Nad Zainal Sedang Kritikal Di ICU, Paru-Paru Dipenuhi Darah

Share

Nad Zainal sedang kritikal di ICU, rakan artis Ungku Ismail Aziz mohon doa dari semua. Perkhabaran sedih mengenai Nad Zainal yang kini sedang kritikal di Unit Rawatan Rapi menarik perhatian ramai baiknya, Ungku Ismail Aziz yang memuat naik kenyataan memohon doa dari semuar agar diri kembali pulih.

Dalam insta stori yang dikongsinya hampir sejam tadi, pelakon ini memaklumkan situasi terkini Nad di mana katanya, sedang kritikal sekarang di ICU Hospital Ampang Puteri di sini.

Nad Zainal Sedang Kritikal Di ICU

Perkhabaran pagi tadi dimaklumkan situasi pelakon ini dilaporkan stabil namun situasinya berbeza pada sebelah tenghari ini.

“Mohon doakan dia sembuh seperti sedia kala. Allahumma Amin.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Nad Zainal Kini Gembira & Bahagia, Tenang Bersama Anak-Anak “Tidak Pernah Memusuhi Bekas Suami”

Sudah Bercerai, Nad Zainal Akui Perlu Kuat & Biasakan Diri Dengan Status Ibu Tunggal

Dalam pada itu, Ungku yang juga pelakon drama Cina Buta itu kurang sihat sejak Jumaat lalu dan mengalami kesukaran untuk bernafas.

Berikutan itu, Nad mengambil keputusan ke hospital pada Ahad lalu dan keadaan kembali baik selepas makan ubat yang diberikan doktor.

Bagaimanapun, Nad dikejarkan ke unit kecemasan pada malam Isnin lalu dan doktor mengesahkan paru-parunya dipenuhi darah selepas menjalani imbasan tomografi berkomputer (CT Scan).

Memetik Berita Harian, Ungku memaklumkan, selepas selesai membawa keluar semua darah, doktor terpaksa melakukan prosedur intubasi sekitar jam 6 petang, semalam berikutan Nad berdepan masalah pernafasan.

“Nad dimasukkan ke unit kecemasan dan bila buat CT scan, doktor sahkan paru-parunya penuh dengan darah. Mereka terus melakukan prosedur keluarkan semua darah.

“Alhamdulillah, prosedur ini sudah selesai, tetapi dalam keadaan macam ini, paru-parunya masih basah, jadi bernafas pun susah.

“Bila tengok keadaan Nad nak bernafas, sedih juga. Doktor juga mengatakan Nad nampak bergelut untuk bernafas.

“Jadi, doktor ambil keputusan lakukan prosedur intubasi sekitar jam 6 petang, semalam.

“Doktor mahu pam antibiotik dan ubat untuk pulihkan paru-paru dan badannya. Kita tak mahu Nad bergelut untuk bernafas,” katanya.

Memohon doa agar Nad kembali sembuh, Ungku juga berharap tiada pihak membuat spekulasi mengenai keadaan aktres berusia 32 tahun itu.

“Doktor masih tidak dapat kesan punca paru-parunya berdarah, tetapi aoa yang pasti bukan disebabkan ‘long COVID-19’. Harap semua orang jangan buat spekulasi tidak betul,” katanya.

Dalam pada itu, semakin ramai rakan-rakan artis menitipkan doa kesembuhan buat pelakon ini. Antaranya Afdlin Shauki berkongsi doa kesembuhan, Zul Ariffin dan ramai lagi.

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

Published by
almaswa Haji Che Ros