Sekitar September lalu, bumi Osaka, Jepun diduga dengan Taufan Jebi. Ada sebilangan kecil rakyat Malaysia yang terkandas di lapangan terbang Kansai dan kawasan bandar Osaka.
Sebaik mendengar musibah yang dialami, wanita ini, Rosmarlina Binti Abd Gani yang menetap di Osaka melancarkan misi bantuan persendirian.
Dengan pertolongan suami, rakan dan sumber maklumat yang dibekalkan page Road To Japan, wanita ini dapat membantu rakan senegara yang menjadi mangsa taufan Jebi.
Sememangnya usaha yang wanita ini buat di negara asing patut diberikan pujian. Biarpun jauh di perantauan, tidaklah rakyat Malaysia yang kesusahan ini terasa jauh dan terasing.
Sehari selepas taifu melanda, Ros (Rosmarlina) dapati ada mangsa yang terkandas di Kansai Airport dan kawasan Bandar Osaka.
Ros dapat maklumat semua mangsa ni melalui page di Facebook Road to Japan. Ros cuba hubungi mereka melalui private message dan cuba dapatkan no telefon mereka, setelah perolehi nombor telefon, next wassup untuk cuba berhubung dan untuk tahu lokasi mereka.
Tanya apa yang mereka perlukan, semua mahukan makanan, jadinya Ros sedaya upaya masakkan menu Malaysia khas untuk mereka, namun bergantung juga pada bahan sedia ada di dalam peti sejuk beku.
Setelah siap memasak, Ros dan suami, Yusop Ali membungkus 21 pax makanan untuk diagihkan pada 3 tempat berbeza iaitu di Shin Osaka (8 pax) namba ( 11 pax) dan Shinsaibashi (2 pax) kami sertakan juga sedikit roti dan ikan tuna dalam tin untuk mereka.
Pada malamnya pula ada mangsa yang terkandas di Kansai Airport hubungi kami, menyatakan mereka akan dibawa menaiki bas keluar dari Kansai Airport, mereka akan dibawa ke Izumisano station. Jadinya memerlukan pengankutan dan sedikit makanan, masa itu jam sudah pukul 1 pagi.
Di Izumisano suami serta seorang lagi rakan iaitu cik Rozita Sawada Shin membantu mereka disana, roti dan makanan diagihkan, lebih kurang 17 dewasa 2 orang kanak-kanak di sana.
Separuh mereka hanya tunggu di Station Izumisano kerana ingin bergerak ke Nagoya awal pagi dan separuh lagi suami saya bawa ke apartment di Central Osaka menaiki kereta.
Pagi ini pukul 8:30 pagi, 6 September (ketika catatan ini ditulis) suami saya pergi sekali lagi ke Izumisano Station untuk membantu lagi 2 orang Malaysian. Kami bawa mereka ke rumah, sediakan sarapan dan membantu mereka untuk perjalanan menaiki bus ke Tokyo.
Petang pula kami ke apartment yang diduduki rakyat Malaysia di Central Osaka dan menyerahkan makanan dan bekalan susu formula bagi anak mereka.
Selepas itu kami bawa mereka ke Shin Osaka untuk membantu mereka membeli tiket bullet train ke Tokyo kerana pihak Air Asia telah reroute perjalanan mereka melalui Haneda Airport untuk pulang ke Malaysia Sabtu ini.
Malam pula menghantar makanan pada 4 rakyat Malaysia yang memerlukan.
Kami membantu mereka dengan pengangkutan percuma dan tanpa apa-apa bayaran. Begitu juga dengan setiap makanan yang diberikan.
Perasaan lega, sedih, teruja, hiba semua ada. Bergenang air mata dapat membantu kawan senegara walaupun saya sebenarnya masih trauma akan kesan taufan Jebi yang lalu.
Rumah kami biarkan dulu, kami akan bersihkan perlahan-lahan, kami akan dulukan kebajikan pelancong Malaysia dahulu.
Hari ni hari mereka, hari kami tak tau bila, cuba mudahkan perjalanan mereka.
Pada kawan yang mendoakan keselamatan kami, sayang anda semua.
Page Road To Japan sangat membantu bagi menjejak mangsa, tahniah pada admin-adminnya. JAck S Adli Dzulhaidy Abdul Rahim tq so much.
Semoga usaha yang sedikit ini dapat juga membantu mereka yang memerlukan.
Coretan ros
Malaysian di Bumi Osaka
Mangsa Taufan Jebi
6 Sept 2018
Sumber/Foto : Rosmarlina Binti Abd Gani