Sebagai seorang ibu, Nabila begitu berbangga apabila anak kesayangannya Keisha Laila sudah pandai ke dapur. Terdahulu, menerusi perkahwinan pertama, Nabila dikurniakan seorang anak perempuan, Keisha Laila yang kini berusia 10 tahun.
Nabila Bangga Dengan Keisha
Menerusi sebuah hantaran video di akaun Instagramnya, Nabila Huda @kupu_kupu begitu terkejut apabila Keisha memasak menu Nasi Goreng kegemarannya.
“Anak kite dah pandaj masak nasi goreng !!!
“Sedap gila!!!! Mummy nak cry cry jap la..
“Good job babygirl !! @lilkupukupu
“Atokkk @akuamysearch , cucu dah boleh masak nasi goreng ni!!” tulis Nabila menerusi kapsyen pada video tersebut.
Momen istimewa itu tiba-tiba menjadi lucu apabila Nabila menegur anaknya menumbuk anak batu lesung terbalik. Namun dalam usia sebegitu muda, anak perempuan Nabila cukup pandai memasak.
Pujian Rakan Selebriti Nabila
Keisha dapat pujian dari rakan-rakan selebriti Nabila dan pengikut ibunya di Instagram
zarinazainoordin kejap nyer rasa .. dah besar dah dia… pandai masak lak tu ,walaupun tumbok lesung tebalik
Ads
almynadiaofficial @kupu_kupu cik abillllll tang lesung batu tuuuu ampunnn kami ketAwaaaaaaaa berdekah2 tauuu baby girl cik abil superb ok
Sepasang kembar dari Tennessee telah menyambut kelahiran anak perempuan masing-masing pada hari yang sama. Tarikh ini merupakan hari lahir ke 33 tahun mereka berdua.
Amber Tramontana dan Autumn Shaw berada di bilik bersebelahan di Pusat Perubatan Wilayah Fort Sanders di Knoxville ketika mereka melahirkan anak. Usia anak-anak mereka hanya beza selang 90 minit sahaja.
Seperti yang diceritakan oleh Amber Tramontana yang menetap di West Knoxville, kepada Good Morning America, sewaktu kembarnya Autumn Shaw sedang melahirkan anak di bilik sebelahnya, dia dapat mendengar bunyi tangisannya.
“Suami saya mengetuk dinding bilik mereka sebagai cara untuk mengucapkan tahniah. Sembilan puluh minit kemudian, saya melahirkan anak dan mereka pula mengetuk dinding bilik kami.”
Amber dan suaminya Jim menyambut ketibaan Blakely James pada pukul 6 petang. Blakely mempunyai berat 7 pauns, 2 auns.
Manakala Autumn dan suaminya Scott menamakan gadis kecil mereka Charleston Scott. Charleston dilahirkan dengan berat 9 pauns, 4 auns.
Berkongsi ulang tahun yang sama dengan ibu mereka, Charleston dan Blakely disambut kelahirannya ke dunia oleh doktor yang sama, Dr. George Vick.
Kemungkinan kejadian seperti itu dianggarkan sekitar satu dalam 150,000 kelahiran. Kedua bayi perempuan comel ini dilahirkan pada 29 Oktober. Kebetulan pula tarikh itu adalah ulang tahun ke-33 Amber dan Autumn.
Amber Tramontana lebih tua dua minit daripada Autumn Shaw. Kedua-dua saudara kembar perempuan itu turut mempunyai anak pertama mereka dua tahun yang lalu.
Anak lelaki mereka dilahirkan hanya dalam jarak 10 minggu dan mempunyai berat dan tinggi yang sama.
Autumn dan Amber telah menghabiskan hidup mereka untuk melakukan semuanya bersama dan nampaknya kelahiran anak tidak terkecuali.
Pasangan itu berharap keluarga mereka memiliki hubungan yang rapat tetapi tidak pernah menyangka ini yang akan berlaku.
Amber berkata, ‘Kami mahu anak-anak kami mempunyai pengalaman yang sama seperti kami membesar. Itulah sebabnya kami mahu mempunyai anak yang tidak jauh umurnya.
“Tetapi kami tidak merancang bahawa ini akan menjadi dekat.”
Autumn mengatakan bahawa dia dan Amber tidak merancang untuk hamil pada masa yang sama. Dia bergelut dengan masalah ketidaksuburan setelah melahirkan anak lelakinya.
Autumn hanya menyedari bahawa dia dan kembarnya itu sama-sama hamil hanya beberapa bulan selepas dirinya keguguran pada Hari Krismas 2019.
Allahuakbar! Besar sungguh ujian keluarga ini, lepas satu, satu. Ternyata Allah menguji hamba-Nya yang benar-benar kuat.
Petang semalam isterinya dan anak baru keluar wad dan hari ini suaminya yang juga berada di ICU pula meninggal dunia. Salam takziah buat keluarga ini dan semoga Allah tempatkan arwah di kalangan orang beriman.
Kuala Lumpur : Bapa dua anak, Aizameen Haqim Abd Razak yang menghidap asma kronik dan masalah paru-paru meninggal dunia kira-kira jam 1.47 tengahari tadi.
Aizameen, 27, menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Melaka.
Perkara itu dimaklumkan sepupu isterinya, Emmy Farhany Ahmad, 41, menerusi kiriman Whatsapp kepada Harian Metro.
“Salam semua, nak maklumkan Aizameen Haqim telah pergi menghadap Ilahi.
“Sama-sama kita doakan kesejahteraan arwah. Al-Fatihah,” katanya.
Setakat ini, jenazah Aizameen dilaporkan masih berada di hospital untuk diuruskan sebelum dikebumikan di Kampung Paya Dalam, Melaka. Kelmarin, portal Harian Metro melaporkan kisah Aizameen dan isterinya, Fatin Atikah Munzahit, 26, yang terpaksa berpisah dengan satu sama lain selepas dimasukkan ke ICU.
Aizameen dimasukkan ke ICU pada 30 Oktober lalu selepas mengalami asma kronik manakala isterinya, Fatin dimasukkan ke ICU Isnin lalu akibat jangkitan kuman dalam darah.
Manakala anak bongsu mereka, Fitiya Ariana yang berusia dua bulan turut dimasukkan ke wad akibat cirit birit dan najis berdarah sementara abangnya Firash Aedrian, 2, mengalami ekzema kini dijaga oleh ibu saudara kanak-kanak itu, Nur Shuhaila Mazlan, 28.
Fatin bagaimanapun sudah dipindahkan ke wad biasa kelmarin sebelum keluar hospital bersama bayinya, Fitiya petang semalam.
MW: Pihak kami merakamkan ucapan takziah dan berharap isteri serta keluarga arwah tabah menghadapi ujian ini. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan dan menganugerahkan ketabahan buat isteri arwah. Al-Fatihah.
Sekitar Ogos lalu, berat ujian yang ditanggung wanita ini, Nur Hafiza. Disahkan positif Covid-19, malah adik perempuannya juga disahkan positif sama. Bertubi-tubi kecaman diterima dirinya dan ahli keluarga.
Biar pun, ramai sedia maklum. Covid-19 itu tidak mengenal mangsa. Siapa saja jika sudah ditakdirkan diuji pasti akan melaluinya. Maka, bermulalah episod menghabiskan tempoh rawatan yang sunyi dan terasing dari orang ramai. Dan, akhirnya wanita ini bangkit melawan Covid-19. Sehingga menjadi ‘hero’ yang tidak didendang.
Tiada siapa yang meminta dan tiada siapa yang menduga. Saya disahkan positif Covid pada 4 Ogos 2020 setelah menjalani saringan disebabkan ahli keluarga saya disahkan positif pada 3 Ogos.
Sesungguhnya besar ujian ini kerana saya sendiri tidak pernah menyangka bahawa saya salah seorang daripada insan terpilih.
Bermula daripada ahli keluarga saya disahkan positif seluruh ahli keluarga kami menerima kecaman berunsur hinaan malah ada yang mengambil kesempatan menyebarkan berita yang tidak sahih ke atas keluarga.
Namun masih ada rakan rakan yang tidak putus mengirimkan doa dan kata semangat. Sewaktu saya menerima panggilan daripada pihak Pejabat Kesihatan, mental dan emosi saya sudah bersedia kerana saya menerima ini ujian daripada Allah.
Saya bersama adik perempuan saya disahkan positif. Fizikal saya sihat namun perasaan berdebar itu tetap ada. Ini kali pertama saya menaiki ambulans dan perasaan teruja itu ada.
Setibanya di HSB, saya agak terkejut dengan suasana di sini kerana membayangkan 14 hari saya akan berada di sini.
Ini kali pertama saya dimasukkan ke wad HSB dan persekitaran baru buat saya. Saya dibawa naik ke tingkat 2 dan wad di sini kelihatan sunyi.
Saya ditempatkan bersama adik saya di dalam satu bilik yang sama. Memang selesa dan saya bersyukur dengan kemudahan dan semuanya selesa.
Pada sebelah malamnya doctor datang untuk mendapatkan maklumat perjalanan dan juga pergerakan dalam tempoh 13 hari yang lepas.
Saya mula perasan saya kehilangan deria rasa dan bau pada pagi hari raya Aidiladha dan saya hanya menyangka ini simptom saya akan demam disebabkan cuaca yang kerap hujan.
Selama 14 hari di dalam wad, saya tidak mengalami pertambahan gejala melainkan deria rasa dan hidu. Saya tidak dapat membezakan rasa pahit mahupun manis.
Doctor akan datang melawat satu hari sekali bertanyakan khabar tahap kesihatan dan jururawat pula akan memantau tahap tekanan darah, bacaan suhu dan pernafasan tiga kali sehari.
Selebihnya saya banyak menghabiskan masa dengan mendekatkan diri dengan Allah, melukis dan menulis.
Jika ditanya apakah perasaan sewaktu mula-mula masuk, saya hanya menyatakan rasa syukur kerana saya dipilih dan dirawat dengan segera di bawah pemantauan KKM.
Pesanan saya pada yang di luar sana, berikanlah sokongan dan elakkan daripada menyebarkan berita yang tidak berasas kerana ini akan menimbulkan rasa panik kepada orang lain.
Pihak Pejabat Kesihatan juga terpaksa membuat semakan terhadap berita palsu yang tidak berasas. Terima kasih yang tidak terhingga buat staff PKD yang membantu. Rasa bersalah itu tetap ada walaupun saya cuba menangkis perasaan itu…
Setelah melalui 14 hari kuarantin wajib di hospital, saya dibenarkan pulang ke rumah. Perjalanan pulang saya dihantar menggunakan ambulans disebabkan kawasan rumah saya masih lagi dalam tempoh TEMCO.
Setelah 15 hari di rumah akhirnya tanggal 31 Ogos 2020 saya bebas.
Erti kemerdekaan sebenar buat saya. Kini saya kembali meneruskan rutin harian saya bekerja seperti biasa.
Saya lebih yakin dan kuat untuk meneruskan kehidupan seharian saya.. Tanggal 17 September 2020, saya dihubungi semula oleh doctor untuk bertanyakan keadaan kesihatan saya. Seperti biasa saya sihat dan bertenaga kerana itulah saya.
Doktor bertanyakan kesudian saya sama ada bersedia untuk menjadi penderma plasma untuk diberikan kepada pesakit di ICU.
Jawapan yang diberikan saya adalah YA! Dua hari selepas itu saya diminta hadir untuk menjalani ujian darah dan swab test sekali lagi.
Tanggal 21 September saya disahkan negatif dan saya boleh menderma.
Maka prosedur pendermaan dilakukan keesokkan harinya di bawah pengawasan dan pemantauan doctor dari HSB.
Tempoh pendermaan lebih kurang 30 minit dan saya gembira kerana saya berjaya melalui dengan tenang sedangkan saya seorang yang takutkan jarum dan darah.
Kini saya telah menderma sebanyak dua kali dan saya yakin kekuatan yang ada ini adalah doa dan galakkan dari kawan-kawan dan keluarga.
Semoga kita semua rakyat Malaysia akan Berjaya melawan virus ini sampai habis. Buat doctor dan seluruh warga KKM terima kasih kerana membantu dan menyelamatkan nyawa rakyat Malaysia!
Covid Fighter 9022 19 Oktober 2020
MW :Semoga lebih ramai rakyat sedar, Malaysia belum lagi bebas Covid-19. Sentiasa jaga diri, patuhi SOP. Jika duduk rumah itu pilihan terbaik, maka DUDUK RUMAH saja.
Buang bayi lelaki baru lahir belakang rumah bongkar sumbang mahram dua beradik bawah umur di Besut. Ketahui kronologi penuh, siasatan polis dan tindakan lanjut.