Murid 7 Tahun Hadiahkan Barang Kemas Buat Guru “Yang Mampu Biarlah. Terima kasih Berkongsi Rezeki Bersama Cikgu-Cikgu Hafiy”

Share

Murid 7 tahun hadiahkan barang kemas buat guru. Ramai netizen berasa sebak apabila seorang murid berusia tujuh tahun menghadiahkan barang kemas buat 10 orang gurunya sempena sambutan Hari Guru.

Murid 7 Tahun Hadiahkan Barang Kemas

Seperti mana dipaparkan menerusi sebuah klip video yang tular di Tik Tok, kanak-kanak tersebut ditemani ibu dan bapanya membeli barang kemas buat guru-gurunya.

“Hadiah Hari Guru 2024 daripada Hafiy Hadeef untuk mualim dan mualimah. (Hadiah untuk) 10 orang gurunya.

“Terima kasih khasnya buat Ammar tolong bungkuskan hadiah hari guru Hafiy cantik-cantik,” tulis ibu murid berkenaan, Nurashikin Din di TikTok.

Tersentuh Hati & Kagum Dengan Pilihan Hafiy

Menerusi ruangan komen ramai yang memuji dan tersentuh hati dengan hadiah yang dipilih oleh murid berkenaan untuk guru-guru kesayangannya.

“Alhamdulillah rezeki cikgu-cikgu Hafiy. Yang mampu biarlah. Terima kasih juga berkongsi rezeki bersama cikgu-cikgu Hafiy. Yang tak mampu kita ni bagi je apa yang mampu,” luahMZJZ.

“Masya-ALLAH dik…semoga awak sentiasa dimurahkan rezeki dunia akhirat. Untuk Hafiy semoga membesar menjadi hamba yang soleh dunia dan akhirat,” kata Nur Hazi.

“Saya baru pesan kat anak murid saya jangan bagi hadiah dekat saya kalua tak mampu. Cukup belajar rajin-rajin sebab saya sekolah kampung takut susahkan waris. Lagipun diorang dah berhabis duit beli buku kerja.harap depa berjaya” ungkap AsmakIsmail.

@nurashikindin Hadiah hari guru 2024 dari Hafiy Hadeef untuk mualim & mualimah ❤️. 10 orang guru nya. Special thanks to Ammar tolong bungkuskan hadiah hari guru hafiy cantik2 💋 #hadiahhariguru2024 #habibjewels #fypシ゚viral @HABIB Jewels ♬ Cupid – Twin Ver. (FIFTY FIFTY) – Sped Up Version – sped up 8282

Baca Disini : DIY Hadiah Hari Guru Paling Praktikal, Kit Alat Tulis, Kos Tak Sampai RM10

Sumber : Tik Tok Nurashikin Din

Anak perempuan meningkat remaja. Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.

Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!

Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.

 

 

 

Published by
Norhayati Suboh