‘Musim Bunga 2017 Di Eropah..’ Oksana Dedah Pertama Kali Jumpa Sultan Muhammad V

Share

Sehingga hari ini kisah pertemuan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dan isteri, Rihana Oksana Petra masih menjadi tanda tanya pada mata masyarakat umum.

Bak kata Oksana dalam instagramnya baru-baru ini, “Bagi ramai orang kisah pertemuan pertama saya dengan suami saya tetap menjadi misteri

.”

 

 

Kami bertemu pada musim bunga 2017 di Eropah. Pada masa itu saya bekerjasama dengan rakan karib kami, Jacob Arabo. Selepas acara itu, kami pergi untuk makan malam, di mana saya berjumpa dengan seorang lelaki, dan beliau memperkenalkan dirinya sebagai Raja Malaysia.“

“Saya menganggap itu sebagai jenaka semata-mata, dan saya pula bergurau bahawa saya juga adalah ratu di Moscow. Kami berbual sepanjang malam dan bertukar nombor telefon. Tidak lama kemudian terdapat berita yang muncul mengenai pelantikan raja, yang merupakan kawan baru saya … untuk diteruskan.”

 

Anak Comel Ini Anugerah Kepada Kami – Oksana

Dalam entrinya yang lain, Oksana turut berkongsi kegembiraan dengan kehadiran permata hati yang diberi nama, Tengku Ismail Leon Petra Bin Tengku Muhammad V Faris Petra. Yang dilahirkan pada 21 Mei 2019.

Kepada semua pengikut pengikut saya yang dihormati, jutaan Terima Kasih diucapkan ke atas komen-komen anda. Saya amat senang hati apabila membaca ucapan ikhlas dari anda semua

.”

Kehidupan kami telah berubah sejak anak comel ini dianugerahkan kepada kami suami-isteri dan membawa bersamanya kasih sayang dan cinta.”

“Alhamdulillah, sekarang kami adalah keluarga yang bahagia dan sifat kekeluargaan adalah penting dalam kehidupan kita semua. Oleh itu, diharap kita sama-sama menjaga keluarga kita dan juga satu sama lain. Dan semoga kita dan ahli keluarga kita terus sihat sejahtera dan sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah SWT.”

Sumber/Foto : Rihana Oksana Petra

Published by
webadmin