Sebutkan, apa saja jenis cacian, hinaan orang yang tidak pernah diterima gadis istimewa bernama Hikmah Razlan ini. Membesar tanpa sebelah mata, membuatkan masyarakat memandangnya dengan pandangan malah persepsi yang berbeza.
Tentunya ada yang negatif, malah sebenarnya ramai yang positif dan memberi kata-kata kekuatan buat gadis manis yang masih dalam pengajian di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Pahang Kampus Jengka ini.
Biar pun apa kata orang, pemilik nama sebenar, Siti Nurhikmah Binti Razlan, 22 ini tetap merasakan dirinya gadis yang bertuah.
“Alhamdulillah, sebab umi abah tak pernah membezakan kasih sayang dekat I dengan adik.” Kongsinya di laman instagramnya.
Katanya, dia punyai umi yang tegas untuk membuatkan dirinya menjadi anak yang tak mudah menangis bila dikeji apatah lagi diejek.
“I ada abah yang selalu ajar I untuk I yakin ke depan. I ada adik yang selalu jaga I
.”Saban waktu, inilah soalan yang kerap diajukan kepadanya. Macam mana nak jadi yakin.. macam mana nak abaikan semua aura negatif yang datang.
“Firstly, for me.. semua orang pernah buat silap. Tak kiralah you macam mana sekalipun. I bukan manusia yang sentiasa tuhan bagi nikmat seronok.
To be honest, I pernah rasa semua yang manusia lain rasa. Rasa sedih, rasa kecewa, pernah rasa dicaci, rasa seronok semua.
Untuk I, ada satu masa I pernah rasa sedih, kecewa dan I salahkan orang yang buat I tu. Tapi itulah I terus twist semua menda yang jadi tu sebagai pengajaran dan hikmat. I twist apa yang negatif, I dapat jadikan positif. Lama-lama I jadi seronok.”
Sememangnya, Hikmah ini gadis yang cukup kental. Biarpun ada yang membuatkan hatinya sedih, dia tidak menyimpan dendam atau benci. Segalanya di akhiri dengan perkara-perkara yang menggembirakan hati.
“If sapa-sapa buat you sedih, jangan benci dia sebab percayalah one day dia yang akan buat you happy end of the day. Sampai sekarang, I teringin sangat nak berterima kasih dekat sapa yang buat I sedih sebab dia yang buat I jadi budak yang kuat sekarang
.”“For me, semua orang ada yakin dalam diri! You yang kena cari yakin tu dalam diri you. Buatlah apa yang you suka as long tak langgar hukum hakam and peraturan negara.
Abaikan semua yang orang akan cakap dekat you, jangan takut.. kena berani.
Dulu, I selalu fikir takut untuk ke depan sebab I tak nak sedih bila orang cakap bukan-bukan dekat I. Tapi lama-lama I rasa rugi. Mulut orang takkan berhenti bercakap, dia takkan berhenti menilai orang.”
If you nak sedih, yes sure.. boleh. Tapi jangan sedih lama-lama. You happykanlah orang lain dan automatik I yakin you akan happy jugak. It’s really work for me, alhamdulillah.
Semoga bermanfaat and stay positif okay untuk you sentiasa happy!” Pesan Hikmah tulus.
Dalam pada meniti kehidupan penuh liku, Hikmah rupanya sudah dilamar menjalani photoshoot untuk produk kecantikan malah wajahnya disolek cantik oleh jurusolek selebriti, ynasakinah.
Cantik hasilnya, terserlah wajah cantik Hikmah yang natural beauty tu.
Nama Hikmah itu sendiri pun dah sedap untuk dipanggil. Sesuai dengan kemanisan dan baik budinya gadis ini, rupanya dalam ujian hebat yang dilalui, tuhan berikan rezeki berganda buat gadis ini.
“Tuhanku, .
panjangkanlah umur mereka untuk mereka dapat membimbingku sampai aku berjaya menjadi anak yang terbaik buat mereka berdua.
murahkan rezeki mereka rezeki keluarga kami untuk kami bahagia di dunia dan akhirat.
Permudahkan segala langkahku, jangan engkau mempersulitkan apa yang aku sedang usahakan untuk mereka tersenyum bangga melihat kejayaanku pada suatu hari nanti.
Berikanlah mereka berada di syurgamu dengan apa yang mereka telah usahakan untukku.
Rindu.”
MW : Mendoakan semoga Hikmah terus sukses dalam pengajiannya dan kehidupannya kelak.
Sumber/Foto : Hikmah Razlan, beautyraofficial