‘Perfect parents’, itulah antara impian dan harapan setiap mak ayah untuk menjadi orang yang sempurna di mata anak-anak. Tapi, mampukah mak ayah ‘menghadap’ karenah anak yang macam-macam.
Bunyi klise sangat untuk jadi perfect parents. Mungkin masa anak kecil dan tak banyak ragam, semuanya bisa di atur. Kalau anak makin membesar, perangai pun boleh tahan, rasnya agak mustahil.
Inilah cabaran mak ayah, cabaran dan level stres mak ayah tak sama. Tak perlu nak bandingkan dengan orang lain. Sebolehnya, kita cuba jadi terbaik buat anak-anak.
Bayangkan kalau mak ayah di rumah, ada masa kita akan pening dengan anak-anak yang bergaduh, suka mengadu, menangis dan sebagainya.
Naik rimas lagi, bila mak ayah nak rilek-rilek, anak datang peluk. Mesti macam-macam alasan untuk elak rasa tak selesa bila anak berbuat demikian.
Tak perlulah macam itu sekali dan dah tentu kalau keadaan inilah agak mustahil untuk kita mak ayah nak jadi ‘perfect parent’.
Walaupun hakikatnya, kita sedaya upaya berusaha dan bersama dengan karenah anak-anak. Percayalah setiap kita dugaan dan cabaran berbeza, seperti apa yang dikongsikan oleh Siti ‘Aisyah Rozalli ini.
Saya personally tak suka bila anak saya peluk-peluk dan meleset. Saya akan rasa rimas.
Ads
Jadi, 50% dari waktu anak saya peluk saya, saya akan biar mereka peluk sambil berusaha menahan ketidakselesaan saya.
50% lagi, saya akan cakap “mama berpeluh, busuk-busuk” dan saya akan ganti dengan saya yang peluk mereka, atau pegang tangan mereka erat-erat.
Mustahil untuk jadi PERFECT PARENTS.
Ada parents yang kata, suara anak menjerit dalam rumah buat mereka sangat pening kepala.
Jadi, ada hari yang mereka akan tahan saja sakit kepala sebab mengenangkan anak-anak sedang menjerit sebab gembira bermain sesama mereka.
Namun, ada hari yang mereka akan kurung diri dalam bilik sebab tak tahan dengan bunyi bising. Dan ada hari yang mereka akan marah anak yang bising.
Mustahil untuk jadi PERFECT PARENTS.
Ads
Ada mak ayah yang sangat risau dengan masa depan anak mereka. Sangat risau kalau anak keciciran pembelajaran. Sebab, bagi parents ini, ilmu itu sangat penting untuk dikuasai.
Tapi, mereka tahu yang setiap anak ada kelebihan dan kekurangan tersendiri.
Jadi, ada waktu yang mereka cuba pujuk diri sendiri bila lihat keputusan anak kurang cemerlang di sekolah. Tapi, ada waktu yang mereka drill anak untuk belajar subjek yang anak lemah. Kadang siap tinggi suara sekali.
Tapi, kemudian mereka berfikir semula. Patut ke? Tak patut ke?
Mustahil untuk jadi PERFECT PARENTS.
Sebab? Kita semua beza-beza. Kita semua ada kesukaan yang tak sama. Kita semua ada level stress yang tak sama. Kita semua ada kecenderungan yang pelbagai.
Ads
Yang penting… Kita jangan stres kan mak ayah lain dengan cara mereka yang berbeza tu.
Bantu supaya mana-mana yang ekstrim, boleh usaha jadi sederhana, dengan penuh hikmah dan kesabaran.
Nobody can be you. You cannot be like anybody. You do you.
Sebab… Semua parents berusaha dan struggle sebenarnya. Kan?
Mingguan Wanita : Setiap kita ada cabaran dan dugaan berbeza. Raikan dan ikhlaskan diri.
Keadaan ini biasa berlaku bila anak ambil ubat demam, batuk atau selesema, tak sampai 5 minit anak termuntah balik.
Sebenarnya, kalau anak muntah balik antara masa 5-15 minit, mak-mak kena redosing ubat itu. Sebabnya, penyerapan ubat dalam sistem badasn anak tidak berlaku,
Sebaliknya, kalau lebih anak muntah lebih daripada 30 minit selepas mengambil ubat, mak-mak tak perlulah redosing sebab ubat yang diambil tadi sudah diserap masuk ke dalam sistem badan anak.
Jadi, apa yang mak-mak perlu tahu adalah redose ubat itu jika muntah di bawah masa 5-15 minit semasa makan.
Mingguan Wanita: Baiklah selepas ini mak-mak tak perlu ragu-ragu untuk bagi semula ubat bila anak termuntah. Tapi pastikan melihat kembali masa anak muntah dan tempoh pengambilan ubat itu.
Membesarkan anak remaja sememangnya satu cabaran yang besar untuk mak ayah zaman kini. Jika salah strategi dan tidak memahami apa yang kepantangan anak remaja, bimbang hubungan jadi semakin ada jurang.
Bila sudah renggang, tidaklah lagi orang tua jadi orang pertama yang anak remaja cari untuk berkongsi masalah mereka. Hadamkan pesanan yang dikongsikan M Maleq ini.
Mendidik Anak Remaja
Kalau tanya saya, “mana susah jaga anak waktu kecil atau dah nak masuk remaja?”
Bagi saya bila anak nak masuk remaja. Bukan susah tetapi perlu ada strategi yang berkesan untuk disampaikan supaya mereka terima.
Pengalaman sendiri ya, bukan lihat anak orang lain. Anak yang mula nak meningkat remaja ni, suka dilayan seperti kawan.
Mereka suka diajak bersembang. Walaupun tajuk perbualan mereka tu macam rasa, “owh! Dia ni baru nak belajar selok belok trend terkini“.
Namun sebagai parent yang berpengalaman kita dengar dulu. Dan raikan.
Kemudian masukkan kata kata ‘ Pro and Con’. Jangan terus kata ‘ tak boleh, jangan ‘. Ianya akan jadi detik terakhir kita bersembang antara kita dan dia.
Ini Kepantangan Anak Remaja
Dengar dulu. Kemudian baru ulas apa yang kita boleh setuju dengan penerangan mereka. Seterusnya ulas sedikit nasihat agar apa yang sedang mereka nak ‘ terikut ikut’ tak membawa kepada kelalaian.
Anak nak masuk remaja, ada beberapa kepantangan yang boleh membuatkan mereka lebih suka cari orang lain yang lebih faham dirinya, berbanding kita sebagai parent mereka.
Jangan jadikan kebiasaan sebagai parent untuk,
1. Cakap berulang ulang akan sesuatu ingatan atau arahan kepada mereka. 2. Tanya berkali kali soalan yang sama mereka dah jawab. 3. Terus sekat mengejut sesuatu perkara yang mereka mula suka lakukan. Sebaiknya beri tempoh ingatan untuk tinggalkan, dan barulah bertegas akan keputusan yang harus ditetapkan.
Anak anak akan terbuka hati bercerita bilamana dia rasa “ADA TEMPAT BERKONGI” yang faham emosi mereka ketika itu.
Bila kita sebagai parent, terus halang apa yang mereka nak suarakan, tanpa alasan yang kukuh, mereka akan mula menjauhkan diri untuk berkongsi.
Mulalah mencari kawan sebagai tempat meluahkan. Buat sesuatu perkara senyap senyap tanpa pengetahuan kita.
Ini sangat berbahaya.
Jadinya, untuk tackle anak yang mahu meningkat remaja perlu jadikan mereka sebagai kawan. Ajak beraktiviti yang sesuai dengan umur mereka.
Gunakan strategi bercakap ” men to men ” kepada mereka, supaya apa sahaja emosi yang terbuku dihatinya, terhurai dengan baik.
Anak lelaki, serasinya adalah kepada Ayah. Begitu juga sebaliknya anak perempuan kepada ibunya.
Tak salah jika anak perempuan nak berkongsi kepada ayahnya, tetapi masih ada perkara yang tak boleh dikongsi semuanya melainkan ibunya sahaja yang faham emosi wanita.
Anak anak takkan terbentuk jurang antara kita dan dia. Jadinya gunakan cara
terbaik untuk mereka sentiasa dekat dan boleh berkongsi apa sahaja tentang dirinya kepada kita.
Bilamana komunikasi antara kita dan dia berjalan dengan baik. Insya Allah situasi dalam keluarga akan harmoni.
Biasanya bila anak masuk umur 2-4 tahun, semakin susah anak nak tidur sendiri setiap malam. Kasihan kalau mak ayah jenis bekerja, agak penat nak melayan anak yang tengah aktif bermain. Lagi kasihan, sampai jam 2-3 pagi pun anak masih terbeliak biji matanya.
Kadang kalau anak dah banyak tidur siang hari pun boleh jadi punca anak payah tidur malam. Jadi apa peranan mak ayah untuk handle masalah anak susah tidur malam ini?
Mungkin tip yang dikongsikan Doktor Ezairy M.Sallih ini boleh tidurkan anak lebih mudah, nah jemput baca tipnya.
Bagaimana merangsang bayi untuk tidur sendiri?
Persoalan seperti ini sudah tentunya jarang terfikir oleh fikiran kita, betul? Namun percayakah anda bahawa apabila kena pada cara dan langkahnya, anak kita mampu dididik untuk tertidur dengan mudah.
Cuba lihat beberapa perkara ini:
Bawa anak ke bilik tidur lebih awal
Perkara pertama ini penting. Ia amat penting untuk membiasakan anak dan bayi kita bahawa ini adalah masa untuk mereka tidur. Anda akan merangsang anak anda sedari kecil lagi untuk tidur lebih awal. Rangsangan ini amat berharga kerana persediaan sebelum tidur amat diperlukan oleh anak kecil sebelum mereka mampu untuk tidur.
Rutin tidur yang teratur
Ini juga antara perkara paling penting. Langkah yang paling baik ialah mendidik masa untuk anak anda tidur semenjak usia bayi lagi. Ya, bayi memerlukan jangka masa tidur yang lebih lama berbanding dewasa. Tidak sama seperti kita. Cuba latih untuk mereka tidur pada waktu yang sama pada setiap hari, supaya jadual ini akan terus berlaku sehingga mereka meningkat usia.
‘Bedtime routine’ yang konsisten
Ini juga penting. Bagi anda yang mempunyai anak pada usia kanak-kanak, cuba lakukan aktiviti sebelum tidur yang tenang, damai dan mampu merangsang anak-anak untuk tidur. Ini termasuk bercerita, menyanyi, alunan zikir dan sebagainya mengikut kesesuaian. Ia penting untuk mendidik anak-anak bahawa ketika itu adalah masa untuk mereka mulai tidur.
Letak anak anda di atas katil atau tilam ketika mereka mengantuk
Ada ibu bapa yang membiarkan anak-anak mereka untuk terus bermain walaupun mereka sudah kelihatan sangat letih dan mengantuk. Cuba lazimkan dengan meletakkan anak anda di bilik dalam suasana yang sunyi dan tenang sebaik sahaja melihat mereka letih. Secara tidak langsung, kita sedang melatih dan merangsang mereka untuk belajar tidur dengan sendirinya tanpa pengaruh kita.
Cuba kurangkan tabiat menyusukan anak sampai tertidur
Ya, ini merupakan antara langkah yang sering kita lihat dan lakukan sendiri. Ianya tidak salah. Cuma, apabila terlalu kerap anda melakukan cara begini, anda tidak akan langsung memberi peluang kepada anak untuk belajar tertidur tanpa pengaruh luar. Sesekali cuba lepaskan susuan apabila melihat anak sudah sangat letih, biarkan mereka tertidur sendiri.
Ibu bapa sekalian, belajar untuk menenangkan diri sendiri dan seterusnya mudah tidur bagi anak-anak ini sememangnya memerlukan masa, kesabaran, ruang dan tenaga, sama ada bagi ibu, ayah dan bayi itu sendiri. Ada anak yang memerlukan masa yang lebih lama daripada yang lain untuk mempelajarinya. Setiap anak tidak sama.
Bersabar dan teruskan dengan langkah yang anda lakukan sekarang. Lakukanlah dengan cara yang paling tenang, mudah dan penuh kasih-sayang. Sentiasa percaya bahawa suatu hari nanti ianya pasti akan mudah buat anak-anak kita.
Jangan baca saja ya, moga mak ayah boleh amalkan tip ini pada anak-anak kecil yang susah nak tidur malam. Semoga bermnafaat!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.