Multazam Tempat Mustajab Doa, Ustaz Jafri Sedih Umat Akhir Zaman Lebih Sibuk Pegang HP Dari Berdoa

Share

Multazam tempat mustajab doa, Ustaz Jafri sedih umat akhir zaman lebih sibuk pegang hp dari berdoa. Saat menjejakkan kaki ke tanah suci, perkara pertama yang terjadi saat memandang Kaabah, tanpa sedar air mata mengalir.

Bagaikan ada magnet, inilah perasaan dirasai oleh kebanyakan umat Islam yang pertama kali memandang Kaabah, kiblat umat lslam. Setiap masa, Makkah dipenuhi ribuan jemaah mengerjakan umrah. Bahkan ramai mengakui tempat paling tenang di dunia adalah Masjidil Haram dan Madinah bumi baroqah.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Niat Tunaikan UMRAH Di Tanah Suci, Mulakan Langkah BERDOA Secara Spesifik!

‘Kalau Nak Ke Tanah Suci, Diri Pun Kenalah Suci..’ Dr Izzar Kongsi Pandangan

“Dapat Seorang Anak Pun Dah Memadai Sangat..” Doa Siti Elizad Di Tanah Suci

Tak Jadi Kesalahan Baca Doa Qunut Subuh Di Tanah Suci, Fahamkan Cara Dari Penjelasan Ustaz Ini

Bapa Liwat Anak Ketika Di Tanah Suci Mekah, Lagi Keji Sampai Terkeluar Najis!

Namun hari ini, ada sesetengah dari kita menjadikan Kaabah sebagai “tempat percutian” dan tidak menyerahkan jiwa raga kepada Allah taala sekali pun berada di tempat mustajab berdoa di sekitar Masjidilharam.

Multazam Tempat Mustajab Doa

Mengikut  sumber dari Tabung Haji, ada beberapa tempat mustajab berdoa iaitu sepanjang masa Tawaf di Baitullah/Kaabah, Multazam, dalam Kaabah, Hijr Ismail, Bukit Safa dan Bukit Marwah, Mas’a (Tempat Sai’e), belakang Maqam Ibrahim dan akhir sekali telaga zam-zam

Lebih menyedihkan walau mempunyai peluang berdoa di tempat sangat mustajab doanya, ramai  lebih berpaling memandang telefon bimbit masing-masing berlatar belakangkan tempat doa mustajab dari berdoa. Bila ditegur kerana perbuatan tersebut salah, orang yang menegur akan dimarahi kembali.

Hal ini dikongsikan oleh Ustaz Jafri  Abu Bakar yang kini berada di Tanah Suci Makkah. Dalam perkongsian di Tik Toknya @jafrimahmoodi dirinya akui berada sedih dengan situasi dilihatnya di Tanah Suci.

@jafrimahmoodiUjian umat di akhir zaman waktu melaksanakan ibadah umrah. Sedih kita tgk. Bila ditegur kita pulak dimarahi. Hinggakan dah tak tau yang mana lebih afdhal, antara handphone dan kaabah.

♬ original sound – USTAZJAFRI

Ustaz Jafri Sedih Umat Akhir Zaman Lebih Sibuk Pegang HP Dari Berdoa

Katanya, sedih dengan ujian umat di akhir zaman.

“Dapat duduk di tempat mulia, saat orang berebut-rebut berdoa dan bertawaf tapi mereka menyia-yiakan waktu dengan memandang telefon bimbit dari berdoa sekali pun ia tempat doa paling mustajab di terima Allah.

“Masa yang sama, ia menyusahkan orang lain kerana mahu bertawaf dan terpaksa berhenti. Bila sibuk pegang handphone, duduk depan Multazam, patutnya boleh sesuaikan waktu itu dengan memperbanyakkan berdoa, orang berebut nak duduk di Multazam tetapi berpaling mengadap hp dari memandang Multazam.

Tulisnya, inilah ujian umat di akhir zaman waktu melaksanakan ibadah umrah. Sedih kita tengok. Bila ditegur kita pulak dimarahi. Hinggakan dah tak tau yang mana lebih afdhal, antara handphone dan Kaabah, jelasnya.

Tambahnya lagi, inilah masalah umat akhir zaman di mana katanya, ada yang tidak dapat merasai “roh” kehebatan dan kemuliaan bila dijemput ke Tanah Suci sebaliknya sibuk membuat live dan disibukkan dengan media sosialnya. Nauzubillah.

Sebaik perkongsiannya, ada pengikutnya memaklumkan, mereka menyaksikan sendiri kebenaran hal ini di mana orang lebih sibuk membuat live berbanding menumpukan kepada ibadah.

Benar Ustaz…saya juga menyaksikannya pada bulan Rejab baru ni..terlalu taksub buat live dengan phone.

2014 saya dah nampak orang bertawaf sambil merakam di hp, waktu itu belum ada tiktok… sekarang lagilah. hebat agaknya wallahuaklam.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

TEMUI MARSHA LONDOH YANG AKAN HIBURKAN ORANG RAMAI DI DI FIESTA USHA-USHA BISKUT RAYA DI PUSAT BELI BELAH SETIA CITY MALL. ADA 40 VENDOR POPULAR AKAN BERSAMA KAMI DI FIESTA INI MENJUAL BISKUT RAYA. JOMMMSSSS…

Nak rasa sampel biskut raya? Dapatkan KUPON BISKUT RAYA PERCUMA sekarang. Klik untuk kupon percuma: http://shorturl.at/hKOS2 atau imbas QR code pada poster.

Published by
Almaswa Haji Che Ros