Nadia derita lebih setahun hilang hak jagaan anak. Sememangnya sangat perit bila berpisah namun tidak dapat bertemu dengan anak kesayangan.
Begitulah yang pernah dialami oleh selebriti yang juga bekas pengacara Malaysia Hari Ini (MHI), Nadia Annuar. Seperti mana yang diluahkan melalui temubual Podcast bersama Mimi Fly, Nadia mendedahkan dirinya kehilangan hak penjagaan anak, Mohamed Aaron Erwin daripada perkahwinan pertama.
Sememangnya perkara tersebut membuatkan dirinya menderita. Dia juga terpaksa menanggung kesedihan lebih setahun dan terpaksa bergantung kepada ubat tidur gara-gara fikiran terganggu.
“Bagi saya, kehilangan paling besar dalam hidup adalah kehilangan anak.
“Bukan sebab meninggal dunia, tapi perceraian. Saya terpaksa meninggalkannya pada waktu itu.
“Saya menanggung derita lebih setahun kerana tidak dapat memeluk dan berjumpa dengannya kerana tidak dibenarkan.
“Itu adalah kehilangan terbesar dalam hidup sehingga saya tidak boleh tidur malam akibat terlalu banyak berfikir.
“Saya risau bagaimana anak terjatuh tangga atau tiada orang tengokkan, beri makan dan adakah orang akan sayang kepadanya seperti saya.
“Saya juga terpaksa ambil ubat tidur. Orang luar ingat fasa ini mudah, lebih lagi, anak saya baru berusia tiga tahun. Saya tidak boleh mengambilnya kerana tiada kuasa.
“Tapi, apa yang berlaku mengajar saya. Kini, saya gembira fasa itu sudah pun berlalu,” ungkap Nadia.
Pengalaman tersebut walau menderitakan namun Nadia bersyukur anak sulungnya yang kini sudah berusia 16 tahun itu tidak pernah menyalahkannya.
“Dia tidak pernah salahkan saya kerana tahu apa yang berlaku. Jika berada dalam kedudukan saya, dia pun akan lakukan perkara yang sama.
“Anak minta saya tidak risau kerana kehidupannya baik-baik sahaja. Selama ini, saya tak kongsikan perkara ini secara terbuka kerana lebih suka menunjukkan kehidupan positif.
“Bagi saya, apa yang terjadi dalam hidup pasti ada bahagian positif kerana itu memang menjadi prinsip hidup saya.
“Macam sebiji telur, saya hanya bagi orang nampak bahagian elok sebab saya nak orang belajar benda positif,” sambungnya yang menjadikan anaknya sebagai penguat semangat.
Malah Nadia juga akui dia terus bangkit bila anaknya menyatakan tetap sayangkan dirinya selain menyedari dirinya tidak boleh bersedih terlalu lama.
Menarik Sini : Nadia Annuar Langsing, Cantik Persis Anak Dara, Kongsi Rutin Amalan Harian
Baca Disini : Suami Isteri Cuba ‘Check’ Kalau-kalau Terkena Sihir Pemisah, Ini Tanda-tandanya
Sumber / Sumber Foto : Instagram Nadia Annuar
Sumber : Berita Harian
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Bekas penyampai radio, Ikhwan Rosli dedah dalam bidang seni gaji penyampai radio antara yang tertinggi. Namun tak semua penyampai dibayar tinggi ianya berdasarkan pengalaman. Ikhwan juga mengulas mengenai nasib yang dialami oleh bekas penyampai Suria FM, Tyzo Xander.
Ain Edruce dikecam terlampau kasar dengan suami? Betul atau hanya sekadar gurauan dalam hubungan?