Mak ayah, satu-satunya insan yang melahirkan dan membesarkan kita. Berjayanya kita disebabkan oleh didikan dan asuhan yang diberinya sejak dari kecil.
Kita sebagai anak patut bersyukur dikurniakan mak ayah yang sanggup bersengkang mata dan mengerah tulang mencari rezeki untuk membesarkan kita dengan adik beradik yang lain. Berjaya kita juga atas doa daripada mereka berdua.
Sebab itulah, bila kita sudah berada di puncak, jangan sesekali melupakan jasa mak ayah. Tanpa mereka, siapalah kita.
Walau bagaimanapun, ada sesetengah anak yang seakan-akan lupa tentang asal usulnya, sementelah bila sudah berjaya. mak ayah yang tinggal di kampung jarang lagi bertanya khabar, bahkan untuk melihat kedua orang tua pun boleh dikira berapa kali sahaja.
Pernah tak kita terfikir, rezeki dan keberkatan yang kita perolehi selama ini adalah dari tadahan tangan, doa mak ayah. Jangan sesekali melupakan mereka.
Perkongsian daripada Mohd Fadli Salleh ini, sungguh menyentap kalbu. Kesenangan dan kemewahan yang kita ada ini tidak akan kita capai tanpa doa mak ayah. Muliakan mak ayah sebab merekalah, kita dapat hidup senang sekarang ini.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Nak Jadikan Hidup Berkat Dan Berjaya. Satunya Adalah Kuasa Doa, Mintalah Apa Sahaja
Pagi Yang Berkat, Inilah Waktu Di Mana Pintu Rezeki Terbuka Luas
Info Lebih Menarik Di INSTAGRAM MW
Ibu ini kunci syurga pada mana-mana makhluk. Mana mungkin wujudnya sesiapa atas muka bumi ini tanpa insan bernama ibu.
Kunci syurga dengan mereka yang bergelar ibu. Redha seorang ibu, redhalah Tuhanmu.
Doa ibu ini setanding dengan doa para nabi.
Seberapa banyak kebaikan dan kebajikan yang kita buat, jika hati itu terguris, jika perasaan ibu tidak redha, keberkatan itu tiada.
Tanpa keberkatan seorang ibu, bagaimana kita sebagai anak nak berjaya.
Usahkan mencari syurga, mencari dunia pun belum tentu akan berjaya.
Muliakan ibumu dan ayahmu. Muliakan orang tuamu.
Satu demi satu kunci rezeki dunia Tuhan akan buka. Percayalah!
Selamat mencari rezeki yang berkat!
MW: Kita sebagai anak, buat banyak kebajikan atau kebaikan pun tidak akan ke mana tanpa redhanya seorang yang bergelar ‘mak’.
Sumber: Mohd Fadli Salleh