Menyentuh tentang PKP penyanyi, Muna Shahirah, 27 juga akui keadaan semasa menjejaskan sumber pendapatan banyak pihak termasuk dirirnya. Namun dalam situasi sebegini menurutnya kita harus bijak mencari peluang lain dan jangan hanya bergantung dalam satu bidang sahaja.
Ini kerana jika kita terlalu bergantung dalam bidang nyanyian sahaja tentu kita akan rasa sangat tertekan.
“Sejak PKP tawaran show dah tak ada, program tv dan lain lain juga terbatas, ini sangat menjejaskan pendapatan anak-anak seni seperti saya.
“Namun saya bersyukur kerana sejak PKP 1.0 lagi saya telah berjinak jinak menceburkan diri dengan GAME PUBG. Pada mulanya sekadar suka suka main di telefon saja. Lama kelamaan saya mula belajar sendiri melalui youtube tanpa bimbingan sesiapa.
“Lepas tu saya mula stream PUBG melalui Facebook menggunakan komputer. Dan tidak disangka sangka jalan saya Allah mudahkan. Dan kini followers saya mencecah hampir 500 ribu di Facebook,” terang Muna.
PUBG Sumber Pendapatan
Menurut Muna, PUBG ini bukan sahaja menghasilkan pendapatannya, malahan telah membuka jaringan pengikut dan peminat baru.
“Mula-mula tu ada yang tak tahu saya penyanyi, tetapi sewaktu live streaming kami bersembang sambil layan game (PUBG) saya sajalah nyanyi-nyanyi, kemudian ada yang tegur dah berkata “suara awak sedap. awak ni penyayi ke?”
“Saya pun guna peluang tersebut untuk promote lagu saya di youtube. Dan dari situ bertambahlah kenalan dan peminat saya di Facebook.
Ads
“Saya melihat perkara ini dari sudut positif dan berbeza, saya mula nampak bahawa game ini bukan sahaja boleh menjana pendapatan malah ianya membantu saya untuk mempromosikan lagu saya di samping minta followers yang turut serta dalam PUBG tu untuk undi lagu saya.
“Dan Alhamdulillah mereka sangat baik dan tidak keberatan untuk bantu saya. Dan sekarang saya dah ada peminat yang berumur 7 tahun. Dan mereka tidak sabar nak tonton Muzik Video Bukan Mulikku dan dengar lagu baru ni ” kata Muna berseloroh.
Rasa Sedih & Berduka
Muna turut meluahkan rasa sedih apabila melihat sahabat sahabat dalam industri terutama dalam satu syarikat rakaman yang berduka dan turut terkesan kerana PKP ini.
“Sebenarnya saya tergerak hati nak bantu, tetapi saya segan nak bertanya kepada mereka kerana bimbang mereka rasa tak selesa. Sama–sama kita berdoa moga Covid cepat berlalu dan PKP berakhir,” kongsi Muna.
Hasilkan Single Terbaru
PKP telah masuk tahun kedua. Namun ianya tidak menjadi penghalang untuk muna menghasilkan single terbaru.
“Sebenarnya saya gementar juga nak release single baru dalam waktu PKP ni, saya bimbang dikatakan tidak prihatin dengan keadaan semasa. Tetapi memandangkan ianya adalah tuntukan kerja, jadi saya terpaksa melunaskan tanggungjawap saya pada syarikat rakaman dan untuk peminat.
Ads
“Bukan Muna tidak mahu tukar genre lagu, tetapi Muna sudah selesa dengan lagu yang berkonsepkan balada di samping ianya cadangan dari syarikat rakaman FMC Music. Lepas ni kalau di beri peluang Muna teringin nak bawakan lagu berkonsepkan pop seperti lagu Nabila Razali permata hati.
“Kepada semua pengikut dan peminat Muna, jangan lupa download single terbaru muna BUKAN MILIKKU dan tonton muzik video lagu ini mulai jam 8 malam hari jumaat nanti 2 julai 2021,” kongsi Muna.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Cookies Viral Legend
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 14 Ogos 2021.
Tidak dinafikan ayat-ayat Alquran mempunyai banyak kelebihannya. Amalan potongan ayat-ayat tertentu mampu menjadi asbab penawar kesakitan, penyembuh hati mahupun menunaikan hajat. Apa-apa pun kesemuanya adalah atas ketentuan dan kehendak daripadaNya.Namun tidak salah kita berusaha dan mengharapkan pertolongan sebenar-benarnya hanya pada yang Esa. Salah satunya dengan mengamalkan dan membaca Yasin 7 Mubin ini.
Fadhilat Yasin 7 mubin ini dikongsikan oleh AtieQa Hod, ketika berhadapan saat sukar ditimpa ujian dan dugaan hampir kehilangan adik tersayang.
Berikut perkongsian beliau sebagai panduan;
Saat kali pertama aku mendengar daripada ayahku tentang #Yassin #7_Mubin ini ketika keluarga kami ditimpa ujian besar dari Allah SWT.Waktu tu adik kami Muhammad Afiq mengalami kemalangan teruk yang hampir meragut nyawa.
Yasin 7 Mubin dibaca untuk mendapatkan semula berharga yang telah dicuri atau hilang. Barang dalam hal ini perlulah barang yang berharga seperti anak, kenderaan, barang kemas dan sebagainya. Tidak boleh dibaca bagi barang kurang berharga ataupun barang yang boleh luput seperti buah durian atau yang sejenis dengannya.
Ayat mubin ni ada pada ayat 12,17,24,47,60,69,& 77
Setiap kali berhenti di ayat #Mubin ini kami memohon doa agar adik kami dapat kembali sembuh.Membaca dengan penuh kesedihan seperti terasa akan kehilangan sewaktu tu dan hanya mampu menunggu sebuah keajaiban yang berlaku. Dari ayat MUBIN pertama sampai la yang ketujuh.Setiap kali berhenti di ayat mubin ini,kami akan berdoa dan meminta pada Allah SWT untuk kesembuhan adik kami waktu itu.
Alhamdulillah hampir 3 tahun perkara itu berlalu.Kini adikku semakin pulih.Setelah melalui pelbagai fasa dari majar operation sebanyak 4kali dan koma sebanyak 2kali.Kesembuhan yang tidak terjangka dan doktor sendiri terkejut dengan perkembangan positif adik.
Sejak itu..
Sesiapa yang ditimpa ujian atau dugaan luar biasa aku selalu berpesan pada mereka agar mengamalkan 7mubin ini.Mintalah pada NYA kerana segalanya yang berlaku dari NYA teruslah meminta In Syaa Allah Dia akan menjawab segalanya.
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan sama-sama menjadi amalan.
Suami perlu pakai bantuan oksigen, selebriti popular Datin Paduka Eina Azman mohon orang ramai mendoakan suaminya Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah agar diberikan kesembuhan dari virus Covid-19.
Malah Pemilik nama sebenar Ainur Syakina Azman juga menerangkan tahap kesihatan suaminya semakin merosot.
Suami Perlu Pakai Bantuan Oksigen
“Assalamualaikum semua…
“Saya mohon semua mendoakan kesihatan dan kesejahteraan suami saya, Kaiser Gurmeet Abdullah kembali seperti sedia kala.
“Doakan suami saya yang kini berada di hospital agar kuat untuk melawan virus COVID-19. Sebab oxygen suami saya semakin menurun hingga perlu pakai bantuan oxygen,” tulis Eina.
Eina sebelum ini ada berkongsi suasana sedih yang menyelubunginya sempena ulang tahun perkahwinan ketujuh apabila dia dan suami serta dua pembantu rumah mereka disahkan positif Covid-19.
Pasangan yang dikurniakan sepasang kembar berusia lima tahun, Ariana Aubrey dan Karl Kareef ini juga menerangkan sebelum ini mereka sering menjalani rawatan dan pemeriksaan berkala setiap dua hari sekali.
Menurut Eina, pemeriksaan tersebut dilakukan akibat mengalami simpton demam dan batuk manakala suaminya pula berhadapan situasi agak teruk dengan suhu badan tinggi selain tahap oksigen tidak menentu.
Dihujani Doa Kesembuhan Buat Datuk Paduka Kaiser
Sumber / Sumber Foto : Instagram Eina Azman
APA RAHSIA KEJAYAAN KAMI JADI JUTAWAN MILENNIAL?
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Kebiasaannya jika ingin ke mana-mana, selain ‘handphone’, duit mesti ada ada di tangan dan dibawa bersama. Kedengaran seakan mustahil tetapi seorang lelaki dari Jepun mampu meneruskan hidupnya tanpa menggunakan wang tunai sejak 36 tahun lalu apabila hanya berbelanja dengan baucar terkumpul.
Ganjaran Hasil Pelaburan
World of Buzz melaporkan, Kiriya Hiroshi, 71, melakukannya dengan cara membuat pelaburan saham di ratusan syarikat sejak berusia 35 tahun.
Di pasaran saham Jepun, terdapat sistem yang membolehkan pelabur menerima baucar sebagai ganjaran hasil pelaburan dibuat.
Kiriya mengumpul baucar yang diperolehnya itu untuk membeli pelbagai keperluan seperti beras, minyak, pakaian, kasut atau makan di restoran.
Dompetnya juga tidak diisi dengan wang tunai sebaliknya berisi baucar terkumpul yang diterimanya .
Rancang Perbelanjaan
Tabiat Kiriya adalah merancang perbelanjaan dengan bijak dan tidak akan sesekali berbelanja melebihi nilai baucar dimilikinya.
Kiriya juga lebih selesa hidup sederhana dan tidak bermewah malah menggunakan basikal untuk bergerak ke sesuatu tempat.
Lelaki itu turut menyewakan beberapa bilik di rumahnya kepada penyewa bagi menambah pendapatan dan sebagai langkah penjimatan.
Hasilnya, Kiriya berjaya membeli tiga rumah diidamkan dan sehingga kini, nilai sahamnya mencecah 300 juta Yen (kira-kira RM1.2 juta).
Ia adalah hasil pelaburannya di 900 syarikat yang memberi baucar lumayan setiap tahun.
MW: Kalau begini salah satu cara berjimat apa salahnya. Tindakan yang bijak, jadi wang yang ada boleh disimpan untuk kegunaan lain yang lebih penting. Bolehlah kita kumpul baucar banyak-banyak lepas ni.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.