ini tidak ada langsung latihan khas, sekolah hebat serta mana-mana institusi yang mengajarkannya untuk menggunakan dengan akal dan hati. Tak ada.
Namun kawan-kawan, asbab tidak terdidik ini, menjadikan kita ini sebagai orang lain. Yang diluarnya dikenali sebagai begitu begini, namun di tulisannya begitu begini pula.
Kita manusia sahaja. Yang mana pusinglah ikut mana pun, balik-balik hati kita yang dilihat. Objek yang kita tak boleh lihat itu, hari ini boleh dipandang melalui apa yang kita tuliskan, kemudian up.
Sungguh, kadang-kadang, dari memenangkan hati sendiri, eloklah kita diam, biar otak memaksanya supaya jadi santun dan sopan. Dan seluruh tubuh termasuk mata, kaki, serta apa sahaja bentuk yang memalukan dan mengaibkan diri sendiri itu akan setuju dengan hati kita.
Dan pada waktu itu kita sedar kita sedang puas melihat banyaknya cela diri sendiri berbanding orang lain. Lalu perbaikinya perlahan-lahan tanpa media sosial.
Hubungan otak dan hati ini saling berkait, jika ke2-2nya bersatu menuju kemuliaan, maka baiklah yang keluar, hebatlah yang menonjol. Dan pastinya, ada keistimewaannya selepas kita pergi nanti.
Tak mungkin Allah berikan kelebihan teknologi, pembangunan serta media sosial yang sangat hebat hari ini sekadar saja-saja. Pasti ada yang boleh kita bereskan untuk kehidupan yang lebih baik.
Begitulah.
Sumber/Foto : Khairul Hakimin Muhammad, nasihat untuk diri sendiri.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Adunan ROTI JALA Cantik, Pekat Likat Selepas Bancuh Biarkan Selama 15 Minit

Isi Kandungan
ToggleRoti Jala memang sedap dicicah dengan kuah kari atau kuah durian. Nak buatnya memang agak renyah perlu ‘dijala’ satu persatu. Namun jika dapat sukatan dan adunan yang betul, barulah hasilnya Roti Jala ni cantik dan mudah ‘dijala’ atas kuali. Rupanya antara tipnya, selepas adunan dibancuh ia perlu dibiarkan seketika selama 15 minit agar ia menjadi pekat dan likat.
Nak buat roti Jala, baik sukatan untuk adunan sikit mahupun banyak, boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Siti Noorbaya Othman ini.
Berikut perkongsian tersebut;
Bahan-Bahan:
(Adunan 1 kilo) anggaran dalam 90 biji
1 kilo Tepung Gandum
1.7 litre air (masukkan sikit-sikit)
2 biji telur
1 sk garam
3 sudu besar minyak masak
1 cawan santan (saya pakai cap KARA)
Sedikit pewarna kuning lemon atau serbuk kunyit
(Adunan untuk 3 cawan tepung) anggaran 35 biji)
3 cawan tepung
3 cawan air
1 biji telur
1 sk garam
2 sudu besar minyak masak
1/2 cawan santan (saya pakai cap KARA)
Sedikit pewarna kuning lemon atau serbuk kunyit
Cara Membuat:
1. Kacau semua bahan dalam bekas besar.
2. Blend
3. Tapis adunan ke dalam jug supaya senang nak masukkan dalam botol acuan roti jala
4. Biarkan selama 15 minit untuk dapatkan adunan yang cantik sebab tepung akan jadi sedikit pekat dan likat.
Ready to menjala.
Selamat mencuba.
Baca Lagi Di Sini:

4 Langkah Membentuk Roti Jala Lobak & Tembikai, Sedap ‘Bak Hang’ Dicicah Kuah Serawa
MW: Begini rupanya nak dapatkan adunan Roti Jala yang cantik, pekat dan likat. Rupanya kena biarkan bancuhan 15 minit. Jadi mak-mak yang nak cuba buat sendiri Roti Jala di rumah, boleh ikut resipi dan sukatan yang dikongsikan ini.
Sumber: Siti Noorbaya Othman
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sakit Kepala 3 Malam, 2 Minggu Tak Cukup Tidur, Petanda Terkena Bell’s Palsy

Isi Kandungan
TogglePeneraju radio BERNAMA ini, Nazira Noran diuji mengalami Bell’s Palsy. Sakit ini menyebabkan dia tak dapat bercakap dengan jelas, malah air minuman yang diteguk laju menitis keluar.
Nazira berkongsi bagaimana dia yang awalnya cuma mengalami sakit kepala selama 2 ke 3 malam, dan berdepan situasi tak cukup tidur selama dua minggu. Rupanya stress itulah, antara yang mendorong terjadinya Bell’s Palsy pada dirinya.
Lambat Rawat, Sangkakan Bell’s Palsy Tidak Serius
Pada Isnin, 8 Februari 2021, dirinya mengalami Bell’s Palsy.
“Hari ini (22/2/2021) sudah masuk hari ke-14 dan saya masih menjalani rawatan fisio.
Walau belum sembuh sepenuhnya, saya rasa saya perlu maklumkan juga keadaan kesihatan saya.
Terima kasih ustaz, ustazah, sahabat-sahabat mendoakan dan memberi kata-kata semangat untuk saya.
Saya akui, masa mula-mula kena, saya lambat pergi hospital dan ingat Bell’s Palsy ni tak serius, sepatutnya hari saya kena saya terus warded. Tapi hari tu saya rasa nak selesaikan kerja-kerja ofis dulu.
Baca sini : Siapa Pernah Alami Chickenpox, Kemungkinan Mendapat Sindrom Ramsay Hunt, Jaga-jaga
Rupa-rupanya, sakit kepala saya 2-3 malam itu sudah tahap serius sehingga radang belakang telinga leher saya membengkak. Dan ini kemungkinan besar saya terkena Bell’s Palsy.
Penyakit ini tak popular tapi ramai juga orang popular pernah kena macam Angelina Jolie, Adibah Noor dan Faye. Baru saya tahu, ia bukanlah strok. Masa mula-mula warded saya agak down, takut, sedih, panik, tak tau nak kata apa, semua perasaan ada. Macamana nak kerja? Nak bercakap tak jelas. Saya tak dapat sebut huruf B dan P. Lebih jadi levih. Perhatian jadi ferhatian.
Saya Kepenatan.. Tidur 2 Ke 3 Jam Sepanjang 2 Minggu
Hari itu BP saya 146-126, gula 8, kolesterol 3. Doktor kata Bell’s Palsy ni sapa-sapa pun boleh kena. Stress pun salah satu faktor. So, jaga diri dan kesihatan, stress pun perlu dikawal diatasi dengan baik.
Saya akui saya agak kepenatan 2 minggu anak-anak mula PdPR. Saya tidur 2-3 jam sahaja sepanjang 2 minggu berturut-turut tu. Macamana ye ibu-ibu urus anak lagi ramai ye?
Terima kasih yang mendoakan kesembuhan saya. Allah yang beri ujian sakit ini, Allah juga yang memberi saya untuk rehat seketika, fokus ibadah lebih padaNya dan bergantung berserah padaNya. Allahu Ya Shafii.
Dia Yang Maha Penyembuh. Semoga semua yang sedang sakit juga cepat sembuh. Amin.
InsyaAllah saya akan teruskan rawatan urutan Tradisional dan Akupuntur. Terima kasih @fayekusairi tolong bagi kata-kata semangat untuk saya jugak.

Alhamdulillah sudah sihat sepenuhnya, 4 minggu Faye Kusairi derita Bell’s Palsy
Rawatan Fisio Muka Pulihkan Bell’s Palsy
Pada hari ke 15, Nazira meneruskan rawatan fisio muka. Antaranya, teknik letrik stimulation dan teknik urutan fisio muka. Klik link ini untuk lihat video.
Dan ketika ini tahap kesembuhannya sudah pun mencapai 60 ke 70 peratus sihat.
Baca Sini :
Apa itu Bell’s Palsy?
http://www.myhealth.gov.my/rawatan-fisioterapi-untuk…/
MW : Bila ada tanda-tanda sakit itu, jangan bernanti-nanti ya mak-mak. Segeralah rawat diri. Kesihatan diri itulah juga lebih berharga dari segala.
Sumber/Foto : Nazira Noran
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI