Ramai wanita mulanya simpati dengari masalah suami orang kemudian jatuh hati, sebetulnya dengar pula masalah isterinya barulah adil. Ini tidak hanya mendengar daripada sebelah pihak, kononnya suami yang teraniaya.
Sesungguhnya kalau anda wanita, seharusnya anda lebih fahami perasaan wanita lain. Sebaiknya jangan mendengar daripada pihak suami sahaja, tetapi cuba dapatkan isteri orang itu dan siasat perkara sebenar.
Kalau rasa tak mudah, lebih baik elakkan terus daripada mendekati suami orang. Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini dan hadam baik-baik apa yang cuba dia sampaikan:
Ramai Suami Teraniaya Juga
“Awak tulis semua tuju dekat suami. Tidak ada ke yang tujukan kepada isteri?”
Boleh saya tahu kenapa awak kurang senang dengan penulisan saya?
“Depan saya ini, ada isteri yang tak jaga suami, ada isteri yang biar suami makan dekat kedai, tak masak dekat suami…
Bila suami balik ke rumah, isteri buat tak tahu saja… Suami rasa diabaikan dan tak diberikan perhatian… Suami tak dilayan dengan sewajarnya.”
Ya, memang ada isteri macam itu, saya tak bangkang sedikit pun, tapi soalan saya, apa hubungan awak dengan lelaki itu? Macam mana awak tahu in details tentang apa yang berlaku dalam rumah tangga dia?
Tak Buat Tak Perlu Terasa
Sis, hello sis…
Tak nak pula jawab… Hmm, soalan senang saja tetapi tak mahu jawab tak apalah, saya huraikan di sini saja…
Ads
Macam inilah, bila saya tulis, saya tak cakap semua lelaki macam itu… Kalau dia tak buat, dia tak perlu terasa…
Bagi yang terasa, bagi yang panas, maka penulisan itu mungkin kena atas batang hidung mereka…
Selalunya saya tertanya-tanyalah juga bila mana orang luar dari rumah tangga itu tahu lebih daripada apa yang berlaku dalam rumah tangga itu sendiri…
Sudahlah berlainan jantina pula… Boleh pula dia dengar lelaki a.k.a suami orang lain mengadu itu dan ini… Selepas itu simpati dengan nasib yang menimpa lelaki itu…
Simpati dan selepas itu jatuh hati… Apa yang berlaku dalam rumah tangga orang lain, awak pula lebih tahu… Cuba luangkan sedikit masa untuk berjumpa dengan isteri lelaki itu dan tanya,
“Akak, Abang Man ada cerita macam ini pada saya. Jadi saya rasa terpanggil untuk nasihat kakak sebab kita ini sama jantina, senang sikit… Fitnah pun tak timbul.
Betul ke kakak tak berapa layan dan bagi perhatian pada Abang Man? Betul ke akak tak masak untuk Abang Man sampai dia kena makan dekat kedai? Sebagai isteri, tak patut kita buat macam itu dekat suami kita.”
Sebetulnya Dengar Pula Masalah Isterinya Barulah Adil
Dengar cerita versi isteri pula… Versi suami yang dianiaya sudah didengari kan… Sudah jadi kaunselor untuk suami orang juga, maka jadilah kaunselor untuk isteri pula supaya rumah tangga mereka kembali harmoni semula. Mereka boleh bahagia bersama-sama.
Buat macam itu saja lain kali kalau awak dengar apa-apa daripada lelaki yang juga suami orang dan tidak ada apa-apa pertalian serta ikatan dengan awak. Jumpa isteri dia depan-depan, semoga dipermudahkan…
Ads
MW: Sebaiknya tak perlulah hendak bersimpati dengan suami orang, jika dia benar-benar seorang suami yang baik sudah pasti dia akan mancari saluran yang betul untuk memperbaiki hubungan dengan isteri. Bukannya mencari wanita lain atau orang luar untuk berkongsi masalah.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka pada 24 Julai 2021. Peserta diberi tunjuk ajar menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
Biasanya bila anak masuk umur 2-4 tahun, semakin susah anak nak tidur sendiri setiap malam. Kasihan kalau mak ayah jenis bekerja, agak penat nak melayan anak yang tengah aktif bermain. Lagi kasihan, sampai jam 2-3 pagi pun anak masih terbeliak biji matanya.
Kadang kalau anak dah banyak tidur siang hari pun boleh jadi punca anak payah tidur malam. Jadi apa peranan mak ayah untuk handle masalah anak susah tidur malam ini?
Mungkin tip yang dikongsikan Doktor Ezairy M.Sallih ini boleh tidurkan anak lebih mudah, nah jemput baca tipnya.
Bagaimana merangsang bayi untuk tidur sendiri?
Persoalan seperti ini sudah tentunya jarang terfikir oleh fikiran kita, betul? Namun percayakah anda bahawa apabila kena pada cara dan langkahnya, anak kita mampu dididik untuk tertidur dengan mudah.
Cuba lihat beberapa perkara ini:
Bawa anak ke bilik tidur lebih awal
Perkara pertama ini penting. Ia amat penting untuk membiasakan anak dan bayi kita bahawa ini adalah masa untuk mereka tidur. Anda akan merangsang anak anda sedari kecil lagi untuk tidur lebih awal. Rangsangan ini amat berharga kerana persediaan sebelum tidur amat diperlukan oleh anak kecil sebelum mereka mampu untuk tidur.
Rutin tidur yang teratur
Ini juga antara perkara paling penting. Langkah yang paling baik ialah mendidik masa untuk anak anda tidur semenjak usia bayi lagi. Ya, bayi memerlukan jangka masa tidur yang lebih lama berbanding dewasa. Tidak sama seperti kita. Cuba latih untuk mereka tidur pada waktu yang sama pada setiap hari, supaya jadual ini akan terus berlaku sehingga mereka meningkat usia.
‘Bedtime routine’ yang konsisten
Ini juga penting. Bagi anda yang mempunyai anak pada usia kanak-kanak, cuba lakukan aktiviti sebelum tidur yang tenang, damai dan mampu merangsang anak-anak untuk tidur. Ini termasuk bercerita, menyanyi, alunan zikir dan sebagainya mengikut kesesuaian. Ia penting untuk mendidik anak-anak bahawa ketika itu adalah masa untuk mereka mulai tidur.
Letak anak anda di atas katil atau tilam ketika mereka mengantuk
Ada ibu bapa yang membiarkan anak-anak mereka untuk terus bermain walaupun mereka sudah kelihatan sangat letih dan mengantuk. Cuba lazimkan dengan meletakkan anak anda di bilik dalam suasana yang sunyi dan tenang sebaik sahaja melihat mereka letih. Secara tidak langsung, kita sedang melatih dan merangsang mereka untuk belajar tidur dengan sendirinya tanpa pengaruh kita.
Cuba kurangkan tabiat menyusukan anak sampai tertidur
Ya, ini merupakan antara langkah yang sering kita lihat dan lakukan sendiri. Ianya tidak salah. Cuma, apabila terlalu kerap anda melakukan cara begini, anda tidak akan langsung memberi peluang kepada anak untuk belajar tertidur tanpa pengaruh luar. Sesekali cuba lepaskan susuan apabila melihat anak sudah sangat letih, biarkan mereka tertidur sendiri.
Ibu bapa sekalian, belajar untuk menenangkan diri sendiri dan seterusnya mudah tidur bagi anak-anak ini sememangnya memerlukan masa, kesabaran, ruang dan tenaga, sama ada bagi ibu, ayah dan bayi itu sendiri. Ada anak yang memerlukan masa yang lebih lama daripada yang lain untuk mempelajarinya. Setiap anak tidak sama.
Bersabar dan teruskan dengan langkah yang anda lakukan sekarang. Lakukanlah dengan cara yang paling tenang, mudah dan penuh kasih-sayang. Sentiasa percaya bahawa suatu hari nanti ianya pasti akan mudah buat anak-anak kita.
Jangan baca saja ya, moga mak ayah boleh amalkan tip ini pada anak-anak kecil yang susah nak tidur malam. Semoga bermnafaat!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Dikatakan kebanyakan isteri zaman sekarang kurang ajar dengan suami. Padahal, isteri bersikap kurang ajar bersebab, kadangkala suami sengaja cari salah isteri untuk tutup kesilapan sendiri.
Isteri kadang-kadang terpaksa bersikap sedemikian kerana inginkan kepastian daripada suami. Suami selalu tak jujur dengan isteri membuatkan isteri berubah laku.
Sikap kurang ajar itu kadang-kadang dicetuskan oleh suami itu sendiri tanpa dia sedar. Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini dan hadam sebaiknya:
Kurang Ajar Bersebab
“Isteri sekarang ini banyak yang kurang ajar…”
Saya tanya kawan itu, kenapa cakap seperti itu…
“Ya lah, suami balik rumah, tak tahu hormat suami… Asyik marah suami saja…”
Sekejap, sebelum balik rumah itu, singgah pusat snuker dahulu kan? Selepas itu pergi melepak di kedai mamak pula dengan kawan-kawan lain betul?
Agak-agak kalau terus balik rumah selepas habis kerja, isteri marah tak? Terus terang atau tidak pada isteri yang kita itu lambat sebab hendak main snuker dengan melepak dulu? Mesti tidak kan? Mesti cakap balik lambat saja bukan…
Kadangkala Suami Sengaja Cari Salah Isteri
Kita nampak salah isteri sebab kita tidak jujur dengan isteri…
Berapa ramai suami yang mahu mengaku dia ada buat salah dekat isteri?
Dan berapa ramai suami yang mahu berterus terang yang dia ada menipu isteri?
Atau berapa ramai suami yang bercakap benar tentang perbuatan dia di belakang isteri?
Kita ini sentiasa nampak tak salah disebabkan kita sendiri tak nak mengaku salah. Betul tak?
Cari Salah Isteri Untuk Tutup Kesilapan Sendiri
Haa, senyap pula… Beritahu tak pada isteri sebelum sampai rumah kita uninstall wechat, clear chat? Isteri tak friend dengan kau kan, dia nampak komen anda dekat page artis seksi pagi tadi?
Dia tahu tak kau follow group lagho? Atau dia tahu tak dalam gallery kau ada gmbar apa, video apa…
Dia tahu tak dekat tempat kerja ini kau tengah mengurat siapa…
Cakap panjang lebar pun, kau tetap nampak salah isteri juga sebab kau rasa apa yang kau buat itu tak salah sebagai seorang lelaki… Fikir dalam-dalam, guna akal yang Allah bagi…
Berapa banyak kesalahan yang kita sudah buat yang mana isteri sikit pun tak tahu disebabkan kita sembunyi dan tidak kantoi… Kalau banyak, kalau ada, maka siapa yang kurang ajar dengan siapa…
Renung-renungkan…
Mingguan Wanita : Sebagai suami dan isteri, jujurlah dengan pasangan sebaik-baiknya. Jika suami baik, insyallah isteri pun ikut baik. Betul tak? Sebenarnya isteri adalah cerminan suami. Tidak perlu menyalahkan antara satu sama lain.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka pada 24 Julai 2021. Peserta diberi tunjuk ajar menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
Anak-anak paling liat nak suruh mandi. Sampai berbuih mulut mak ‘sekejap!’ ‘Nanti!’ Itulah jawapan yang keluar dari mulut anak. Mak pandang anak atas bawah.. berbulu je tengok. Jangan marah-marah, sebenarnya ada cara nak bagi anak seronok mandi tanpa di suruh.
1. Sabun Luar Biasa
Tak ada pun sabun luar biasa tapi mak boleh jadikan ia luar biasa dengan kuasa kata-kata. Beritahu pada anak, badan kita penuh dengan kuman. Setiap mak ada handphonekan?, Google gambar kuman. Tunjukkan dekat anak betapa ngerinya rupa kuman.
Beritahu, kalau tak mandi inilah kuman yang akan makan badan kita. Barulah masuk cerita sabun luar biasa. Sabun saja boleh bunuh kuman. Tapi kalau tak mandi macam mana kuman nak mati. Buat anak berfikir!
2. Alatan Mandi Comel
Anak-anak ini sifatnya suka yang comel, cantik, berwarna warni. Jadi belikanlah alatan yang mengikut kesukaannya. Bila anak-anak seronok, tanpa di suruh pun dia akan masuk bilik air.. mandi, sebabnya nak main dengan alatan kesukaannya itu.
3. Baju Khas Istimewa
Buat anak rasa masuk bilik air itu macam nak mandi di pool atau tepian pantai. Siapkan mereka dengan baju mandi yang istimewa. Jangan lupa ajar cara-cara mandi yang betul. Gosok badan berdaki, sabun seluruhnya, gosok gigi, bersyampu dan bilas sampai bersih. Lap badan guna tuala sampai kering. Pijak kaki dekat alas kaki, dah kering barulah bergerak.
Penting Mak Kena Buat..
Paling utama, masa anak mandi mak kena pantau. Jenguk selalu sebabnya dalam bilik air pun macam-macam bencana boleh berlaku. Buat juga langkah keselamatan supaya menghindar si kecil dari bahaya dalam bilik air. Misalnya letak alas pemijak bergetah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...