Mulanya ayah disahkan meninggal dunia, enam hari kemudian ibu menyusul menjadikan lima beradik ini menjadi anak yatim piatu sekelip mata. Allah hu akbar!
Berat mata memandang, berat lagi memikul. Kehilangan orang yang tersayang apatah lagi pemergian ibu bapa dalam masa terdekat bukanlah sesuatu yang mudah untuk diterima.
Ternyata bukan calang-calang ujian buat keluarga ini. Lima beradik di Bandar Sunggala, Port Dickson menjadi anak yatim piatu sekelip mata apabila ibu bapa mereka meninggal dunia kerana Covid-19.
Bapa mereka, Rodzi Tahar, 55, meninggal dunia pada Isnin lalu manakala ibunya Nazita Idris, 45, pada Ahad ketika masing-masing dirawat di Hospital Tampin.
Lima beradik berkenaan, Muhammad Haidir, 23; Muhammad Hairie, 20; Nurhairieka,18; Muhammad Haiqiel, 13 dan Muhammad Khierzamani, 7, turut disahkan positif Covid-19 dan kini sedang menjalani kuarantin di rumah.
Turut positif Covid-19, iaitu nenek mereka berusia 75 tahun yang kini dirawat di Hospital Tampin namun keadaannya terkawal.
Menurut Muhammad Haidir, arwah ayahnya dimasukkan ke hospital pada 28 April lalu selepas ujian saringan dilakukan di Hospital Port Dickson mengesahkan yang dia positif Covid-19.
“Saya membuat keputusan mengajak ayah melakukan saringan Covid-19 kerana bimbang apabila dia demam dan mengalami sesak nafas. Lagipun ayah ada penyakit buah pinggang, kencing manis dan darah tinggi.
“Rupa-rupanya ayah positif Covid-19 dan dia dihantar ke Hospital Tampin untuk rawatan,” katanya.
Bagaimanapun katanya, semuanya terlalu pantas apabila doktor mengesahkan ayah telah pergi selamanya pada jam 4.30 pagi, 31 Mei lalu.
Ujian ditanggung Muhammad Haidir dan adik-beradiknya bertambah berat apabila ibunya pula disahkan positif pada hari bapanya meninggal dunia.
“Selepas enam hari ibu bertarung dengan Covid-19 ketika dirawat di hospital sama, dia disahkan meninggal dunia.
“Saya anggap semua ini sudah ketentuan. Saya pun tidak tahu bagaimana ia boleh menjangkiti arwah ayah sebelum menjangkiti kami sekeluarga.
“Walaupun saya dan adik-adik turut positif, tapi saya bersyukur kerana kami berada dalam keadaan baik-baik saja. Hanya pada awal itu kami hanya ada simptom demam,” katanya.
Baca Juga Di Sini:
Positif Covid-19, Bersyukur Dapat Jiran Baik, Sanggup Ambil Risiko Jaga Anak Buat Sementara
Kenangan Gambar Raya Terakhir, Mak Ayah & Adik Meninggal Akibat COVID-19
Tak Sengaja, Seorang Wanita DiSuntik Enam Dos Vaksin Covid-19 Sekaligus
Ujar Muhammad Haidir sebagai anak sulung, dia kini hanya menunggu waktu gelangnya dipotong bagi membolehkannya menyelesaikan urusan yang berkaitan arwah ibu bapanya.
Selepas itu katanya, dia mahu memikirkan masa depannya adik-beradik.
“Sebelum mak dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), dia sempat berpesan supaya jaga adik-adik. Saya akan pegang amanah ini sebaik mungkin.
“Adik-adik saya OK, begitu juga dengan adik bongsu Muhammad Khierzamani. Cuma dia agak manja dengan arwah mak dan ayah,” katanya.
Sementara itu, dia mengucapkan terima kasih kepada pelbagai pihak yang menghulurkan sumbangan untuknya dan adik-beradik.
Mingguan Wanita : Semoga Muhammad Haidir selaku anak sulung dapat memikul tanggungjawab menjaga dan membesarkan adik-adiknya dengan baik. Insyallah.
Sumber: Sinar Harian Online
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka pada 24 Julai 2021. Peserta diberi tunjuk ajar menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita – https://www.facebook.com/mingguanwanita/
Instagram Mingguan Wanita – https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Twitter Mingguan Wanita – https://twitter.com/MingguanWanita
Telegram : https://t.me/bangkitwanitaMW
Youtube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial