Mungkin Sebab Makanan Inilah Buat Kita Duduk Berlama-lama Dalam Tandas!
Gambar sekadar hiasan

Kita makan apa yang kita suka. Tapi sedarkah ada antara makanan yang dimakan itu memberi masalah kepada tubuh. Sembelit antara gejala kesihatan yang sering dihadapi oleh wanita mahu pun lelaki.

Sembelit ialah apabila kekerapan untuk membuang air besar berkurangan dan kesukaran untuk membuang najis. Sembelit merupakan satu gejala, bukannya satu penyakit.

Setiap orang pernah mengalami sembelit dalam kehidupan mereka dan selalunya ia disebabkan oleh amalan pemakanan yang tidak baik.

Mulai hari ini, awasi pengambilan makanan bagi mengelakkan gejala sembelit. Jika anda penggemar makanan yang disebutkan ini, segeralah mengambil langkah yang sepatutnya.

1-Tenusu

Jika anda kerap mengalami sembelit, segeralah lihat cara pemakanan seharian. Antara makanan yang boleh menyebabkan anda sukar membuang air besar adalah seperti terlalu banyak keju dan susu.

Tetapi jika anda tidak boleh meninggalkan pengambilan tenusu, apa yang boleh dibuat adalah jangan ambil terlalu banyak dan ubah pilihan.

Ads

Mungkin anda boleh cuba ambil yogurt dengan probiotik. Probiotik adalah bakteria hidup baik untuk sistem pencernaan. Ia mampu membantu melegakan sembelit.

Mungkin Sebab Makanan Inilah Buat Kita Duduk Berlama-lama Dalam Tandas!
Gambar sekadar hiasan

2-Makanan Segera Atau Makanan Siap Sedia Dimakan

Adakah gaya hidup sibuk menyebabkan anda makan apa sahaja yang mudah diperoleh? Mungkin makanan siap itu memudahkan tetapi pada kemudian hari kita tidak tahu apa kesannya.

Kebanyakan makanan segera atau makanan siap itu rendah serat. Serat amat diperlukan bagi membantu makanan bergerak melalui sistem pencernaan.

3-Makanan Bergoreng

Anda mungkin suka makan ayam goreng. Tidak salah tetapi jika boleh makan juga makanan banyak serat jika anda rasa sukar untuk membuang air besar. Makanan bergoreng biasanya penuh dengan lemak dan sukar untuk dicerna.

Ads

Apabila makanan sebegini bergerak dalam usus secara perlahan, terlalu banyak air diperlukan untuk mengeluarkannya. Sebab itu anda perasan najis yang keluar itu kering dan keras.

4-Telur

Telur tinggi protein tetapi rendah serat. Namun begitu anda tidaklah perlu mengeluarkannya terus daripada pemakanan seharian.

Apa yang boleh anda lakukan adalah tambah makanan tinggi serat ke bersama menu telur and aitu. Sebagai contoh, jika anda penggemar telur dadar,  tambahkan sayuran seperti tomato dan bayam ke dalamnya.

Mungkin Sebab Makanan Inilah Buat Kita Duduk Berlama-lama Dalam Tandas!
Gambar sekadar hiasan

5-Isi Daging Merah

Daging penuh protein dan lemak tetapi kekurangan serat. Oleh itu jika anda penggemar stik daging, pastikan anda seimbangkannya dengan sayuran penuh serat seperti brokoli.

Ads

6-Roti Putih

Terlalu banyak makan roti putih akan menyebabkan najis anda kering dan keras. Ini kerana roti putih diperbuat daripada tepung putih rendah serat. Cuba ubah dan pilih roti bijirin penuh. Ia mampu membantu pencernaan dengan mudah.

Mungkin Sebab Makanan Inilah Buat Kita Duduk Berlama-lama Dalam Tandas!
Gambar sekadar hiasan

7-Kek Cawan

Jika anda penggemar pastri seperti kek cawan, berhati-hati jangan terlebih makan.  Kebanyakan pastri, biskut dan makanan manis penuh dengan gula bertapis yang rendah serat dan cecair serta tinggi lemak. Ia pasti akan menyukarkan pergerakan di dalam usus.

Anda boleh makan pencuci mulut. Cuma cuba tukar kepada buah-buahan yang lebih menyihatkan. Contohnya anda boleh makan strawberi dan yogurt.

8-Kafein

Kafein di dalam kopi dan minuman ringan berkarbonat boleh memudahkan air keluar daripada tubuh. Ini bermakna simpanan air dalam  badan akan berkurangan. Anda perlukan air untuk kekal terhidrat. Jika anda sering sembelit, elakkan minuman yang ada kafein.

Sumber:www.webmd.com

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI