Mungkinkah Kesan Pemergian Arwah Siti Sarah Jentik Hati Selebriti Berhijab? Hidayah Itu Milik Allah

Share

Mungkinkah kesan pemergian Arwah Siti Sarah menjentik hati beberapa selebriti akhir-akhir ini berhijrah dan berhijab? Pelbagai persoalan terus bermain di fikiran dan penulis sendiri berasa sangat bersyukur apabila melihat beberapa artis popular seperti Izara Aishah, Nana Mahzan, Siti Elizad, Betty Rahmad dan Vicha sudah mula bertudung.

Mungkinkah Kesan Pemergian Arwah Siti Sarah Jentik Hati Selebriti Berhijab?

Ya, banyak hikmah yang jadi sejak akhir-akhir ini. MW sendiri berdoa agar mereka yang berhijrah ini semoga terus istiqomah dan diberikan kekuatan iman. Sememangnya sewaktu membaca penghijrahan mereka penulis sendiri berasa cukup teruja dan tidak menyangka setengah daripada mereka akan mengambil keputusan mengubah imej dan sekaligus terus berhijab malah ada yang mengenakan tudung labuh.

Dalam hati terdetik adakah penghijrahan mereka asbab atau kesan daripada pemergian Siti Sarah? Benarlah hidayah itu milik Allah. Subhanallah.

Malah tidak ada yang menyangka pemergian Almarhumah Siti Sarah yang amat menyentuh hati di mana, arwah merupakan seorang ibu yang mengandung tabahkan dan kuatkan diri melahirkan seorang bayi, sebelum pergi buat selamanya.

Seperti yang didedahkan Pengurus Arwah Siti Sarah, Nana Mohamad Rom dari Indigital Music menyatakan penyanyi popular itu sebenarnya seorang yang suka bersedekah dan membantu mereka yang memerlukan semasa hayatnya.

Malah Diana Amir juga pernah meluahkan ramai yang begitu cemburu pada cara pemergian almarhumah. Menurutnya, banyak kebaikan arwah yang disembunyikan yang sudah terbongkar dan pasti ada lagi yang berjaya arwah simpan sehingga kita nampak begitu mulia cara arwah dipanggil pulang.

“Antara amalan yang dikongsi, selain menjadi isteri solehah yang diredhai suami dan perbanyak bersedekah, ialah bangun pagi, subuh dan tidak tidur sehingga dhuha, dan amalkan bacaan surah Al- waqiah setiap hari. Beliau sangat meyakini amalan ini, dan benarlah Allah sepertimana sangkaan hambaNya,” kata Diana.

Nana Tampil Imej Berhijab “Masih Belajar, Tak Pandai Lagi Nak Bertudung. Maafkan Saya,”

Pemergian Siti Sarah Meninggalkan Banyak Kesedaran “Hargai Kasih Sayang Suami Isteri,Sentiasa Berbuat Baik”

Amalan Bersedekah Pengurus Dedah Arwah Siti Sarah Bantu Dalam Diam, Tidak Suka Dihebahkan

Izara Aishah Kejutkan Orang Ramai, Berkongsi Imej Baru Bertudung Labuh

Menantu kepada Datuk Siti Nurhaliza, Izara Aishah mengejutkan orang ramai apabila bertindak memadam semua foto yang memaparkan dirinya tidak bertudung dari laman Instagram miliknya.

https://invol.co/cl5l46g

Izara juga berkongsi beberapa keping gambar terbaharu bertudung labuh sekali gus memberi bayangan dirinya sudah bertudung penuh.

Betty Rahmad Akui Arwah Siti Sarah Buatkan Dirinya Berubah Ke Arah Yang Lebih Baik

Seperti mana yang pernah dicoretkan dalam MW, Betty turut menyatakan antara salah satu sebab pemergian Almarhumah Siti Sarah Raissuddin membukan dirinya berubah ke arah yang lebih baik.

“Masa arwah masih ada, saya ada pesan tudung jualannya. Waktu itu saya macam ada niat untuk bertudung tapi tak pakai lagi. Saya tunjuk kepada suami dan dia tanya dah nak bertudung ke tapi saya jawab belum lagi.

“Selepas arwah meninggal dunia, masa itu barulah saya putuskan untuk pakai tudung. Ketika membaca doa Awal Muharam, saya solat dan baca al-Quran bukan sebab sedih, takut atau susah, saya bersyukur dengan apa yang saya ada.

“Saya sayu bila memikirkan betapa sayangnya Allah kepada saya, ada saja rezeki yang dipermudahkan oleh yang Maha Esa,” ungkapnya, malah hijrah Betty turut mendapat sokongan dan doa dari kakak-kakaknya Erma Fatima dan Umie Aida.

Nana Mahzan Akui Baru Belajar Mohon Doa

Sememangnya penampilan baru penyanyi dan penyampai radio itu ternyata mengejutkan peminatnya. Malah menerusi pertanyaan pengikutnya mengenai imej berhijab, Nana Mahzan yang ketika itu sedang mempromosikan produk berupa sambal yang diusahakannya ditemani suami tercinta, Mohammad Raqeem Brian Abdullah dan akui sebenarnya belum bersedia untuk berkongsi dengan lebih lanjut perubahan imejnya itu.

“Saya tidak kuat untuk bercerita mengenainya. Sebab itu, saya ajak suami, Brian untuk bersama-sama dengan saya dalam video ini. Apa pun, terima kasih kerana sudah mendoakan saya.

“Alhamdulillah, doa-doa anda yang baik untuk saya itu sudah dimakbulkan Allah. Saya bersyukur dan sangat berterima kasih di atas doa-doa kalian semua. Apapun, saya masih belajar lagi dan terus doakan yang terbaik ya.

“Jadi hari ini (semalam), sebelum Asar dan hujan turun dengan lebatnya, telah makbul doanya. Terima kasih atas doa-doanya,” ujar Nana.

Elizad Bulatkan Hati Berhijrah

 

Siti Elizad juga bulatkan hati berhijrah mengambil keberkatan Awal Muharram. Begitulah antara khabar gembira yang diterima selepas pelakon, pengacara dan penyampai radio ini tampil dengan imej berhijab. Malah Elizad juga menerangkan suaminya sering selitkan doa agar dirinya menjadi isteri yang sempurna, baik dan menutup aurat.

Vicha Mohon Doa

Vicha mohon doa buat dirinya yang kini baru saja berhijrah dan berhijab penuh. Pelawak yang berasal dari Indonesia ini akui dirinya masih belajar.
Vicha turut menjelaskan dia baru tersedar dalam keluarga dia yang baru berhijab. Namun ibu tunggal kepada tiga orang anak ini terus mahu istiqamah.

Mingguan Wanita : Semoga mereka yang berhijrah ini diberikan kekuatan untuk terus istiqomah dan dikuatkan iman mereka.

Sumber Foto: Instagram Izara Aishah, Instagram SIti Elizad, Instagram Betty Rahmad, Instagram Nana Mahzan dan Instagram Vicha

 

Published by
Norhayati Binti Suboh