MYAirline umum gantung operasi berkuat kuasa hari, akui berdepan masalah kewangan. Syarikat penerbangan murah, MyAirline yang mula beroperasi November tahun lalu hanya mampu bertahan hampir setahun.

Berkuat kuasa hari ini, syarikat ini mengumumkan terpaksa menggantung operasi mereka dan mengakui berdepan masalah kewangan.

MYAirline Umum Gantung Operasi Berkuat Kuasa Hari Ini

Dalam pengumuman rasmi yang dikongsi di facebook mereka, syarikat itu memaklumkan menggantung operasi mulai 12 Oktober dan  penggantungan tersebut akan berlanjutan sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

MYAirline Umum Gantung Operasi Berkuat Kuasa Hari Ini, Akui Berdepan Masalah Kewangan

Akui Berdepan Masalah Kewangan

Menurutnya, tekanan kewangan menjadi punca keputusan sukar itu terpaksa dibuat selain menunggu penstrukturan semula pemegang saham dan penjanaan semula modal syarikat itu.

“Kami amat kesal dan memohon maaf kerana terpaksa membuat keputusan ini kerana kami memahami kesannya terhadap penumpang setia kami, pekerja yang berdedikasi dan rakan kongsi.

“Kami telah bekerja tanpa jemu untuk meneroka pelbagai perkongsian dan pilihan penjanaan modal untuk mengelakkan penggantungan ini. Malangnya, kekangan masa menyebabkan kami tiada alternatif selain mengambil keputusan ini.

Ads

“Kami memahami kesulitan yang mungkin timbul dan kami komited untuk membantu anda melalui situasi ini. Sila hubungi kami di customercare@myairline.my, dan pasukan sokongan kami akan sedia untuk memberikan bantuan mereka.

”Sementara itu, kami menasihatkan penumpang yang terjejas supaya tidak pergi ke lapangan terbang dan mencari pengaturan perjalanan alternatif ke destinasi mereka,”kata ahli Lembaga Pengarah dalam kenyataan tersebut.

Lembaga Pengarah, pemegang saham dan kami semua di MYAirline akan bekerja tanpa jemu untuk menyambung semula operasi secepat mungkin tetapi pada peringkat ini kami tidak dapat komited pada sebarang garis masa.

“Kami mengulangi permohonan maaf yang setulus-tulusnya atas sebarang kesulitan dan kesulitan yang timbul daripada penggantungan ini dan akan melakukan yang terbaik untuk menyediakan sebarang kemas kini yang tersedia,” kata mereka.

Ads

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Ramai Suka Ambil Kesempatan “Jika Dalam Penerbangan Tambang Murah, ‘Window Seat’ Ni Kita Kena Bayar!”   

Lebih Selesa & Sopan, Syarikat Penerbangan Ukraine Perkenal Pantsuit, Kasut Sneaker Untuk Pramugari!

‘Tak Pernah Rasa Apa Mereka Rasa..’ Jangan Sindir Elaun Tinggi Mengajar Di Pedalaman

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Ads

Bila melihat beberapa selebriti menanggalkan hijab, pelbagai tanggapan mula diperkatakan. Pandangan dari Ustazah Sharifah Khasif ini boleh dijadikan panduan.Semoga kekal istiqamah.

 

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI