Murid tahun satu dimalukan tak bawa buku tulis, pensyarah minta guru jangan wujudkan public shaming di group ibu bapa. Ada cara lebih baik untuk “menegur” ibu bapa yang mungkin terlepas pandang memasukkan buku latihan anak-anak ketika bersama mengemas jadual belajar anak terutama yang di tahun satu.
Caranya ialah menghubungi ibu bapa atau whatapp secara personal memaklumkan kegagalan anak membawa buku tulisnya. Bukan dengan cara memuat naik gambar pelajar di mana di dalamnya ada puluhan lagi ibu bapa membaca dan memandang.
Satu perkongsian seorang pensyarah, Prof Madya Dr Yasmin Hanani Mohd Safian yang mengakui menangis kerana isu public shaming ini tidak sepatutnya terjadi kepada anak berusia 7 tahun dan baru sebulan memulakan alam persekolahan.
Ikuti pandangannya :-
Saya terpempan membaca hantaran ini dan berlinang air mata saya.
Ini murid tahun satu ya kawan-kawan yang baru hampir sebulan memasuki alam persekolahan. Dan bukan isu ibu bapa mengada-ngada tak boleh terima anak ditegur.
Bila anak-anak saya mengadu cikgu garang, cikgu denda, saya sering memujuk cikgu garang bersebab cikgu denda kerana kita tak ikut arahan. Tapi bagi saya, perlu ada pengecualian bagi murid tahap satu apatah lagi tahun satu.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :– Profesor Madya Akui Silibus Tahun Satu Terlalu Rumit & Tak Sesuai Daya Intelektual Murid
‘Arwah Pernah Tanya Nama Malaikat Maut..’ Ajal Budak 10 Tahun Dihempap Tiang Elektrik
Makluman diberi dalam group yang mungkin ramai ibu bapa terlepas pandang, anak bukan seorang dua. Group bukan satu. Tolong jangan kata ibu bapa ada masa layan group membawang tapi tak tengok group sekolah anak.
Kita sendiri jika dimalukan dalam group staf, media sosial begini oleh ketua kita, apa perasan kita? Allahuakbar.
Mungkin pelajar kata saya seorang pensyarah yang tegas dan kelakar tapi saya tidak pernah denda pelajar saya begini hatta mereka sudah umur akil baligh di universiti. Public shaming is a no no. Walaupun di social media.
Tak tahula, mungkin tekanan kerja.
Tapi saya menangis memang saya menangis.
Ini anak tahun satu dan group ibu bapa kelas.
Sebab itu setiap kali anak-anak balik sekolah saya akan peluk mereka kerana kita tak tahu apa yang mereka hadapi di sekolah.
Istauda’kumullah.
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.
Datin Lisa Surihani Takut Dipuji Orang