Mulan Jameela pelantun lagu ‘Makhluk Tuhan Paling Seksi’ yang juga isteri kepada Ahmad Dhani berkongsi gambar hari raya pertamanya di Instagram beberapa hari lalu. Dengan berpakaian sedondon Mulan sangat gembira dapat bersama ahli keluarga besar dan anak-anaknya, termasuk Al, El, dan Dul.
Mulan Jameela & Ahmad Dhani Kongsi Gambar Raya Bersama Keluarga Besar
Pada hari pertama, Mulan Jameela dan Ahmad Dhani dilihat berkumpul bersama ahli keluarga besar mereka. Ketika itu juga anak saudara mereka turut serta.
“Bismillahir rahmanir Rahim. Hari Raya pertama. Slide 1, 2 dan 3 adalah gambar wajib hari raya,” tulis Mulan Jameela di akaun Instagram peribadinya.
Potret Mulan Jameela dan Ahmad Dhani menyambut hari raya bersama anak-anak dan keluarga besar mereka.
Al, El, dan Dul dilihat mengambil gambar bersama Safeea, Muhammad Ali, dan Tiara, anak Mulan daripada perkahwinan terdahulu. Bagaimanapun, Daffi Nugraha, anak lelaki Mulan Jameela hasil perkahwinan terdahulu, tidak dapat menghadiri majlis tersebut.
Dalam gambar itu, terdapat suasana rapat antara nenek dan cucunya. Anak-anak dan anak saudara Mulan Jameela bergambar bersama untuk meluahkan detik istimewa bersama nenek tersayang.
Semua Pakai Baju Warna Sedondon
Mulan Jameela dan Ahmad Dhani dilihat merakam detik-detik bersama ahli keluarga di dalam sebuah bilik besar. Di dinding biliknya terpampang pelbagai hiasan dan lukisan. Suasana kebersamaan mereka terpancar kemesraan.
Ads
Ternyata Ahmad Dhani telah menamatkan perkahwinannya dengan Maia Estianty pada 2008 dan kemudian meneruskan hubungannya dengan Mulan Jameela dengan status perkahwinan tidak rasmi pada 2009. Hanya sekitar 2020, mereka diiktiraf secara rasmi sebagai suami isteri.
Mulan Jameela merupakan seorang selebriti yang sering mencuri perhatian. Bukan sahaja kerjayanya, tetapi juga anak-anaknya. Difahamkan Mulan Jameela mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan terdahulunya dengan Harry Nugraha dan dua orang anak daripada Ahmad Dhani.
INFO TENTANG MULAN JAMEELA DAN AHMAD DHANI
Berapakah bilangan anak Dhani dan Mulan?
Tujuhnya terdiri daripada Al Ghazali, El Rumi, Abdul Qodir Jaelani, Tyarani Savitri, Daffi, Safeea Ahmad dan Muhammad Ali.
Ads
Anak siapa Safeea?
Pesona memikat Safeea Ahmad sering menjadi tumpuan peminat. Anak Ahmad Dhani hasil perkahwinannya dengan Mulan Jameela sentiasa menjadi topik perbualan.
Siapakah Muhammad Ali, anak kepada Ahmad Dhani?
Ads
Muhammad Ali adalah hasil hubungan antara Ahmad Dhani dan Mulan Jameela. Baru-baru ini, pasangan yang menjalinkan hubungan selama kira-kira 15 tahun itu berkongsi video anak bongsu mereka di Instagram. Dalam video itu, Muhammad Ali menunjukkan dirinya sedang menghafal dan membaca ayat-ayat al-Quran.
Anak perempuan meningkat remaja. Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Kami tak pernah membenci darah daging sendiri, sebaliknya hanya titipkan doa setiap kali dalam solat,” itu kata-kata terzahir dari bibir Datuk Yusof Haslam yang tidak pernah menyimpan dendam atau enggan memaafkan kesilapan anak lelakinya, Syamsul Yusof selepas bertahun-tahun tidak berjumpa.
Memetik Harian Metro, Yusof berkata, dia tidak menyangka Syamsul akhirnya membuka pintu hati dan kembali kepada pangkuan keluarga.
“Doa kami untuk Sol (panggilan Syamsul) akhirnya termakbul walaupun ambil masa bertahun.
“Dia sendiri hubungi ibunya pada Isnin lalu dan menyatakan hasrat untuk berjumpa kami selepas lama terputus hubungan.
Selepas bertahun tidak berjumpa, akhirnya pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof kembali ke pangkuan kedua ibu bapanya, Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail.
Detik manis itu dikongsikan Patimah Ismail menerusi Insta Story miliknya.
Menerusi hantaran yang dimuat naik, Syamsul yang memakai jaket hitam dan berseluar sukan memeluk erat kedua-dua ibu bapanya.
Dalam hantaran berbeza, Patimah turut merangkul erat tangan Syamsul sambil menguntum senyuman manis.
Turut kelihatan dalam foto itu adalah bekas isteri Syamsul iaitu pelakon, Puteri Sarah Liyana dan Yusof. Syamsul pula mendukung anak perempuannya, Sumayyah.
Sebelum ini, Patimah memberi gambaran bakal bertemu anaknya dan akhirnya menjadi kenyataan.
Syamsul dilapor sudah lama tidak berhubung dengan keluarga selepas berlaku pergolakan rumah tangga dengan bekas isterinya, Puteri Sarah Liyana hingga membawa kepada perceraian.
Konflik itu berlanjutan apabila pengarah Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu bernikah secara rahsia dengan Ira, yang juga anak kepada pelakon veteran, Kazar Saisi. Bagaimanapun Syamsul dan Ira bercerai pada 5 September lalu.
Berkongsi rezeki!. Selepas tular mengeluarkan wang zakat mencecah RM1 juta, pasangan selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal sekali lagi membuat kejutan terhadap kakitangan syarikat milik mereka, Wawa Cosmetics. Seorang kakitangan mereka menerima sebuah Perodua Bezza atas dedikasi dan kecemerlangan menggalas tanggungjawab diberikan.
Menurut Wawa, individu yang dipilih dari unit operasi itu sememangnya layak diberikan hadiah terbabit kerana menunjukkan prestasi kerja yang terbaik.
“Pasukan operasi kami sudah bekerja keras tahun ini dan saya sendiri tahu kepenatan yang perlu mereka hadap setiap hari.
“Saya hadiahkan sebuah kereta kerana kebanyakan pasukan operasi ini masih belum mempunyai kenderaan. Jadi, bagi menghargai sumbangan mereka kepada syarikat saya menghadiahkan sebuah kereta kepada individu yang sudah bekerja keras membantu Wawa Cosmetics.
Wawa berkata demikian ketika ditemui pada majlis Wawa Glamorous Night, di Putrajaya, baru-baru ini.
Hadiah Bermakna
Wawa pada masa turut optimis untuk terus menghargai para pekerjaya, termasuk pasang impian untuk menghadiahkan sebuah rumah sekiranya jualan jenama mencapai sasaran.
Bercakap mengenai perkara itu, Wawa menjelaskan sasaran jualan keseluruhan ialah RM50 juta bagi tahun 2025.
“Setiap tahun saya dan Aeril memang mahu berikan yang terbaik untuk mereka dan insya-Allah tahun ini, kalau syarikat capai target jualan mungkin hadiah yang ditawarkan adalah sebuah rumah.
“Memang kami sudah berniat nak menghadiahkan sebuah rumah. Sebenarnya ini kejutan, kakitangan yang menang hari ini mereka tak tahu keputusan sebab saya mengupah pengurus acara dari luar untuk menjayakan majlis ini.
“Alhamdulillah jumlah jualan keseluruhan tahun 2024 sama seperti tahun sebelumnya iaitu sekitar RM30 juta ke atas.
“Boleh dikatakan kereta adalah hadiah paling besar pernah kami berikan sebab setiap tahun kami akan bawa kakitangan bercuti ke luar negara bagi menghargai sumbangan mereka kepada syarikat.
“Bagaimanapun kami bersyukur kerana kita masih boleh bertahan meski pelbagai cabaran yang dihadapi. Insya-Allah target tahun ini, kita akan mulakan misi untuk capai jualan sekitar RM50 juta,” katanya lagi.
Pada majlis sama, Wawa Cosmetics turut meraikan penjual semula (reseller) yang berjaya mencapai jualan keseluruhan bagi tahun 2024, seperti penghargaan berupa wang tunai dan pakej percutian ke Jepun.
Sebelum arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), penyanyi dan usahawan, Mila Jirin menjalankan perniagaan perancang perkahwinan. PKP memberi kesan sukar kepada syarikatnya. Namun, Mila atau nama sebenarnya, Norsyarmilla Jirin, 33 tetap positif demi memastikan pekerjanya ada punca pendapatan.
Akui Mila, PKP membuatkan syarikatnya hampir dua bulan lebih tiada pendapatan. Malah, terpaksa menanggung kos pengurusan dan gaji pekerja sehingga RM200,000 sebulan. Biar pun diuji teruk, Mila tetap tekad memastikan para pekerjanya ada gaji. Memandangkan ada pekerjanya ini yang sudah pun berkeluarga. Memikirkan hal inilah, Mila usahakan jualan kek demi para pekerjanya.
Mohon Dibaca Sehingga Habis – Mila Jirin
Para pekerja saya BERSATU HATI membantu saya dan syarikat dalam menempuh fasa PKP yang telah menjejaskan industri perkahwinan dan travel.
Sebenarnya waktu nak tulis posting ini pun, hati saya sebak.
Few days ago, saya adakan meeting dengan pekerja saya di BIZMILLA. Saya maklumkan tentang situasi sebenar syarikat, dan apa perancangan syarikat untuk menjana pendapatan bagi menampung kos operasi dan kos pengurusan (Gaji Pekerja).
Alhamdulillah, semua warga kerja di Bizmilla bersatu hati bergabung untuk memulakan beberapa aktiviti perniagaan baru demi kelangsungan syarikat dan memastikan semua warga kerja mendapat gaji bersama sama disebabkan kewangan syarikat terjejas teruk akibat tiada pendapatan hampir 2 bulan lebih. Buat masa ini, pihak syarikat masih bertahan walaupun kos operasi dan kos pengurusan menelan belanja hampir SETENGAH JUTA sebulan, saya tetap POSITIVE untuk berjuang bersama sama pekerja saya di Bizmilla #InsyaAllah.
Tak Harap Keuntungan, Doanya Usaha Ini Dapat Bantu Gaji Pekerja
Di Bizmilla kami memang ada unit Pastry, unit ini menyediakan semua jenis manisan dan pastry untuk buffet Majlis perkahwinan di Dewan Bizmilla, team pastry dan beberapa warga kerja di bahagian pengurusan dengan penuh semangat berjuang bersama sama syarikat dan mencetuskan idea untuk menghasilkan kek kek yang super sedap untuk juadah Syawal ini dan juga untuk sebarang ulangtahun mahupun apa jua majlis sambutan di rumah. Boleh follow IG @bizmilla_cakepastry untuk melihat kek kek yang bakal dibuka tempahan dan boleh lah buat tempahan untuk Hari Raya nanti Insya Allah.
Saya maklumkan pada pekerja saya, situasi sekarang, saya tak harapkan keuntungan tetapi saya mohon pada Allah, dapatlah usaha usaha ini membantu serba sedikit, terutama kos pengurusan (Gaji pekerja) yang hampir RM200,000 sebulan. Kerana saya faham, semua ada keluarga, saya tak nak pekerja pekerja saya hilang punca pendapatan, kita buat lah apa sahaja yang termampu dan rezeki yang halal demi kelangsungan syarikat dan dapat mereka bersama sama mendapat pendapatan.
Saya mohon, pada rakan rakan saya di Instagram ini, bantulah menyokong inisiatif pekerja pekerja saya.
Follow IG @bizmilla_cakepastry insya Allah harini kami akan update IG
MW : Semoga usaha Mila Jirin ini dipermudahkanNya dan para pekerja Mila dapat menikmati gaji setiap bulan.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...