Ada pelbagai jenis muruku. Selain muruku bulat, ada juga muruku panjang dan leper. Apa kata kali ini kita cuba buat muruku leper pedas rangup.
Resipi dan cara buat muruku ini berbeza sedikit daripada resipi muruku biasa. Sebabnya kali ini kita perlu mencampurkan cili untuk menjadikan muruku itu pedas.
Cara buat muruku ini pula adalah dengan menggunakan acuan leper untuk menghasilkan muruku panjang dan leper.
Apa kata kita buat sendiri muruku leper pedas rangup ini. Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Doktor Pushpalatha Rama Rao ini.
Dia telah menggunakan resipi warisan turun-temurun ibunya serta resipinya sendiri bagi menghasilkan muruku leper ini.
“Muruku pedas krispi khas untuk Deepavali! Resipi mak + resipi saya sendiri…memang jadi….mmm….krispi dan rangup!”
“Selamat mencuba dan selamat makan!
1cawan tepung beras
1/2 cawan tepung kacang kuda
1/4 cawan tepung jagung (saya tambah sendiri)
1/2 sudu kecil jintan kecil ( ditumbuk)
1/2 sudu kecil bijan putih
1/2 sudu kecil bijian omam ditumbuk ( kalau tak dapat tak apa)
Garam secukupnya
1 sudu besar gula
1 sudu besar planta
Air secukupnya
2 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk ayam (supaya lebih sedap)
Baca Sini:
Cara Masak Soto Ayam Kuah Pekat, Siap Ada Bergedil, Sambal Kicap
Ikut Resipi Ini, Buah Melaka Tak Basi, Tahan Sampai Pagi Esok!
1-Kacau semua bahan-bahan di atas sampai jadi macam doh chappati. Guna acuan leper untuk hasilkan muruku leper yang panjang dan goreng sehingga kuning keemasan.
2-Campurkan kacang tanah dan daun kari yang di goreng dalam muruku tadi. Siap muruku leper pedas rangup.
MW: Muruku ini khas buat kalian yang suka snek atau kudapan pedas. Boleh cuba resipi ini kerana ia adalah resipi turun-temurun dan pastilah menjadi bila dibuat.
Sumber / Foto: Doktor Pushpalatha Rama Rao