Sebagai seorang ibu, Nabila begitu berbangga apabila anak kesayangannya Keisha Laila sudah pandai ke dapur. Terdahulu, menerusi perkahwinan pertama, Nabila dikurniakan seorang anak perempuan, Keisha Laila yang kini berusia 10 tahun.
Menerusi sebuah hantaran video di akaun Instagramnya, Nabila Huda @kupu_kupu begitu terkejut apabila Keisha memasak menu Nasi Goreng kegemarannya.
“Anak kite dah pandaj masak nasi goreng !!!
“Sedap gila!!!! Mummy nak cry cry jap la..
“Good job babygirl !! @lilkupukupu
“Atokkk @akuamysearch , cucu dah boleh masak nasi goreng ni!!” tulis Nabila menerusi kapsyen pada video tersebut.
Artikel berkaitan: Nabila Kongsi Keisha Masak Nasi Goreng, Lucu Bila Anak Lesung Batu Diguna Terbalik
Satu Hari Kita Baca Satu Muka Surat Mana Tahu Lama-Lama Khatam – NABILA HUDA
Momen istimewa itu tiba-tiba menjadi lucu apabila Nabila menegur anaknya menumbuk anak batu lesung terbalik. Namun dalam usia sebegitu muda, anak perempuan Nabila cukup pandai memasak.
Keisha dapat pujian dari rakan-rakan selebriti Nabila dan pengikut ibunya di Instagram
zarinazainoordin
kejap nyer rasa .. dah besar dah dia… pandai masak lak tu ,walaupun tumbok lesung tebalik
almynadiaofficial
@kupu_kupu cik abillllll tang lesung batu tuuuu ampunnn kami ketAwaaaaaaaa berdekah2 tauuu baby girl cik abil superb ok
_salinasaibi_
Fuh korek lesung guna tgn.. Br betol air tgn.. Hebat kesya
Bahan-Bahan
5 ulas bawang putih
5 biji cili padi
2 biji cili hidup
Segenggam Ikan Bilis
Kiub ayam
2 biji telur
Cara Memasak:
Sumber/Sumber Foto: Nabila Huda @kupu_kupu
Bagi mendapatkan lebih banyak kisah menarik sila ke Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita/