Hiburan

“Mulut Kiah Memang Bising Tapi Hati Dia Suci…” Suami Mahu Guna Peluang Kedua Hingga Menutup Mata

Share

“Mulut Kiah memang bising tapi hati dia suci. Suami mahu guna peluang kedua hingga menutup mata. Pengorbanan pempengaruh juga pelakon Kiah Propa bernikah kembali selepas lapan tahun berpisah dengan bekas suami pada 16 November lalu dianggap satu pengorbanan tiada tandingan.

Tidak semua wanita memiliki hati sekuatnya kerana disaat kudrat suami sudah tidak mampu berbuat apa dan perlu dibantu, di saat diriny sudah terbiasa melakukan segalanya sendiri termasuk menguruskan anak-anak dan perniagaan, Kiah Propa dipilih Allah untuk bersama suaminya kembali. Dan mereka bernikah pada 16 November lalu pada hari jadinya ke 45 tahun.

“Mulut Kiah Memang Bising Tapi Hati Dia Suci…”

Bercakap hal ini, Kiah menjelaskan, Allah memilihnya walau pun lapan tahun lalu, bekas suaminya itu  ada mengajaknya rujuk kembali. Namun ketika itu hatinya tidak terbuka untuk menerima sehinggalah suaminya disahkan ada kanser.

“Sejam sebelum kami dinikahkan, aku termenung. Betul ke keputusan aku buat nie. Kanser ini penyakit bukan murah, dia tak mampu kerja dah. Semua aku kena buat. Atas bahu aku terletak semuanya.

“8 tahun lalu dia ada cakap nak rujuk tapi kita sebagai wanita ada lalui trauma perkahwinan. Tapi bila dia disahkan kanser, perasaan itu berubah 100 peratus. Apa yang aku rasa tak penting. Sekarang aku nak bahagiakan Haji Nazri selagi hayatnya ada. Dia nak pergi mana aku bawak, dia nak makan apa aku beli walau kadang dia hanya mampu terbaring dalam kereta saja.

“Sekarang, setiap malam aku akan minta maaf dengan dia, aku cakap inilah aku. Perempuan mulut bising yang kau tunggu 8 tahun lalu. Anak-anak juga diajar untuk sama-sama membantu kerana babah mereka tak sihat.

Suami Mahu Guna Peluang Kedua Hingga Menutup Mata

Semasa datang ke pejabat Mingguan Wanita untuk sesi podcast Sembang Wanita Xtra, kami sempat menemuramah Haji Nazri yang dilihat hanya mampu terbaring berikutan kanser dialaminya.

Ditanya bagaimana situasinya, jelas Haji Nazri dia bersyukur kerana dengan sakit Kiah menerimanya kembali walau dia sudah mengajak bekas isterinya itu (sebelum ini) dari awal perpisahan mereka lagi.

“Dalam keadaan saya sakit ini, saya bersyukur Allah memberi saya peluang kedua untuk bersamanya dan anak-anak. Jujurnya, saya jenis lelaki yang “family man”. Bila tengok orang lain balik beraya bersama dan saya keseorangan saya sedih.

“Semasa perkahwinan, saya akui ada berbuat kesilapan tapi saya mahu menebusnya dengan sebaik mungkin hingga akhir hayat. Saya bersyukur mendapat Kiah. Walau mulutnya bising tapi hatinya suci. Perempuan lain mungkin ada tak sanggup terima keadaan saya begini tapi Kiah membuktikan sebaliknya.

“Anak-anaklah orang paling gembira bila kami rujuk balik. Terutama yang nombor dua tu. Dia yang suruh panggil sayang dan cium-cium. Ikutkan memang kelakar tapi begitulah anak-anak,” katanya yang sangat bersyukur mendapat keluarganya semula.

Dalam pada itu, semasa tembual di podcast tersebut, Kiah menjelaskan, secara jujurnya dia tidak memikirkan perasaanya sebaliknya hanya mahukan suaminya itu gembira.

“Orang yang gelak-gelak tu, jiwa dia lebih sedih daripada orang yang diam. Aku tak akan cerita kesedihan aku di media sosial. Tapi aku akan mengadu pada yang di atas iaitu Allah SWT. Sejadah aku basal, bantal aku basah tapi dari luar orang akan nampak aku macam tak ada masalah pun. Aku Kiah Rock yang orang nampak sangat kuat, Kiah yang akan gelak-gelak tapi Allah saja yang tahu apa di sebalik semua itu.

“Memang dulu aku tolak lamaran Haji Nazri sebab biasalah kita akan lalui trauma perkahwinan. Tapi bila dia sakit kanser ni, bila datang sakit dia dan dia minta tolong sapu minyak dekat belakang dia. Sekali mungkin kau boleh tolong.

“Tapi masuk kali kedua, ketiga dan selebihnya, boleh ke kau buat begitu. Ia berkaitan hukum dan aku pun bukan orang yang jahil. Jadi aku ambil keputusan bernikah dengan dia walau aku tahu dia tak mampu buat apa dah. Aku memang suka tolong orang dan inilah pengorbanan aku buat.

“Kekuatan aku adalah makcik-makcik yang selalu beri sokongan buat Kiah Propa ini. Ya merekalah kekuatan aku di saat semua perkara atas bahu aku,” demikian jelas Kiah Propa yang berkongsi luahan hatinya dalam Sembang Wanita Xtra.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :Ratu Rizky Nabila Minta Cerai Selepas 2 Hari Nikah, Tak Boleh Terus Hidup Dengan Suami Penipu

Suami Tegap Pukul Isteri Hingga Lunyai, Tular Video Anak Menangis Ketakutan Saksi Mak Dibelasah

“Maaf kita bicara muzik saja buat masa ini,”-Mahalini elak soalan peribadi

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros