Mulianya Cara Pemergian Almarhumah Siti Sarah, Amalan Bersedekah, Subuh, Dhuha & Surah Al-Waqiah

Share

Ya benar, seluruh negara meratapi pemergian Almarhumah Siti Sarah. Isteri dan ibu kepada empat cahaya mata ini bertarung nyawa berhadapan dengan virus Covid-19.

Rezeki arwah Siti Sarah yang tidak siapa pun boleh nafikan. Kebaikan dan amal jariah yang dilakukan dalam diam, membuatkan kasih sayang orang ramai untuknya tidak tertahan-tahan.

Mulianya Cara Pemergian Almarhumah Siti Sarah

Seperti mana dikongsi rakan artis, Diana Amir menerusi entri di akaun Instagramnya, amalan kebaikan yang dilakukan oleh arwah boleh menjadi panduan dalam kehidupan seharian kita.

“Cemburu pada cara pemergian almarhumah.

“Salam, saya pasti ramai yang mencemburui cara pemergian almarhumah Siti Sarah Raisuddin pulang kehadrat Ilahi. Banyak kebaikan beliau yang disembunyikan yang sudah terbongkar dan pasti ada lagi yang beliau berjaya simpan sehingga kita nampak begitu mulia cara beliau dipanggil pulang.

“Antara amalan yang dikongsi, selain menjadi isteri solehah yang diredhai suami dan perbanyak bersedekah, ialah bangun pagi, subuh dan tidak tidur sehingga dhuha, dan amalkan bacaan surah Al- waqiah setiap hari. Beliau sangat meyakini amalan ini, dan benarlah Allah sepertimana sangkaan hambaNya

Dari Abu Hurairah radliyallaahu ‘anhu, ia berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, Allah سبحانه وتعالى berfirman,
أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِى بِى
“Aku sesuai dengan persangkaan hamba pada-Ku.” (Muttafaqun ‘alaih).

Jangan Hanya Cemburu, Ikuti Kebaikan-Kebaikan Yang Disampaikan

“Alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk bertaubat dan berbuat amal. Jangan kita hanya cemburu, kita ikuti kebaikan2 yang disampaikan, amalkan, niat untuk menghafal Al quran, dan panjangkan pada sesiapa sahaja yang kita mampu.

بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً

Maksudnya: Sampaikanlah kalian daripadaku walaupun sepotong ayat.

Hadis riwayat Imam al-Bukhari (3461) dalam Sahih-nya yang penting kita pastikan apa yang kita sampaikan itu sahih, bukan berniat untuk berbalah, atau berniat untuk riak. Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang di dalam hati hamba- hambaNya.

Pemergianmu Siti Sarah Meninggalkan Banyak Kesedaran “Hargai Kasih Sayang Suami Isteri,Sentiasa Berbuat Baik”

RESIPI ‘Ketam Sweet & Sour Chinese Style’, Air Tangan Terakhir Siti Sarah

Semoga Allah Terima Segala Amal Kebaikan

“Untuk yang berniat menghafal AlQuran, atau ayat2 pilihan. Ada beberapa aplikasi di apple app store yang anda boleh download dan bantu untuk menghafal

Antaranya QC: Memorize Al Quran dan Al- Muhaffiz. Semoga Allah terima segala amal kebaikan kalian.

“Al- Quran ini kalam cinta dari Allah. Jangan disia-siakan sementara nikmat ini belum ditarik. Pesanan daripada hamba Allah yang juga cemburu. Al- Fatihah,” kongsi Diana.

Sumber/Sumber Foto: Instagram Diana Amir

Mingguan Wanita : Semoga kebaikan dan amalan yang dilakukan Almarhumah Siti Sarah memberi tauladan buat kita. 

 

 

Published by
Norhayati Binti Suboh