Nabila Razali Hamil Anak Sulung. Terbaru penyanyi dan pelakon yang sudah setahun melayari bahtera perkahwinan, Nabila Razali mengumumkan sedang hamil anak sulung.

Malah Nabila juga berkongsi dirinya dijangka bersalin pada Januari tahun depan. Terdahulu, Nabila dan suami selamat melangsungkan perkahwinan pada 18 November tahun lalu.

Nabila Razali Hamil Anak Sulung

Pemilik nama sebenar Nur Nabila Mohd Razali meluahkan rasa syukur dan teruja atas anugerah yang diterima bersama suaminya, Nik Iruwan Nik Izani, 39.

“Alhamdulillah, saya dan suami sangat bersyukur dengan rezeki ini. Terima kasih atas doa dan sokongan semua.

“Ini adalah saat yang sangat membahagiakan buat kami, dan kami tidak sabar untuk berkongsi perjalanan ini dengan semua yang sudah menyokong kerjaya dan kehidupan saya,” kogsi Nabila.

Nabila Razali Hamil Anak Sulung “Sekarang Ini Cepat Penat & Rasa Nak Tidur Saja”

Cuba Buat Sehabis Baik

Menurutnya yang popular menerusi lagu Tangis, kerjaya seni masih diteruskan dengan pelbagai perancangan menarik yang sudah dirangka.

“Tidak dinafikan sekarang ini cepat penat dan lebih banyak berehat. Sebab sebelum ini bila bekerja, memang susah nak berhenti. Sekarang adalah waktu yang kita rasa nak tidur saja.

“Namun, saya masih komited dalam bidang seni terutama beberapa kerja yang sudah dirancang lebih awal. Apa pun, saya cuba untuk buat dengan sehabis baik,” sambung Nabila.

Nabila Razali Hamil Anak Sulung “Sekarang Ini Cepat Penat & Rasa Nak Tidur Saja”

Fasa Terindah Dalam Kehidupan

Nabila berkata, dengan sokongan daripada keluarga, rakan-rakan, dan peminat setia, dia  yakin fasa ini akan menjadi satu lagi bab indah dalam kehidupannya.

“Fasa ini sebagai titik permulaan dengan kesyukuran dan kegembiraan, di mana setiap detiknya menjadi satu pengalaman berharga yang pasti akan diabadikan dalam memori kehidupan sebagai satu bab yang penuh keindahan dan pengisian makna.

“Saya percaya bahawa fasa baharu ini juga menjadi sebuah cerita indah buat saya dan suami. Doakan semoga perjalanan kehamilan saya ini dipermudahkan sehingga bersalin nanti,” kata Nabila.

Selera Makan Kian Bertambah

Berkongsi mengenai keadaan dirinya sepanjang kehamilan ini, Nabila berkata tiada perubahan ketara melainkan selera makan yang kian bertambah.

“Alhamdulillah, saya tidak ada apa-apa keinginan yang melampau dan alahan yang teruk. Hanya yang biasa saja. Kalau ada pun perubahan dari segi tenaga. Tapi, bagi saya ia mungkin perkara biasa bagi wanita hamil.

“Perkara lain, tentulah banyak makan. Selera makan saya bertambah-tambah. Apa pun, saya mahu nikmati saja perjalanan sepanjang kehamilan ini,” luahnya.

Nabila Razali Hamil Anak Sulung “Sekarang Ini Cepat Penat & Rasa Nak Tidur Saja”

Nabila Razali Hamil Anak Sulung “Sekarang Ini Cepat Penat & Rasa Nak Tidur Saja”

Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.

Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!

Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI