Mudahnya nak menjadi pemilik bisnes dengan adanya saluran yang tepat dan pengetahuan mengenainya. Jadi, wanita kini tidak boleh lagi menjadikan alasan sebagai suri rumah untuk tidak mempunyai pendapatan sendiri.
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) telah mewujudkan MyMall sebagai inisiatif digital yang inovatif, membuka peluang luas kepada Perusahaan Mikro, Kecil, dan Sederhana (PMKS) serta koperasi untuk memasarkan produk mereka secara dalam talian.
Dengan matlamat utama untuk memperkukuhkan ekosistem keusahawanan digital Malaysia, MyMall
menyediakan platform percuma yang menghubungkan usahawan tempatan dengan pengguna dan pembeli secara lebih meluas, membantu mereka memanfaatkan ekonomi digital secara optimum.MyMall menawarkan akses kepada pasaran digital secara percuma, membolehkan usahawan mengembangkan perniagaan mereka tanpa kos yang tinggi. Sehingga kini, lebih daripada 2,600 usahawan telah menyertai MyMall, dan platform ini telah mencatatkan jumlah jualan mencapai RM8.85 juta.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen KUSKOP dalam membantu memperkukuhkan daya saing usahawan tempatan, terutamanya bagi mereka yang berhadapan dengan cabaran untuk memasarkan produk secara fizikal.
Karnival Usahawan Wanita Malaysia 2024 yang dibawakan oleh Mingguan Wanita dan Majalah NONA bakal berlangsung dari 8 hingga 10 November ini telah mendapat sokongan penuh daripada KUSKOP, melalui salah satu inisiatif digital utama mereka, MyMall.
Karnival tersebut menjadi satu platform pembangunan ekosistem keusahawanan digital, MyMall yang merupakan sebuah platform percuma yang membantu Perusahaan Mikro, Kecil, dan Sederhana (PMKS) serta koperasi memasarkan produk dan perkhidmatan mereka secara dalam talian.
MyMall akan membuka reruai bagi memperkenalkan platform ini kepada lebih ramai wanita usahawan. Usaha ini bertujuan untuk menarik minat dan memberi kesedaran kepada golongan wanita tentang manfaat menggunakan MyMall untuk mengembangkan perniagaan mereka ke pasaran lebih luas.
Selain itu, MyMall akan menawarkan peluang pembiayaan, sesi latihan keusahawanan, dan strategi pemasaran digital, yang semuanya bertujuan untuk memperkasakan wanita usahawan dengan ilmu dan akses kepada kemudahan yang diperlukan dalam era perniagaan digital.
Karnival Usahawan Wanita Malaysia 2024 bakal menjadi platform terbaik untuk para wanita menjelajah potensi besar dalam perniagaan digital dengan MyMall. Jom kunjungi Karnival Usahawan Wanita Malaysia 2024 bertempat di IOI Grand Exhibition & Convention Centre, hujung minggu ini!
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE