Pertama kali bertemu dengan wanita yang juga seorang ibu tunggal, Rohana Che Hassan, 49 sememangnya penulis pada awalnya tidak menyangka dia merupakan seorang usahawan yang berjaya. Ini kerana personalitinya yang cukup merendah diri membuatkan wanita ini mudah untuk didekati. Malah tiada jurang antara kami, Rohana ibaratkan penulis seperti rakan yang telah lama dikenalinya. Mendekati wanita yang juga ibu tunggal kepada empat orang anak ini rupa-rupanya pernah mengalami masalah dalam perniagaan dan kini dia bangkit dengan produk terbaru Najya Beauty.
Dalam mengendalikan perniagaan dalam bidang kosmetik yang telah dibina sejak 11 tahun lalu, wanita ini sebenarnya mempunyai kisahnya yang tersendiri. Tidak mahu hanya mengaut keuntungan, Rohana lebih selesa membelanjakan sebahagian besar dari keuntungan syarikatnya bagi membantu pembangunan anak-anak tahfiz.
Bersama anak-anak Tahfiz.
“Sewaktu di awal perniagaan saya mula berkembang, saya selalu menghadiri kelas mengaji di Dewan Haji Ismail yang terletak berdekatan dengan kediaman saya di Sungai Buloh. Dari situ pada satu hari terbuka hati saya untuk membayar zakat dan saya bertanyakan kepada seorang hamba Allah ini bagaimana saya mahu salurkan wang zakat saya dan kalau boleh nak wang tersebut sampai kepada negeri kelahiran saya di Kedah.
“Kemudian hamba Allah itu pun memberi cadangan saya memberi sumbangan kepada Madrasah Misbah Al-Falah yang juga dikenali dengan nama Pondok Lanai yang terletak di Kampul Banggol Berangan, Parit Panjang. Pondok yang mencecah lebih separuh abad itu diasaskan oleh Allahyarham Omar Zuhdi Salleh merupakan khazanah ilmu yang tiada nilainya. Pengetuanya kini merupakan anaknya, Md Mukhtar Omar Zuhdi.
Ads
“Pondok yang diasaskan Tuan Guru Hj Omar Zahdi kini menempatkan 500 murid, ibu tunggal, warga emas, keluarga susah dan 40 guru termasuk kakitangan. Guru yang baharu berkhidmat di pondok ini hanya memperoleh gaji sebanyak RM400. Ketika mendengar kesusahan yang dialami oleh pihak mereka saya ke sana kira-kira 9 tahun lalu dan menghulurkan wang sebanyak RM10,000 ketika itu bagi mengurangkan sedikit beban pengurusan.
“Ketika itu ustaz terharu dan sangat bersyukur denga wang yang akak derma. Ustaz berkata sememangnya pada waktu itu mereka dirundung kesusahan dan rasa seperti ingin menutup operasi. Namun dia memegang amanah ayahnya yang mahukan pondok ini meneruskan sistem pondok tradisional dan tidak dijadikan pusat untuk mengumpul kekayaan sentiasa tersemat kukuh di hatinya.
“Malah ustaz juga memegang prinsip arwah ayahnya yang sentiasa berpesan, kalau ada yang nak belajar di sekolah memang kena ada bayaran untuk makanan namun jika ada yang tidak mampu dan tidak berduit tetap terima pelajar tanpa bayaran. Jadi sejak itu akak terus menderma kepada Pondok Lanai dan dalam sebulan sekurang-kurangnya akan menderma lebih kurang RM8,000 untuk membantu menampung pembayaran gaji guru. Syukur alhamdulillah, selain memberi bantuan setiap bulan saya juga membuat sedikit pembaik pulih dua buah asrama,” ujar Rohana yang sangat bersyukur kerana masih mampu memberi derma kepada Madrasah Misbah Al-Falah.
Ads
Sewaktu mengadakan lawatan di Madrasah Misbah Al-Falah.
Buka Tahfiz Darul Hadis Hafizudden Mekar Semilu
Rohana juga berkata, dia sangat bersyukur kerana pada tahun lalu dia diberi rezeki untuk menaung sebuah Pusat Tahfiz yang baru diberi nama Darul Hadis Hafizudden Mekar Semilu sempena nama anaknya.
“Syukur kerana Allah memberikan rezeki yang berpanjangan dan tahun lalu seorang ustaz telah membuka Pusat Tahfiz baru dan saya sebagai penaung. Tahfiz ini diberi nama Darul Hadis Hafizudden Mekar Semilu.
Ads
“Memandangkan Pusat Tahfiz ini masih baru memang kami memerlukan banyak peruntukan terutama untuk membeli tiga ekar tanah yang berhadapan dengan Pusat Tahfiz ini. Tujuannya untuk membesarkan lagi pusat pengajian ini.
“Setakat ini Darul Hadis Hafizudden Mekar Semilu baru mempunyai 40 orang pelajar dan tiga orang guru. Bermula dari darjah satu dan menerima mereka yang berminat untuk mendalami ilmu agama. Setakat ini kami sudah bina beberapa pondok untuk mak-mak dan nenek-nenek tinggal di Pondok. Memang Pusat Tahfiz ini dikenakan yuran namun bagi mereka yang tidak berkemampuan kami sedia membantu,” ulas Rohana yang cukup gembira apabila hasratnya untuk membina sebuah rumah tahfiz terlaksana.
Taja Golongan Kurang Berkemampuan Mengerjakan Umrah
Rohana juga sejak sembilan tahun lalu telah menaja beberapa orang mengerjakan umrah. Kemungkinan besar pada tahun ini dia juga bakal mengerjakan umrah bersama mereka yang terpilih untuk bersama-sama ke Mekah.
“Memang dari awal saya menjejakkan kami mengerjakan umrah saya sudah berdoa di hadapan Kaabah untuk membawa beberap orang setiap tahun ke Mekah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bila anak demam kuning, ibu kena kerap menyusukan bayinya. Sebab dengan cara itu, bayinya akan cepat pulih, selain diletakkan di bawah lampu biru.
Bagaimana pun, ibu pun perlu ambil suplemen atau makanan tambahan yang berkhasiat agar dapat membekalkan susu ibu yang berkualiti untuk anaknya.
Ini perkongsian daripada Sarifa Redzuan II, trainer di World SPA Theraphy & Consultancy mengenai makanan tambahan yang ibu digalakkan ambil untuk bantu turunkan bacaan kuning bayinya.
Bacaan Kuning Anak 238, Turun 164
Dah seminggu kuning baby tinggi. Kelmarin 238. Teringat pesan seorang customer (minah salleh) zaman kerja hotel dulu yang juga merupakan seorang doktor. Katanya Ibu-ibu digalakkan ambil dandelion, probiotic , magnesium dan wheatgrass
Lepas tu, terus pergi farmasi cari. Walaupun tak banyak pilihan tapi boleh tahan juga brand brand ni:
Wheatgrass kat farmasi tu tiada. Balik tu minta si ibu ni makan 4 suppliment tu dulu. Alhamdulillah, pagi tadi bawa pi hospital, kuning baby dah turun 164.
Bila baca pasal suppliment untuk ibu, memang sangat digalakkan semasa preggy lagi. Lepas bersalin ketiga-tiga suppliment; milk thristle dandelion, magnesium & calcium, probiotic memang sangat digalakkan ambil secara berterusan. Baby pun dapat ambil zat dari susu ibu.
Baby kerap minum susu ibu yang banyak khasiat, baby buang kerap, cepat turun kuning tu.
Nota Makan Vitamin
“Cikgu pun memang makan 3 suppliment ni dah lama. Cuma brand lain skit. Menariknya, kalau tersalah makan punca yang mengakibatkan alergik, alergik tu pun malu alah nak datang.”
Bagus sangat bila dapat jaga liver, usus dan tulang. Badan pun segar selalu.
Cara Pengambilan
1. Milk thristle & dandelion (1-2 biji Malam sebelum tidur – 9.00 malam)
2. Probiotic (1-2 biji 30 minit sebelun makan malam – antara 6.00 petang ke 8.00 malam)
3. Magnesium & calsium (1-2 biji 30 minit selepas makan malam)
4. Pregnancy $ Breastfeeding formula (1 biji Pagi dan 1 biji petang)
Bonda Hetty Doakan Kak Lina Terus Sukses. Salah seorang juri All Stars Gegar Vaganza (ASGV), Bonda Hetty Koes Endang menyatakan dirinya cuma tahu pengunduran Kak Lina Pom Pom (Elly Mazlein) sebagai pengacara semalam.
Penyanyi dari seberang itu menyatakan dia tidak mempunyai masalah dengan karektor dibawa Kak Lina sepanjang mengemudikan pentas itu.
Bonda Hetty Doakan Kak Lina Terus Sukses
“Baru malam tadi saya dengar Kak Lina (Elly) sudah tidak ada tetapi ‘show’ perlu diteruskan kerana bukan dia satu-satunya dalam program itu.
“Malah, kita juga tahu, ada peminat yang suka dan ada tidak suka.
“Bagi saya, apatah lagi GV kali ini lebih besar di mana disertai juara-juara.
“Saya hanya mendoakan semua sukses. Bagi Kak Lina, semoga beliau sukses di luar sana…
“Mungkin dia lebih nyaman (seronok) di luar,” katanya seperti mana di petik menerusi Berita Harian.
Semua Pengacara Ada Karakter Tersendiri
Menurut Bonda lagi dirinya selesa dengan kesemua pengacara termasuklah Elly Mazlein, Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
“Program di Malaysia dan Indonesia berbeza. Di Indonesia, kami tidak kisah ramai di atas pentas. Saya okay saja dengan mereka semua.
“Namun, kita masuk rumah orang, kita ikut sahaja. Nabil dan Jihan sudah lama di pentas itu, dia (Elly) boleh membawa versi dirinya tetapi perlu lihat keadaan.
“Jadi, bagi saya, Elly okay saja.
“Dia perlu kuat mental, jangan mudah kecil hati. Saya tahu dia manja. Jadi, kalau tak kuat, jangan baca komen, harus kuat dan sama-sama harungi.
“Ini semuanya perlu ‘teamwork’, tiada siapa yang tidak bagus.
“Jujurnya selama saya bersama GV saya tak pernah baca komen. Sebab saya tahu ada suka dan ada tidak suka. Saya tetap jadi diri saya,” luahnya lagi.
Seperti yang umum ketahui Elly mengesahkan berundur dari ASGV selepas pengumuman dibuat penyiar, Astro.
Peluang mengalunkan surah Al -Asr di Festival Sunnah 6.0 tanggal 12-14 Okt ini di Alor Setar, Kedah adalah satu debaran buat Azza Elite. Mengakui masih banyak dipelajari, kata Azza dia bersyukur dengan peluang ini.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Perkahwinan tak dikurniakan anak, warga emas setia jaga isteri sakit di wad & tak lekang panggil sayang. Kebelakangan ini, kita disajikan dengan kisah kesetiaan pasangan suami isteri.
Ada suami yang curang, memilih berkahwin dua kerana soal anak dan tak kurang juga cuba mencontentkan poligami untuk meraih perhatian ramai.
Perkahwinan Tak Dikurniakan Anak
Dalam membina rumahtangga, setiap pasangan ada “ego” tersendiri. Lebih lagi orang lelaki yang seakan terasa tercabar jika dalam berkahwin tetapi masih belum dikurniakan anak lagi. Menurut kaunselor Haji Hushim yang Mingguan Wanita temuramah, kebanyakan lelaki seronok berpoligami tanpa menyedari isteri mudah alami tekanan perasaan bila mendapat tahu hal ini selain anak-anak alami “childhood trauma” bila bapa mereka berkahwin lain. TONTON VIDEO DI SINI :-
Tapi ada juga lelaki yang kekal setia dan menua bersama walau menyedari perkahwinan tidak dikurniakan rezeki anak.
Satu perkongsian dari seorang jururawat yang berkongsi kisah seorang warga emas yang kekal setia menjaga isteri sakit di wad cukup menyentuh hati.
Warga Emas Setia Jaga Isteri Sakit Di Wad & Tak Lekang Panggil Sayang
Lebih menyentuh hati, pasangan ini tidak dikurniakan anak namun pakcik ini kekal setia berdua bersama isteri dan sentiasa memangggil isterinya dengan panggilan sayang. Tidak saja ada setiap kali waktu melawat tetapi kata-katanya sentiasa sweet setiap kali ingin pulang ke rumah sebaik waktu melawat habis.
@_lynnmj_ Pakcik & makcik ni takda anak…tapi setiap masa ada pakcik ada dengan wife die..😌😌setiap kali habis waktu melawat mesti salam & cium wife die.. ‘nanti abang datang lagi sayang’… sweettt sangat🥰🥰 sayang hingga akhir waktu😇😇 #fyp#kasihsampaisyurga♬ Hingga Tua Bersama – Rizky Febian
Dalam video dikongsikannya, jururawat ini menulis “pakcik & makcik ni takda anak. Tapi setiap masa ada pakcik ada dengan wife dia. Setiap kali habis waktu melawat, mesti salam & cium wife dia. ‘Nanti abang datang lagi sayang”. Sweettt sangat. Sayang hingga akhir waktu.
Benarlah, hidup ini pilihan. Tak kisah ada anak atau tak, kesetiaan itu sangat penting dalam perhubungan. Namun kerana ego, ramai lelaki memilih berkahwin dua demi membuktikan diri mereka anak jantan.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...