Setahun yang lalu, anak usia 11 bulan ini alami demam on off. Ibunya sangkakan demam terseliuh urat, rupanya ada jangkitan kuman.
Ibunya, Cik Sara catatkan perjalanan akhir anaknya, adik Muhammad Izz Firdaus dalam tempoh 21 hari.
Ketika dijemput Ilahi, usia arwah.. lagi 11 hari nak masuk setahun. Al-Fatihah..
Bermula tarikh ini, arwah adik Muhammad Izz Firdaus masih demam on off lagi. Ibu ingat hanya demam biasa terseliuh urat. Dan ibu abah bawa la adik izz Firdaus berurut. Bila tengah malam dan pagi esoknya masih demam lagi walaupun sudah bagi ubat demam.
Kami pergi Klinik Kesihatan Penerok buat ujian darah, dan mendapat result ada jangkitan kuman. Doktor suruh pergi hospital Pontian untuk dapatkan pemeriksaan lanjut.
Dengan firasat ibu confirm mesti kena admit wad. Ku balik rumah untuk ambil barang-barang yang perlu bila kena admit. Bila di kecemasan, adik Izz Firdaus kena drip dan buat x-ray lung.
Results x-ray ada jangkitan juga. Start on oksigen dan nebulizer kerana dalam badan kurang oksigen dan nafas sempit. Pada keesokkan hari, pernafasan adik Izz Firdaus semakin membimbangkan kami termasuk nurse dan doktor.
Doktor cina (lupa nama doktor) datang jumpa saya, agar pergi ke Hospital Sultan Aminah JB dengan kadar segera. Jangan membuang masa lagi. Dalam pukul 10 malam lebih ambulans membawa kami ke HSA JB.
Nurse ambil sampel hingus untuk buat kajian. Selang beberapa jam result keluar dan doktor pakar explain tentang result tersebut.
Doktor bagitahu bahawa adik Izz Firdaus kena jangkitan virus RSV (respiratory syncytial virus) yang tiada antibiotik untuk virus. Tapi adik Izz Firdaus dapat juga antibiotik untuk kuman sahaja. Pertama kali dengar virus RSV, saya mula research di Mr. Google.
Doktor off antibiotik. Di malam hari Izz Firdaus kena speed fever, terus makan ubat PCM. Nebulizer on 4 jam sekali.
Doktor on antibiotic. Tidak demam lagi. Nebulizer tetap on 4 jam sekali.
Doktor off antibiotik. Kena lagi speed fever pada tengah malam. Suami datang awal pagi ke HSA JB kerana terlalu risaukan keadaan adik Izz Firdaus.
Tengok keadaan anak semakin lemah. Suami dan abang ipar minta transfer ke KPJ ABD.SAMAD, doktor pakar izinkan tapi dengan syarat kena naik ambulans KPJ kerana adik Izz Firdaus masih menggunakan oksigen. Masih tidak boleh off kan lagi.
Doktor start bagi ubat demam, batuk, cairkan kahak, selesema dan 2 jenis antibiotik (melalui drip dan makan) begitu seterusnya sampai 3 Mac 2018.
Buat x-ray dalam pukul 8.45 pagi. Doktor bagitahu tinggal sikit sahaja kat paru-paru adik Izz Firdaus.
Adik Izz Firdaus demam lagi di rumah. Saya mula pelik dan berasa tak sedap hati. Tidur terkejut-kejut, saya syak macam kena gangguan. Ingat keesokkan hari nak bawa pergi jumpa ustaz.
Terima adik Izz Firdaus kena sawan dalam 4-5 minit. Kami bergegas pergi ke Hospital yang terdekat di Pontian. Suami bawa kereta memang laju tak hingat la sampai lampu isyarat merah terpaksa dilanggar dengan menghidupkan lampu double signal.
Di kecemasan, terus on drip ambil darah dan x-ray. Dari x-ray ada jangkitan baru di bahagian atas paru-paru adik Izz Firdaus lak. Masuk wad pediatrik.
Jam 8 pagi, kena sawan kali kedua dalam 3-4 minit.
Jam 11 pagi – 12 tengahari kena sawan untuk kali ketiga.
Doktor terus transfer ke HSA JB. Ambulans bawa memang laju dan bunyikan siren, doktor dan 2 orang nurse ikut sekali. Takut terjadi apa-apa dalam perjalanan.
Dalam wad bunga raya 3, depan doktor adik Izz Firdaus kena sawan yang keempat dalam 3- 4 minit.. selang beberapa minit saja adik Izz Firdaus kena sawan yang kelima, paling lama.
Doktor bagi 2 kali dos sawan pun tak ok juga, terus doktor bagi ubat tidur dan dibawa ke wad PICU jam 6.50 petang.
Jam 9.35 malam baru saya dapat masuk tengok anak, hanya Allah saja dapat tahu perasaan saya dan suami, tengok keadaan anak kami macam tu. Staff nurse suruh kami balik berehat dan datang esok pagi.
Katanya doktor pakar nak jumpa.
Doktor pakar bagitahu keadaan adik serius. Doktor nak buat CT Scan Brain pun tak lepas sebab keadaan adik belum stabil lagi. On antibiotik dan mesin oksigen 2 tong yang tinggi dengan speed 100%.
Setiap pagi doktor pakar akan jumpa kami. Pagi Rabu doktor explain keadaan anak tenat. B/p low, oksigen low, degupan jantung tak cantik.
Saya dan suami kena bersedia dengan apa yang bakal terjadi.
Tengahari doktor jumpa kami dan beritahu ada dua virus baru yang ada di paru-paru iaitu ARD (acute respiratory distress) dan ADENOVIRUS. Adenovirus adalah virus paling jahat dan susah nak mati. Ia boleh merebak ke buah pinggang, jantung, otak dan darah.
Tu yang amat bahaya.
Macam biasa setiap pagi doktor akan update kat kami keadaan adik. Keadaan semakin tenat dan doktor harap ibu dan abah dapat teman dia di sisi.
Waktu petang doktor bagitahu organ dalam dah tak dapat berfungsi dengan baik. Saya dan suami sudah redha, pasrah, sedia dan relakan adik Izz Firdaus pergi menghadap Ilahi.
Tepat jam 1.30 am berakhirlah perjuangan anak ibu abah. Perginya seorang anak yang baik. Muhammad Izz Firdaus dalam kenangan.
Ibu yang kehilangan, Muyassarah.
MW : Al-Fatihah.. Semoga roh adik Izz Firdaus ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Sesungguhnya mak ayah ini adalah insan terpilih olehNya.
Sumber/Foto : Cik Sara
Makluman : Artikel ini diterbitkan dengan keizinan daripada penulis asal.