Nadzmi bangga keikhlasan isteri, tak pernah ragu bantu orang susah. Seperti yang diketahui ramai terutamanya pengikut isteri kepada Nadzmi Adhwa di Instagram, Ardell Aryana sememangnya aktif dalam melaksanakan misi bantuan kemanusiaan.
Bukan saja aktif di Malaysia malah Ardell juga pernah menyertai misi kemanusiaan di Syria dan Lubnan sebelum ini. Sejak zaman bujang lagi, Ardell yang juga seorang pelakon sememangnya aktif dalam menyalurkan sumbangan.
Kini walaupun sudah berumahtangga dan dikurniakan zuriat namun tidak menghalang wanita berhati mulia ini meneruskan misi kemanusiannya. Begitulah aktifnya Ardell di dalam pertolongan misi kemanusiaan. Semoga segala kebaikan yang dilakukan dibalas dengan ganjaran dan rahmat dari Allah SWT.
Sebagai suami Nadzmi berasa sangat bangga dan berasa kagum dengan semangat yang ada pada isteri kesayangan.
Malah menerusi perkongsian di sebuah portal, Nadzmi mendedahkan isterinya tidak pernah berasa ragu untuk mengeluarkan sejumlah wang bagi tujuan sedekah kepada orang susah.
Apatah lagi jumlah wang yang dihulurkaan bukanlah sedikit, Ardell pernah mengeluarkan wang berjumlah RM10,000 untuk membantu sebuah keluarga yang menjadi mangsa banjir tahun lalu.
Dek kerana itu juga, Nadzmi akui dirinya mempelajari keikhlasan dalam memberi dengan isteri tercinta.
“Saya ini nak kena belajar lagi untuk lebih ikhlas dalam memberi seperti isteri. Contohnya, dalam satu situasi ketika dia bantu sebuah keluarga mangsa banjir, dia tak teragak-agak keluarkan duit RM10,000 begitu saja.
“Ardell memang tak berkira soal duit. Jika saya, akan fikir terlalu banyak duit sebanyak itu, tapi berbeza dengan dia.
“Isteri saya punya ikhlas boleh beri banyak itu, kalau saya ikhlas hanya RM500 saja.
“Tapi kami percaya pada rezeki, sebagai contoh, kami pernah habiskan RM30,000 untuk bantu mangsa banjir.
“Sehari selepas itu, kami dapat semula jumlah duit itu,” kongsi Nadzmi yang turut menerangkan wang RM10,000 itu terbahagi kepada RM5,000 pakaian serta barang keperluan dan sebahagian lagi untuk pembelanjaan keluarga terbabit.
Untuk pengetahun Nadzmi bakal terbang ke Tanzania, Afrika Timur bermula 6 Julai sehingga 19 Julai bagi menyertai misi kemanusiaan anjuran Pertubuhan Impak Prihatin Malaysia atau Impactive Malaysia (IM) bersama enam lagi ikon iaitu Hazeman Huzir, Farah Lee, Akhi Fairuz, Que Yahaya, Nazirul dan jAiman Hakim.
“Saya akan ke Afrika untuk misi bantuan di sana pada Raya Aidiladha nanti selama dua minggu. Sepanjang saya di sana, isteri yang akan jaga anak kami. Jika, sebelum ini, isteri banyak sertai misi bantuan, jadi kali ini giliran saya pula. Isteri pun tak kisah akan sambut raya tanpa saya,” ujarnya.
Baca Sini : Mulianya Hati Selebriti Wanita Ini, Ardell Berjaya Kumpul Dana RM22,000 Bina Rumah Asnaf
Mingguan Wanita : Bangganya dengan Ardell, wanita yang cukup pemurah.
Sumber / Sumber Foto : Instagram Nadzmi Adhwa
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
Hidup satu kaki, ibu anak 4 ini tidak sesekali mengalah.