Beruntunglah kalau seorang isteri dapat pasangan yang tahu tanggung jawabnya bab nafkah dan tak kedekut bagi duit belanja setiap bulan.
Tetapi… itulah, kalau dah isteri pun bekerja, suami mulalah culas bab nak belanja isteri sendiri. Ambil sehelai baju pun dia berkira. Hmmm…. agaknya dia tak fikir yang rezekinya makin murah kalau belanja isteri sendiri.
Kalau yang mengungkit, lagilah rasa panas cuping telinga. Apa lah nasib isteri yang dapat suami ‘jimat’ sangat ni.
Untuk renungan kisah laki bini hari ini, jemput baca pandangan saudara Firdaus Shakirindulu. Patut ke suami berkira dengan isteri sendiri?
Nafkah Vs Duit Belanja
“Mesti ada sesuatu yang isteri teringin nak beli…”
Ads
Nafkah is nafkah lah, sesuatu yang wajib untuk kita bagi tempat tinggal, pakaian, makanan dan ubat-ubatan. Ini antara yg perlu disediakan suami, then datang kepada persoalan duit belanja, perlu atau tak untuk bagi?
My personal opinion la kan, dia tu siapa? Isteri kita kan… time bercinta, kita payung semua tiket wayang, bayar apa saja yang dia makan then siap beli barang lagi bagi kat dia. Belum tentu sah, belum tentu jadi kita punya lagi tu, tapi dah spend mcacam-macam kat dia….
Then bila dah berkawin, dia dah jadi isteri kita, nak bagi duit belanja pun teragak-agak ke? Dengan isteri sendiri pun nak berkira?
Dia pun ada sesuatu yang dia teringin nak beli, dia pun mesti ada sesuatu yg dia teringin nak makan. Kalau bukan kita yang jadi suami ni bagi duit, dari mana dia nak ambik duit. Especially jika dia tu suri rumah sepenuh masa.
Ads
Saya dapat je gaji, allocate siap-siap 300-400, letak dalam beg duit isteri, then cakap, “Ni duit belanja ayang, untuk ayang beli apa-apa barang dapur.
Bil-bil tu semua TAK include dalam duit ni, itu semua abang bayar asing. Ini untuk ayang guna, untuk beli apa yang ayang nak.”
“Kalau awak nak beli barang online, bagitau kat abg. Abang akan bayarkan, abang online transfer.”
Ads
Tak guna sebenarnya nak terlalu berkira dengan isteri sehingga tahap, “Saya dah provide apa yang wajib saya provide, jadi itu dah cukup untuk awk, guna je la apa yang ada, jangan nak minta lebih-lebih.”
Seronok ke hidup dengan limitation macam tu? Membataskan semua atas alasan dah tunai yang wajib?
Cer tengok rumah tangga suami yang tak ada masalah untuk bagi duit belanja kat isteri. Cuba tengok rumah tangga suami yang tak berkira dengan isteri, bahagia tak diorang? Bertambah miskin ke suami dia? Then tengok rumah tangga sendiri, berkira dengan anak bini membuatkan awak kaya tak?
Senyuman Isteri Lebih Berharga Dari Duit
Duit boleh cari, jangan terlalu risau akan perkara tu. Keluar pagi balik malam, tapi setiap hari isteri senyum dengan kepulangan kita, itu lebih bermakna dan bernilai sebenarnya.
Nak bagi atau tidak duit belanja, terpulang. Ianya bukan satu paksaan, tapi lebih kepada sejauh mana kesungguhan kita untuk menjadi seorang suami yang baik terhadap seorang isteri.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Masih di dalam mood hari raya. Walau pun dalam tempoh PKP, namun rasanya Aidilfitri tahun ini tetap disambut meriah walau pun hanya bersama keluarga masing-masing di rumah. Lengkap berpakaian tradisi walau pun mungkin bukan baju yang baru dibeli. Bagi yang lelaki, berbaju Melayu lengkap bersamping, bersongkok bahkan ada yang bertanjak. Wah, segaknya!
Pemakaian Baju Melayu pada hari raya sudah menjadi satu kemestian. Bagaimana pendapat anda? Apakah relevan dibelikan Baju Melayu untuk anak-anak sedangkan mungkin mereka pakai sekejap sahaja? Atau lebih elok beli baju kemeja atau t-shirt, boleh dipakai pada bila-bila masa.
Masih Relevan
“Pemilihan Baju Melayu untuk anak-anak pada hari raya masih relevan bagi saya. Sebab ini merupakan perayaan yang kita sambut setahun sekali sahaja. Bila berpakaian kebangsaan, kemeriahan itu lebih terasa. Di samping itu, kita secara tak langsung boleh mendidik anak-anak kita tentang pemakaian tradisional kebangsaan. Lagi pun Baju Melayu yang berada di pasaran mempunyai pelbagai harga yang bersesuian dengan pendapatan keluarga. Pilih mengikut bajet yang ada. Saya tak rasa ini membazir kerana anak-anak kita masih boleh selepas itu juga dan bukan pada hari raya sahaja. Misalnya ketika sembahyang Jumaat, ketika sambutan Maulidur Rasul di sekolah, kelas mengaji dan sebagainya lagi. Jadi bagi saya masih relevan.” – Mohd Zaki Abu Bakar. https://www.facebook.com/jaki.mizuno
Tambah Meriah Pakai Baju Melayu
“Pada pendapat saya, hari raya kurang meriah dan ceria kalau tak berbaju Melayu yang merupakan pakaian tradisi kita yang dipakai untuk majlis-majlis istimewa termasuk hari raya. Memang sekarang ini ramai ibu bapa yang lebih suka membeli pakaian kasual sahaja untuk anak-anak. Pada pagi pun anak-anak dipakaikan dengan baju t-shirt dan seluar. Kata mereka lagi menjimatkan kerana tak perlu beli Baju Melayu yang hanya dipakai sekejap saja pada pagi raya. Tapi bagi saya pula, seolah-olah kurang serinya pagi raya tanpa berbaju Melayu. Saya tak rasa membazir bila beli Baju Melayu kerana anak-anak boleh pakai ketika pergi mengaji, solat di masjid dan acara-acara tertentu seperti kenduri kesyukuran dan sebagainya. Lagi pun bukan beli banyak pun, cukup sepasang seorang. Selain itu saya juga beli baju kasual seperti t-shirt dan kemeja untuk anak-anak.”
Muhammad Khairi Muhammad Nawi.
Nampak Segak Bila Pakai Baju Melayu
“ Soal persiapan raya biasanya isteri saya yang uruskan termasuklah pakaian anak-anak. Selalunya pada pagi raya kami akan berpakaian sedondon. Saya dan dua anak lelaki lengkap berbaju Melayu, bersamping dan bersongkok. Membeli baju Melayu untuk anak-anak masih relevan. Pendapat saya, di pagi raya anak lelaki seeloknya berbaju Melayu. Baru nampak segak bila ke masjid atau ketika berkunjung ke rumah sanak saudara. Soal membazir tak timbul kerana Baju Melayu itu boleh dipakai untuk majlis lain pula selepas itu seperti sambutan Maulidur Rasul di sekolah, kenduri kendara, pergi mengaji dan sebagainya. Kita pun bukan beli banyak. Cukup sepasang. Beli pun sekali setahun saja, bukan selalu. Harga pula bergantung pada kemampuan. Ibu bapa boleh pilih mengikut bajet masing-masing. Lagi pun Baju Melayu adalah pakaian tradisi kita, lambang budaya kita. Kena ajar anak-anak tentang budaya juga…” – Adly Muda.
Mahu Sedondon
“ Seperti yang kita sedia maklum Baju Melayu merupakan pakaian tradisi turun temurun yang semestinya tidak lengkap jika kita tidak memakainya pada hari-hari istimewa terutama di hari raya. Walaupun ia bukanlah satu kewajipan namun sudah diamalkan sejak dahulu lagi. Trend sekarang juga satu keluarga akan berpakaian sedondon dari segi warna dan coraknya. Jadi, pasti si ayah mahukan anak lelaki sedondon dengannya. Tidak menjadi isu pembaziran apabila membeli Baju Melayu setiap kali musim perayaan terutamanya raya puasa. Selepas musim perayaan pun masih boleh mengenakan baju tersebut untuk pelbagai majlis. Contohnya majlis rumah terbuka dan juga majlis kesyukuran. Selain dari itu yg menjadi rutin kita semasa sembahyang berjemaah di surau atau masjid (ketika bukan PKP dulu).” – Mohd Irme faizal.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Asasnya adalah hubungan kasih sayang yang kukuh dengan anak-anak. Jadi lebih mudah mak,ayah hendak mendidik anak-anak. Bila kena jerkah pun anak-anak boleh terima kalau hubungan mak-ayah-anak itu kukuh.
Mendidik anak dalam dunia sekarang bukanlah sesuatu yang mudah, apatah lagi anak-anak yang meningkat remaja. Kalau tak kena, mahunya kita pula yang kena jerkah. Oleh sebab itu sedari kecil bina hubungan kasih sayang yang kukuh.
Ikuti perkongsian, Ustaz My Learning Journey ini dan fahami kenapa adanya hikayat batu belah batu bertangkup.
Kenapa Hubungan Kasih Sayang Kena Kukuh
Ada sebab dalam warisan masyarakat kita ada hikayat Batu Belah Batu Bertangkup. Ia mewakili susah payah kita mendidik anak-anak khususnya di peringkat remaja.
Mereka secara semulajadi menjadi ‘self-centered’ dan hanya sedar tentang kemahuan sendiri, tidak peka akibat perbuatan mereka kepada perasaan orang lain.
Kita perlu pastikan hubungan kasih sayang dengan anak-anak kukuh, bukan untuk memanjakan mereka. Tetapi supaya kita boleh mendidik mereka.
Supaya mereka boleh terima, semasa kita jerkah mereka apabila ambil lauk, terus ambil bahagian ayam yang sedap-sedap dan meninggalkan bahagian kurang ‘famous’ kepada orang lain.
Bukannya makanan tidak cukup, tapi nak didik hati dan akal fikiran tu. Fikir sikit orang lain. Jangan ulang episod Pekan dan Melur walaupun kita tidaklah sampai mencari batu belah minta ditelan kerana sedih yang melampau.
Sikap mementingkan diri sendiri anak remaja boleh menyebabkan mak ayah mati dek serangan jantung.
Sebab itu kita kena minta banyak-banyak rahmat daripada Allah, dan tambah ilmu keibubapaan, belajar psikologi dan perkembangan kognitif anak remaja, supaya perangai mereka yang menjengkelkan itu, dapat ditukar menjadi ladang pahala kita.
Dan jangan lupa, kita pun pernah remaja macam mereka. Cuma di zaman yang berbeza dan cabaran yang tak sama.
MW: Sememangnya cabaran yang besar buat mak,ayah dalam mendidik anak-anak lagi-lagi anak-anak yang telah meningkat usia remaja. Bukan mudah tetapi jika asasnya kasih sayang yang subur sejak kecil, insyallah anak-anak akan lebih mudah menerima teguran.
Betul ke, telinga lelaki pekak sebelah? Lebih-lebih lagi bila dia menonton televisyen. Kalau boleh waktu tu jangan ditegur, mahunya tak dilayan.
Rupanya, ada kajian yang mengatakan lelaki pekak sebelah dan dia hanya gunakan satu telinga sahaja.
Berbeza dengan perempuan, dia boleh fokus dan umpama stereo dengan menggunakan kedua-dua belah telinga. Kalau difikir logiknya memang betul juga sebab boleh dikatakan isteri ni mampu buat 2-3 kerja dalam satu masa. Tapi suami…sendiri mahu ingat.
Jadi, isteri jangan nak bazirkan suara dengan menjerit bila suami tengah fokus tengok televisyen ye. Pergilah bercakap dekat dengannya dan pastikan mata bertentang mata. Barulah dia tahu.
Wahai isteri, jika suami anda sedang menonton TV, apalagi siaran yang dia minat. Jangan jerit terlolong-lolong panggil dia dari dapur atau tempat yang jauh walaupun keadaan cemas atau kecemasan.
Sebab telinganya hanya fokus kepada tempat di mana matanya pandang sahaja. Ada kajian sains mengatakan orang lelaki hanya guna satu telinga sahaja. Sama ada kanan atau kiri.
Oleh itu telinga yang satu itulah dia hanya mendengar panggilan atau bunyi yang berada di dalam kawasan pemandangan matanya sahaja. Lain daripada itu dia tidak dengar.
Cadangan saya kepada isteri, jika hendak memanggil suami yang sedang fokus membuat sesuatu kerja. Berjalanlah ke arahnya dengan tenang. Bila sudah dekat, tepuk bahunya, Bila dia pandang ke muka anda, barulah anda bercakap dengannya. Dengan ini dia boleh dengar apa yang anda cakapkan kerana matanya melihat anda.
Sebaliknya, telinga orang perempuan memang dijadikan “stereo” menggunakan kedua-dua telinga dan berupaya mendengar pelbagai sumber bunyi kelilingnya terutama sekali bunyi yang ada kaitan dengan percakapan manusia.
Oleh itu, wahai suami, jangan mengumpat isteri walaupun pada masa itu dia berada di dalam “toilet”. Dia masih boleh dengar dengan jelas butiran umpatan suami.
Bertabahlah wahai isteri.
Mingguan Wanita : Itulah bezanya lelaki dan perempuan ye!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...