Ya benar, seluruh negara meratapi pemergian Almarhumah Siti Sarah. Isteri dan ibu kepada empat cahaya mata ini bertarung nyawa berhadapan dengan virus Covid-19.
Rezeki arwah Siti Sarah yang tidak siapa pun boleh nafikan. Kebaikan dan amal jariah yang dilakukan dalam diam, membuatkan kasih sayang orang ramai untuknya tidak tertahan-tahan.
Mulianya Cara Pemergian Almarhumah Siti Sarah
Seperti mana dikongsi rakan artis, Diana Amir menerusi entri di akaun Instagramnya, amalan kebaikan yang dilakukan oleh arwah boleh menjadi panduan dalam kehidupan seharian kita.
“Cemburu pada cara pemergian almarhumah.
“Salam, saya pasti ramai yang mencemburui cara pemergian almarhumah Siti Sarah Raisuddin pulang kehadrat Ilahi. Banyak kebaikan beliau yang disembunyikan yang sudah terbongkar dan pasti ada lagi yang beliau berjaya simpan sehingga kita nampak begitu mulia cara beliau dipanggil pulang.
“Antara amalan yang dikongsi, selain menjadi isteri solehah yang diredhai suami dan perbanyak bersedekah, ialah bangun pagi, subuh dan tidak tidur sehingga dhuha, dan amalkan bacaan surah Al- waqiah setiap hari. Beliau sangat meyakini amalan ini, dan benarlah Allah sepertimana sangkaan hambaNya
Ads
Dari Abu Hurairah radliyallaahu ‘anhu, ia berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, Allah سبحانه وتعالى berfirman,
أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِى بِى
“Aku sesuai dengan persangkaan hamba pada-Ku.” (Muttafaqun ‘alaih).
Jangan Hanya Cemburu, Ikuti Kebaikan-Kebaikan Yang Disampaikan
“Alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk bertaubat dan berbuat amal. Jangan kita hanya cemburu, kita ikuti kebaikan2 yang disampaikan, amalkan, niat untuk menghafal Al quran, dan panjangkan pada sesiapa sahaja yang kita mampu.
بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً
Maksudnya: Sampaikanlah kalian daripadaku walaupun sepotong ayat.
Hadis riwayat Imam al-Bukhari (3461) dalam Sahih-nya yang penting kita pastikan apa yang kita sampaikan itu sahih, bukan berniat untuk berbalah, atau berniat untuk riak. Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang di dalam hati hamba- hambaNya.
“Untuk yang berniat menghafal AlQuran, atau ayat2 pilihan. Ada beberapa aplikasi di apple app store yang anda boleh download dan bantu untuk menghafal
Antaranya QC: Memorize Al Quran dan Al- Muhaffiz. Semoga Allah terima segala amal kebaikan kalian.
Ads
“Al- Quran ini kalam cinta dari Allah. Jangan disia-siakan sementara nikmat ini belum ditarik. Pesanan daripada hamba Allah yang juga cemburu. Al- Fatihah,” kongsi Diana.
Sumber/Sumber Foto: Instagram Diana Amir
Mingguan Wanita : Semoga kebaikan dan amalan yang dilakukan Almarhumah Siti Sarah memberi tauladan buat kita.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Nurse mulut puaka maki ibu bersalin, wanita depresi dikatakan tak layak jadi ibu. Bagi wanita mengandung dan menanti saat kelahiran bayi, pasti menyimpul pelbagai memori.
Ada berakhir dengan kegembiraan tapi tak kurang juga yang “makan hati” dengan mulut lancang jururawat yang bertugas di labour room.
Nurse Mulut Puaka Maki Ibu Bersalin
Satu perkongsian seorang ibu di Tik Toknya @bullisa atau nama sebenarnya Nurin Alisa yang mengalami depresi selepas di maki hamun oleh jururawat hanya kerana dia meminta pertolongan menjengah anaknya yang menangis tanpa henti selama 4 jam.
Namun bukan pertolongan didapatinya sebaliknya maki hamun dengan perkataan kasar termasuk didakwa tidak layak bergelar ibu hanya kerana meminta pertolongan tersebut. Angkara kata-kata nurse yang bertindak memaki hamunnya, Nurin berkata dia dirujuk ke pakar psikiatri dan mengalami depresi kerana perkataan tak layak bergelar seorang ibu.
Jelas Nurin Alisa, dia mencari saksi seorang wanita yang sama-sama bersalin dengannya di Hospital Shah Alam pada tarikh 29 Oktober hingga 31 Oktober 2022.
Dipercayai nama anak wanita berkenaan Amsyar yang kebetulan sama menangis dengan anaknya pada hari kejadian dia dimaki hamun oleh nurse bertugas.
Jelas Nurin gara-gara perkataan dan maki hamun itu, walau anak lelakinya sudah berusia 9 bulan hari ini, tetapi trauma dialaminya termasuk terpaksa dirujuk ke doktor pakar psikiatri selain alami depresi kerana mulut puaka nurse tersebut.
Dakwa Nurin, dia dikatakan manja dan tak layak bergelar bergelar seorang ibu hanya kerana meminta nurse tersebut memantau kenapa anaknya tidak berhenti menangis selama 4 jam tapi apa yang diperolehnya hanya maki hamun saja.
“Kata-katanya itu buatkan saja didiagnos as major depression dan tak mahu hidup kerana “Tak patut jadi ibu”.
“Saya juga telah dirujuk ke psikiaktrik sepanjang masa dan sepanjang masa berpantang telah cuba mencederakan diri dan anak. Kes sudah 9 bulan tapi masih terngiang-ngiang kata-kata itu. Saya mohon puan bantu saya. Mungkin puan masih ingat saya di katil sebelah. Dan Nurin meminta agar wanita itu boleh membantunya.
Mungkin untuk membuat aduan tentang perilaku nurse bermulut puaka tersebut.
Ratu Rock, Ella yang bakal menjengah usia 57 tahun pada Julai ini, terbuka mendedahkan dirinya sedang dalam fasa menopaus bagi tujuan memupuk kesedaran kepada wanita seusianya untuk menjaga kesihatan.
“Peranan suami juga penting kerana seperti situasi Azhar yang ajak saya berjumpa dengan kenalan kami selepas mengadu rasa panas dan mudah marah,” katanya ditemui pada majlis pengiktirafannya atas komitmen dalam menyebarluaskan kepentingan kesihatan hormon oleh Skyhill Clinic di The Colony KL Eco City baru-baru ini.
Ella berkata, pada awalnya, dia tidak mengetahui kepentingan penjagaan hormon yang berperanan menjaga kestabilan emosi terutama bagi wanita yang menuju ke fasa putus haid.
“Sebelum bertemu pakar, saya memang tidak pernah hadapi sebarang penyakit dan hanya tahu bacaan darah berada pada tahap serius.
“Apabila bertemu doktor, saya terkejut bacaan darah mencecah 190. Baru saya tahu darah saya tinggi, hormon tidak menentu yang menjejaskan tahap kesihatan saya.
“Saya seperti nyaris dibawa ambulans kerana bacaan terlalu tinggi. Sedangkan selama ini saya tak tahu sedang menghidap sebarang penyakit,” katanya.
Mengenai kerjasama dengan Skyhill Clinic, Ella bersyukur kerana diiktiraf di atas pembabitan, konsistensi dan komitmen dalam menyebarluaskan kepentingan hormon kepada umum.
Menerusi penghargaan itu, Ella menerima pakej rawatan kesihatan hormon bernilai RM300,000 untuk tempoh setahun.
Ini kerana, Ella atau nama sebenar, Nor Zila Aminuddin berpendapat, proses penuaan perlu dinikmati dengan mengamalkan penjagaan kesihatan terutama mengambil tahu berkaitan hormon dalam diri.
“Ramai wanita tidak mahu berkongsi fasa menghadapi putus haid sebab enggan susahkan anak-anak dan suami sehingga mengganggu emosi.
“Sekarang sudah ada solusinya, kita kena tahu memenangkan situasi. Saya rasa gembira dan tak beremosi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Perasaan sebak, kehilangan kata-kata dan berduka pasti dirasai bilamana ibu yang selama ini mendidik dan membesarkan kita bagaikan pelita yang menyinari kehidupan, kita telah kembali kepada pencipta ke negeri abadi.Jiwa pasti terasa kosong, tiada lagi sinar cahaya.
Itu yang dirasai oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terhadap bondanya Tun Rahah Mohamad Noah yang juga balu kepada bekas Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak Hussein, yang telah meninggal dunia petang tadi ketika dalam rawatan di Hospital Prince Court.
Balu Bekas Perdana Menteri Kedua
Kematian Tun Rahah, 87, dikongsikan Najib menerusi akuan media sosial, Facebook dan Twitter peribadinya.
Dukacita dimaklumkan Bonda saya, Tun Hajjah Rahah Mohamed Noah yang juga balu kepada bekas Perdana Menteri ke-2 Allahyarham Tun Haji Abdul Razak Hussein, telah pulang ke rahmatullah di Prince Court Medical Centre petang ini.
Jenazah dibawa pulang ke kediaman arwah bonda hari ini dan akan dibawa ke Masjid Ar-Rahah pada hari esok untuk pengurusan jenazah sebelum dikebumikan di Masjid Negara.
Diberi Penghormatan Istiadat Pengebumian Negara
Sementara itu, allahyarhamah Tun Rahah Mohamed Noah yang menghembuskan nafas terakhirnya petang tadi, akan diberi penghormatan Istiadat Pengebumian Negara, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Perdana Menteri berkata, jenazah Allahyarhamah akan dikebumikan di Lingkaran Makam Pahlawan, Masjid Negara esok.
“Saya mewakili kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia mengucapkan takziah kepada Datuk Seri Najib Razak dan seluruh keluarga di atas kepulangan Allahyarhamah Tun Rahah.
“Kerajaan memutuskan supaya Allahyarhamah Tun Rahah diberi penghormatan Istiadat Pengebumian Negara dan jenazah akan dikebumikan di Lingkaran Makam Pahlawan, Masjid Negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
MW: Innillahi wainna ilaihi rojiun.Salam takziah buat Datuk Seri dan keluarga. Semoga roh bonda beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman serta beramal soleh.