Cukup membimbangkan apabila ramai yang dijangkiti virus influenza. Ia mudah dijangkiti melalui titisan cecair pernafasan menerusi batuk dan bersin. Menurut kenyataan akhbar KKM, berdasarkan trend yang direkodkan kes influenza like-illness (ILI) dan kadar kemasukan pesakit ke wad dengan severe acute respiratory infection (SARI), terdapat peningkatan kes semenjak pertengahan bulan Disember 2019, lepas.

Seeloknya jika anak-anak mempunyai influenza, mak ayah kena lebih bersikap bertanggungjawab kuarantin mereka di rumah. Tak perlu hantar anak ke sekolah, pusat transit, nurseri mahupun berada di tempat awam.

Fahamkan penerangan daripada Dr Azlindarita Aisyah Mohd Abdullah  mengenari Virus Influenza A ini sebagai rujukan;

Sekarang musim Influenza A menyerang. Jika kita orang yang sihat, tiada masalah kesihatan, kebiasaannya tidak apa-apa. Tetapi bagi mereka yang ada masalah kesihatan seperti asthma, orang tua atau kanak-kanak kecil, ia boleh mendatangkan bahaya

Influenza terbahagi 3, influenza A adalah yang lebih kuat berbanding influenza B dan C.

Virus ini berubah bentuk setiap tahun, maka digalakkan mengambil vaksin Influenza setahun sekali sebelum musimnya iaitu musim sejuk dan hujan.

Antara simptom-simptom Influenza A adalah;

– Demam dan menggigil
– Demam tinggi yang tidak surut walaupun dengan paracetamol
– Sakit kepala dan otot
– Sakit tekak dan batuk
– Selsema

Kanak-kanak kadangkala mengalami sakit perut, loya dan muntah.

Ads

Sila dapatkan rawatan di hospital jika ada simptom;
– Sesak Nafas
– Nafas Laju
– Demam Tinggi yang berpanjangan
– Kulit kelihatan kebiru-biruan
– Kanak-kanak tidak mahu makan atau minum
-Bayi Dehidrasi kerana kurang minum (Lampin kering, Menangis Tiada Air Mata)

Bagi orang dewasa pula, simptom yang menunjukkan rawatan kecemasan diperlukan segera adalah
– Sakit Dada
-Sesak Nafas
-Kebingungan
-Muntah-Muntah yang berpanjangan
-Selsema berkurang tetapi deman dan batuk datang semula

Musim Virus Influenza A Menyerang, Risikonya Boleh Sebabkan Jangkitan Paru-Paru!

Rawatan bagi Influenza A adalah;

  • Rehat di rumah.
  • Kekalkan hidrasi badan dengan minum dengan kerap.
  • Makan jika rasa ada selera, sebaiknya makanan yang berkhasiat dan tidak terlalu berat.
  • Ambil ubat tahan sakit yang dinasihatkan doktor

Bagaimanakah cara mengelakkan virus Influenza A merebak?

Kuarantinkan diri di rumah hingga semua simptom sembuh . Jangan ke luar ke tempat awam bagi mengelakkan virus tersebar.

JANGAN MENGHANTAR ANAK-ANAK YANG SAKIT KE SEKOLAH, TASKA, TADIKA, NURSERY DAN SEBAGAINYA. KUARANTIN DI RUMAH

  • Tutup mulut ketika bersin dan batuk.
  • Cuci tangan dengan kerap.
  • Jika anda petugas kesihatan, pastikan anda menukar pakaian sebelum memegang anak-anak kecil anda apabila pulang dari hospital.
  • Galakkan anak-anak yang sudah bersekolah untuk terus mandi dan menukar pakaian apabila pulang dari sekolah , terutamanya jika ada anak yang lebih kecil di rumah.

Musim Virus Influenza A Menyerang, Risikonya Boleh Sebabkan Jangkitan Paru-Paru!

Ads

Komplikasi Influenza A seperti jangkitan paru-paru (Pneumonia) boleh berlaku kepada golongan berisiko tinggi seperti;

– Bayi
– Kanak-kanak kecil
– Warga emas
– Wanita hamil
– Pesakit yang menghidap penyakit kronik seperti kencing manis dan sakit jantung .

Musim Virus Influenza A Menyerang, Risikonya Boleh Sebabkan Jangkitan Paru-Paru!

Sama-sama kita cegah penularan #InfluenzaA

Ads

Dr Azlindarita Aisyah Mohd Abdullah
Pakar Mata & Pensyarah Perubatan

Rujukan:

1) https://www.healthdirect.gov.au/influenza-a-flu
2) https://www.cdc.gov/flu/consumer/symptoms.htm

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat dan menjadi panduan buat mak ayah dalam mencegah jangkitan influenza serta menjaga anak-anak yang mengalami jangkitan ini.

Baca Lagi Disini: Begini Langkah Cegah Jangkitan Influenza Terutama Anak Bawah Umur 5 Tahun!

Sumber:Dr Azlindarita Aisyah Mohd Abdullah

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI