Berita

Musim Perayaan Jelas Terasa! Meriahnya Festive Buffet Le Méridien Kuala Lumpur

Share

Pejam celik, penghujung tahun 2024 bakal melabuhkan tirainya dalam masa 2 minggu lagi. Tiada yang lebih indah selain dapat berkumpul bersama keluarga dan orang tersayang, menikmati hidangan yang menyelerakan dan merasai kemeriahan perayaan.

Sempena cuti hujung tahun ini, apa kata berkumpul bersama keluarga sambil menikmati bufet yang enak dengan pelbagai jenis makanan.

Raikan musim perayaan ini dengan penuh gaya di Le Méridien Kuala Lumpur yang mengundang anda untuk merasai keajaiban Krismas dan keriangan musim percutian dengan Bufet Perayaan di Latest Recipe.

Le Méridien Kuala Lumpur membawakan  keajaiban Krismas dan Tahun Baharu melalui Festive Buffet yang mewah dengan dereta pelbagai hidangan menarik yang bertepatan dengan tema penghujung tahun dan perasaan Krismas.

Latest Recipe menyediakan bufet perayaan yang pastinya memuaskan selera. Malah, setiap hidangan disediakan dengan penuh kasih sayang oleh Chef Eksekutif Antoine dan pasukannya yang berbakat.

Ditambah pula gabungan dekorasi yang meriah dan penuh dengan semangat perayaan, pastinya menjamu selera di Latest Recipe menjanjikan kenangan manis yang akan dikenang sepanjang tahun.

Jamu Selera

Pencinta hidangan berasaskan daging,  bahagian Carving Station yang menghidangkan menu seperti Baked Chicken Berbera, Roasted Mediterranean Style Ribs and Ribeye, Oven Roasted Lamb and Baked Garlic-Parsley Seabass pastinya tidak mengecewakan untuk dinikmati. Malah setiap potongan daging disediakan dengan sempurna, memenuhi cita rasa setiap pengunjung.

Pencinta makanan laut pula usah bimbang kerana hidangan ini turut tersedia di Seafood Bar. Nikmati kepuasan dengan ketam, kupang, scallops, dan udang segar yang pasti akan memuaskan selera. Selain itu, di bahagian On Tray, hidangan seperti salmon salai,itik & ayam salai, serta pilihan makanan laut segar turut menggamit perhatian.

Penulis sememangnya menggemari hidangan Jepun. jadi  Teppanyaki yang dimasak secara langsung pastinya menjadi pilihan. Di sini, anda boleh memilih sama ada menikmati menu berasaskan daging lembu, ayam, udang, scallops, sayuran, dan ikan yang dimasak di depan mata.

Selain itu, deretan Sushi, sashimi, temaki rolls, serta udon dengan kuah Miso atau soya turut tersedia untuk dinikmati. Pendek kata, seronoknya menjamu selera!

Hidangan ala Barat yang lain turut disediakan di meja buffet di Latest Recipe ini. Jamu selera dengan hidangan  seperti Oven-Baked Stuffed crab shell, mackerel goreng, dan pelbagai jenis pasta termasuk carbonara, pesto, pomodoro, aglio e olio dan bolognese.

Manisan Tidak Dilupa

Tidak lengkap rasanya tanpa hidangan yang manis kan, turut disajikan pelbagai jenis pemanis mulut pelbagai rasa seperti cranberry baked cheesecake, cinnamon. Churros with chocolate sauce, Christmas Forest Raspberry Chocolate Cake dan the classic panettone. Buat pencinta keju, terdapat pelbagai jenis keju import bersama makanan sampingan yang lain di Fine Cheese Platter.

Kemeriahan Krismas tidak lengkap tanpa chocolate fountain with fresh berries, grapes and marshmallows, soft serve ice cream dan yoghurt kegemaran yang pastinya membuatkan mereka teruja. Bagi mereka yang tak sabar nak menikmati hidangan lazat ini, boleh mula rancang tarikh sesuai.

Tempah tempat anda hari ini dan rasai keindahan Krismas dan Tahun Baharu yang penuh dengan hidangan lazat dan kemeriahan yang tiada tandingan. Pastikan detik-detik indah ini menjadi kenangan yang kekal sepanjang hayat.

Follow kami di TELEGRAMINSTAGRAMTIKTOKFACEBOOKTWITTER dan YOUTUBE 

Published by
Rosmah Idayu