Hiburan

Nabila Huda Sedih, Kucing Kesayangan Mati, “Allah Bagi Peluang Mummy & Abi Jaga Aoki Sampai Akhir Hayat..”

Share

Nabila Huda sedih, kucing kesayangan mati, “Allah bagi peluang mummy & abi jaga Aoki sampai akhir hayat..” Tiada yang menyedihkan bagi seorang pencinta haiwan apabila terpkasa berpisah buat selamanya.

Nabila Huda Sedih, Kucing Kesayangan Mati, “Allah Bagi Peluang Mummy & Abi Jaga Aoki Sampai Akhir Hayat..”

Pelakon Nabila Huda sebelum ini banyak berkongsikan kisah tentang kucing kesayangannya yang sakit, Aoki. Kucing kesayangan Nabila itu menghidap penyakit buah pinggang tahap 4.

Aoki sudah terlantar sakit selama beberapa hari. Selepas beberapa hari bertarung nyawa dan dijaga rapi oleh pelakon itu, akhirnya Aoki pergi juga menghadap penciptaNYA.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Nabila berkongsikan keadaan Aoki yang sangat lemah sehingga mulutnya tidak berhenti mengeluarkan darah. Pelakon itu tidak mampu lagi menahan sebah dan menangis teresak-esak.

Nabila turut berkongsi video ketika ‘menyempurnakan’ jasad Aoki di halaman rumah mereka serta mengucapkan selamat tinggal buat haiwan kesayannganya itu. Aoki sudah dipelihara oleh Nabila sejak 15 tahun yang lalu.

Haiwan peliharaan sering dianggap sebagai sebahagian daripada keluarga bagi ramai pemiliknya. Kehadiran mereka bukan sahaja menambah keceriaan dalam kehidupan, malah memberikan banyak manfaat dari segi emosi, psikologi, dan fizikal.

Bukan sekadar binatang yang dipelihara untuk keseronokan, tetapi juga menjadi sahabat setia yang setia menemani dalam pelbagai situasi kehidupan.

Sumber: Instagram Nabila Huda

Baca artikel lain juga: Terima Kasih Suami Kerana Sentiasa Bersabar Melayan Kerenah Isterimu Yang Dramatik Ini Nabila Huda

Dua Tahun Diuji MCO, Nabila Huda Akui Dirinya Jadi Lebih Baik

Doktor Gigi Selamatkan Kucing Peliharaan Ketika Banjir Tarik Perhatian Warga Maya, Begitulah Kalau Sudah Sayang

Nur Nabila Najwa Serah Anak Kucing Melecur Dibakar Tiga Lelaki Untuk Dipelihara Pelakon Mustaqim Bahadon

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE 

“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.

“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.

“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.

Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…

Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.

Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.

Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.

 

 

Published by
Has