Multazam tempat mustajab doa, Ustaz Jafri sedih umat akhir zaman lebih sibuk pegang hp dari berdoa. Saat menjejakkan kaki ke tanah suci, perkara pertama yang terjadi saat memandang Kaabah, tanpa sedar air mata mengalir.
Bagaikan ada magnet, inilah perasaan dirasai oleh kebanyakan umat Islam yang pertama kali memandang Kaabah, kiblat umat lslam. Setiap masa, Makkah dipenuhi ribuan jemaah mengerjakan umrah. Bahkan ramai mengakui tempat paling tenang di dunia adalah Masjidil Haram dan Madinah bumi baroqah.
Namun hari ini, ada sesetengah dari kita menjadikan Kaabah sebagai “tempat percutian” dan tidak menyerahkan jiwa raga kepada Allah taala sekali pun berada di tempat mustajab berdoa di sekitar Masjidilharam.
Ads
Multazam Tempat Mustajab Doa
Mengikut sumber dari Tabung Haji, ada beberapa tempat mustajab berdoa iaitu sepanjang masa Tawaf di Baitullah/Kaabah, Multazam, dalam Kaabah, Hijr Ismail, Bukit Safa dan Bukit Marwah, Mas’a (Tempat Sai’e), belakang Maqam Ibrahim dan akhir sekali telaga zam-zam
Lebih menyedihkan walau mempunyai peluang berdoa di tempat sangat mustajab doanya, ramai lebih berpaling memandang telefon bimbit masing-masing berlatar belakangkan tempat doa mustajab dari berdoa. Bila ditegur kerana perbuatan tersebut salah, orang yang menegur akan dimarahi kembali.
Hal ini dikongsikan oleh Ustaz Jafri Abu Bakar yang kini berada di Tanah Suci Makkah. Dalam perkongsian di Tik Toknya @jafrimahmoodi dirinya akui berada sedih dengan situasi dilihatnya di Tanah Suci.
@jafrimahmoodiUjian umat di akhir zaman waktu melaksanakan ibadah umrah. Sedih kita tgk. Bila ditegur kita pulak dimarahi. Hinggakan dah tak tau yang mana lebih afdhal, antara handphone dan kaabah.
Ustaz Jafri Sedih Umat Akhir Zaman Lebih Sibuk Pegang HP Dari Berdoa
Katanya, sedih dengan ujian umat di akhir zaman.
Ads
“Dapat duduk di tempat mulia, saat orang berebut-rebut berdoa dan bertawaf tapi mereka menyia-yiakan waktu dengan memandang telefon bimbit dari berdoa sekali pun ia tempat doa paling mustajab di terima Allah.
“Masa yang sama, ia menyusahkan orang lain kerana mahu bertawaf dan terpaksa berhenti. Bila sibuk pegang handphone, duduk depan Multazam, patutnya boleh sesuaikan waktu itu dengan memperbanyakkan berdoa, orang berebut nak duduk di Multazam tetapi berpaling mengadap hp dari memandang Multazam.
Tulisnya, inilah ujian umat di akhir zaman waktu melaksanakan ibadah umrah. Sedih kita tengok. Bila ditegur kita pulak dimarahi. Hinggakan dah tak tau yang mana lebih afdhal, antara handphone dan Kaabah, jelasnya.
Tambahnya lagi, inilah masalah umat akhir zaman di mana katanya, ada yang tidak dapat merasai “roh” kehebatan dan kemuliaan bila dijemput ke Tanah Suci sebaliknya sibuk membuat live dan disibukkan dengan media sosialnya. Nauzubillah.
Sebaik perkongsiannya, ada pengikutnya memaklumkan, mereka menyaksikan sendiri kebenaran hal ini di mana orang lebih sibuk membuat live berbanding menumpukan kepada ibadah.
Ads
Benar Ustaz…saya juga menyaksikannya pada bulan Rejab baru ni..terlalu taksub buat live dengan phone.
2014 saya dah nampak orang bertawaf sambil merakam di hp, waktu itu belum ada tiktok… sekarang lagilah. hebat agaknya wallahuaklam.
TEMUI MARSHA LONDOH YANG AKAN HIBURKAN ORANG RAMAI DI DI FIESTA USHA-USHA BISKUT RAYA DI PUSAT BELI BELAH SETIA CITY MALL. ADA 40 VENDOR POPULAR AKAN BERSAMA KAMI DI FIESTA INI MENJUAL BISKUT RAYA. JOMMMSSSS…
Nak rasa sampel biskut raya? Dapatkan KUPON BISKUT RAYA PERCUMA sekarang. Klik untuk kupon percuma: http://shorturl.at/hKOS2 atau imbas QR code pada poster.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bukan calang-calang mak-mak boleh melalui proses mengandung dan melahirkan 7 anak kembar yang sihat dan selamat ke dunia. Namun wanita ini berjaya Bobbie McCaughey berjaya melakukannya. Kini, selepas 21 tahun, anak-anak Mc Caughey kian meningkat dewasa dan mempunyai kehidupan masing-masing.
Kembar “Septuplets”
Pada tahun 1997 , kehidupan keluarga McCaughey itu sangat berubah. Bobbie McCaughey melahirkan tujuh anak – empat lelaki dan tiga perempuan. Berita tentang keajaiban ini tersebar di seluruh dunia kerana bayi McCaughey ini adalah “septuplets” buat pertama kali yang masih hidup .
Kenny, Kelsey , Natalie , Brandon, Alexis , Nathan dan Joel dipanggil ‘Tujuh Dari Syurga. ‘ Anugerah daripada septuplets adalah satu pencapaian besar untuk Bobbie dan suaminya Kenny, dan semua orang yang mempunyai anak-anak boleh memahami mengapa.
Tetapi di sebalik semua kesukaran, kanak-kanak ini telah dikelilingi oleh kasih sayang dan penjagaan yang baik.Tahun ini anak-anak McCaughey terkenal menyambut ulang tahun ke-21 Mereka bertukar menjadi anak-anak muda yang menakjubkan yang sudah tahu apa yang mereka mahu apabila mereka membesar.
Rawatan Kesuburan IVF
Mengimbas kembali kenangan pada tahun 1997, Bobbie dan Kenny mahu mempunyai anak yang kedua dan mereka dapatkan bantuan ke Pusat IVF. Setelah mengetahui bahawa Bobbie mengandung tujuh anak selepas rawatan kesuburan , pasangan itu enggan memilih untuk mengurangkan bilangan bayi. Para doktor cuba untuk menghalang mereka, tetapi ibu bapa yang taat pada agama tetap setia pada keputusan mereka.
Kanak-kanak ini dilahirkan benar-benar kecil , berat kanak-kanak yang paling kecil adalah 2 lbs 8 oz ( 1,13 kg ) dan kanak-kanak yang paling besar adalah 3 lbs 4 oz ( 1,5 kg ). Para doktor melakukan apa yang mereka boleh untuk selamatkan bayi-bayi tersebut dan kanak-kanak itu akhirnya selamat dan membesar dengan sihat. Alexis dan Nathan dilahirkan dengan bentuk cerebral palsy , tetapi kedua-dua mereka telah menjalani pembedahan dan kini mereka dalam keadaan yang baik. Hari ini mereka masih sihat dan bersekolah.
Ramai Pihak Membantu
Semua orang faham dengan keadaan yang sukar dan luar biasa keluarga McCaughey itu, begitu ramai orang dan yayasan amal membantu mereka . Keluarga mereka mendapat rumah besar baru, dan anak-anak mendapat makanan yang percuma di sekolah dan masih mampu pergi bercuti. Walau bagaimanapun, Kenny telah bekerja keras, dan anak-anak nya diajar kepentingan untuk mencapai impian sendiri.
Anak perempuan yang sulung, Mikayla , yang dilahirkan setahun lebih awal daripada adik-adiknya , membantu ibunya untuk menjaga adik-adiknya.
Dalam baris kedua dari kiri ke kanan adalah Brandon, Alexis, Joel, dan Nathan. Dalam baris pertama dari kanan ke kiri adalah Kenny Sr., Kenny Jr., Kelsey , Natalie , dan ibu mereka Bobbie. Anak-anak ini dalam keadaan baik sekarang, dan mereka telah memutuskan apa yang mereka mahu untuk mengejar.
Brandon akan menjadi tentera selepas sekolah tinggi; Alexis mahu menjadi seorang pendidik ; Natalie mahu menjadi seorang guru sekolah rendah ; Kenny Jr. berharap kerjaya dalam pembinaan; Nathan dan Joel akan menjadi pengaturcara, dan Kelsey menyanyi dalam koir Iowa dan mahu menjadi seorang penyanyi profesional.Mereka ini bukan sahaja adik-beradik , mereka juga adalah teman baik .
Anak kembar 7 ini tidak lama lagi akan menamatkan pengajian dari sekolah masing-masing. Apabila mereka semua akan pergi, ia akan menjadi benar-benar drastik, ‘ Bobbie mengakui .
Sesungguhnya , rumah yang tidak pernah tenang akan menjadi kosong dan sunyi sekaligus.
“Allah pilih saya.. saya tak nak salahkan sesiapa. Allah uji saya.. nak saya sampaikan pada semua bahaya Covid-19, kesannya pada yang lain. Kita tak tau, mungkin kita yang seterusnya kena Covid-19”
Kongsi Alia Hayati, frontliner yang bertugas di hospital swasta kepada MW. Beliau disahkan positif Covid-19 pada 3 April 2020.
“Saya dapat panggilan dari pihak hospital memberitahu saya COVID-19 positif.” Ketika ini Alia Hayati ditempatkan di Hospital Sungai Buloh (HSB).
Ini antara simptom yang dialaminya,
Sakit tekak
Tekak merah
Lepas tu start sakit badan dan pening kepala
Juga ada cirit-birit
“Sejak dimasukkan ke wad. Alhamdulillah.. semua simptom tu hilang. Cuma demam on and off.” Untuk info, setiap simptom ini berbeza mengikut individu.
“Saya bersyukur saya tak alami kesukaran bernafas, batuk atau sakit dada. Ramai lagi pesakit dalam ini yang mempunyai simptom yang teruk.”
“Terutama sekali yang sudah berusia dan mempunyai sakit-sakit lain seperti darah tinggi, kencing manis dan jantung.”
“Tapi ada juga dekat sini yang tak ada simptom langsung. Diaorang macam orang sihat. Cuma result swab mereka masih positif. Sebab itu kita takut, sebab kadang-kadang yang sihat dekat luar sana tu adalah carrier Covid-19.”
Bagaimana Boleh Terjangkit Virus Covid-19
“Pada 31 Mac, ada pesakit transfer dari dialisis ke ICU sebab kesukaran bernafas. Jadi pesakit itu perlukan bantuan machine.
Dalam memberi rawatan, saya pakai PPE tapi risikonya masih ada. Sebelum bagi bantuan machine, kami ambil swab Covid pesakit. Result siap dalam 24 jam.
Keesokan hati, kami dapat tau pesakit tersebut positif. Ramai staf yang terjejas dan dikuarantin. Alhamdulillah, swab ke semua negatif kecuali saya.
Mulanya saya down sangat. Menangis tak berhenti. Takut ada.. tak percaya ada.. fikir anak dan suami yang menjadi kontak rapat saya sepanjang tempoh kuarantin.”
Biarpun diuji sakit, ibu ini sama sekali tidak menyalahkan pesakitnya.
“Pesakit tersebut masih bertarung nyawa di HSB. Tak adil untuk saya menjadikan dia sebagai punca saya dapat Covid-19.
Mungkin dia tak tahu dia ada Covid-19. Lebih menyedihkan lagi, 3 lagi ahli keluarganya termasuk bayinya pun kena Covid selepas disaring.”
Tak Nak Salahkan Siapa, Allah Pilih Saya.. Uji Saya
Alia Hayati sedar bahawa ujian sakit ini adalah ujian untuknya. Dan dia terpilih untuk melalui ujian kesakitan itu.
“Saya tak nak perkongsian saya mengguris hati yang lain. Malah, bersyukur ada jiran-jiran yang memahami, sentiasa hulur bantuan sepanjang anak dan suami saya dikuarantin di rumah.
Saya sedih tengok orang takut tengok ambulans datang ambil pesakit Covid-19. Mereka (pesakit) tak nak semua sakit ini.
Alhamdulillah.. Allah hadir kan saya kawan-kawan, jiran-jiran, kenalan yang sangat membantu dan mendoa kan saya.
Itu yang semua pesakit COVID perlu kan sekarang.. supaya mereka terus positif melawan wabak ini.”
Ahli Keluarga Lain Buat Ujian Saringan Covid-19
Kongsinya lagi, semalam semua ahli keluarganya sudah pun membuat ujian swab Covid-19 di KK Meru.
“Maaf kan mama Mirza.. Mirza kena hadapi semua ini .. Mama tau sakit bila kena swab hidung & tekak.. Mama tau kamu kuat.. babah bagitaw kamu berani.. tak takut langsung.. tinggi semangat kamu Mirza. Dan Mama doa kan keputusan swab Mirza , Babah, Abah ,Mak, Achu, Angah , Umar, Hamzah semua negative.”
MW : Faham dengan kebimbangan mak ayah mengenai rantaian Covid-19 yang tak nampak lagi penghujungnya. Sebab itu, mak ayah.. kekallah #DudukRumah untuk memutuskan rantaian Covid-19 ini.
Percayalah, pes tom yam boleh jadi punca utama rasa kuah tom yam anda masak sedap atau tidak dan sebab itulah anda patut godek resepi yang Puan Fatiha Hanani Ismail kongsikan. Lagi teruja, pes tom yam dia buat sendiri, jom cuba buat sebotol untuk mudahkan masak setiap hari…
Bahan-bahan:
2 Biji bawang besar
4 batang serai
2 biji cili hidup merah
5 Hiris lengkuas
7 Helai daun limau purut
4 Sudu makan udang kering
10 Ekor ikan bilis
4 Inci belacan
3 Sudu cili kering yang dikisar
Air asam jawa
Gula perang
Garam
Cara membuatnya:
1. Masukkan kesemua bahan (Kecuali air asam jawa, garam dan gula) ke dalam pengisar dan kisar sehingga lumat.
2. Panaskan minyak masak secukupnya dan tumis bahan yang dikisar sehingga lumat dengan api yang perlahan.
3. Ketika ini bau tom yam akan mula terbit dan masak sehingga pecah minyak.
4. Masukkan air asam jawa, gula perang dan garam. Seimbangkan rasanya.
5. Tutup api dan sejukkan selama beberapa jam sebelum disimpan ke dalam botol yang kedap udara.
Untuk masak tom yam…
1. Ambil dalam 2 senduk pes tom yam, tumis kejap… tuang air dalam 2 cawan.
2. Letak akar ketumbar dah mendidih masukkan ayam dalam 4-5 ketul potong kecil-kecil sampai ayam masak.
3. Masukkan serai, daun limau, limau,sayur-sayur, garam, serbuk perasa dan sedikit susu pekat.. Rasa ikut tekak masing-masing ya.
4. Selamat memasak!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...