diana_1

Sebenarnya, dalam Islam sememangnya melarang cerewet yang melampau dan sudah apa sahaja yang melampau akan ditentang agama. Sesungguhnya, bagi mencari jalan penyelesaian, sebaiknya kita perlu faham bahawa dalam perkahwinan bukanlah mencari persamaan tetapi mencari pelengkap. Akhirnya barulah hubungan yang dibina akan menemui kebahagiaan.

Hari ini menerusi slot Cerita Dalam Kain, MWTalkshow membawa tajuk “Pasangan ku Cerewet”, selebriti Diana Rafar dijemput untuk berkongsi pengalaman dalam mendepani suami yang cerewet.

Seperti yang semua ketahui, Zamarul Hisham merupakan seorang lelaki yang cerewet dan pentingkan kesempurnaan dalam kehidupan sehariannya. Menurut Diana selaku isteri, dia telah mengetahui sikap cerewet suaminya sejak mereka bercinta lagi.

Tempoh bercinta yang lama iaitu sembilan memberi Diana cukup masa mengenali suaminya. Tetapi rupanya ianya tidak terhenti setakat itu, setelah berkahwin rupanya bukan mudah berkongsi hidup dengan lelaki yang cerewet.

“Segala perkara suami saya cerewet, hingga sampai satu tahap dia punya cerewet sampai buatkan saya rasa dah down. Saya juga pernah rasa seperti isteri yang tak sempurna kerana tidak mampu menjadi isteri terbaik pada dia.

Ads

“Saya pernah rakam aksi dia ketika orang renovate rumah kami, bayangkan orang tengah buat kerja dan dia pula sibuk-sibuk vakum habuk. Perbuatan tersebut memang nampak pelik dan buat orang tak selesa nak buat kerja. Tetapi bagi dia ianya normal.

“Saya masih ingat, zaman bercinta dahulu sebelum masuk kereta kena ketuk kasut dahulu sebelum langkah masuk ke kereta dia untuk tanggalkan habuk-habuk. Bukan saya sahaja, mak dan kakak saya kena buat perkara yang sama jika naik kereta Zamarul.

“Mula-mula kahwin tu memang kena kuat, barang-barang mekap saya memang tidak boleh berselerak atau susun di atas almari, semuanya kena clear dan simpan. Terpaksalah ikut,” jelasnya satu-persatu.

Ads
Mula-mula Memang Down Bila Dapat Pasangan Cerewet, Lama-lama Diana Rafar Cuba Redha

Bergaduh Besar Kerana Cerewet

Selain itu, menurut Diana lagi dia dan Zamarul pernah bergaduh besar disebabkan sikap cerewet Zamarul. Biar pun Zamarul tidak pernah memarahi atau mengamuk jika Diana tidak dapat mengikut caranya, tetapi Diana pernah berkecil hati dengan sikap suami.

Ads

“Setiap perkara pasti ad acara dia sendiri walaupun hanya menggoreng ikan. Kita ni punyalah goreng ikan garing seperti diminta, rupa-rupanya salah juga. Memang jadi bergaduh besarlah, maklumlah baru kahwin ketika itu.

“Dia tak mengamuk dan marah pun, tetapi kita sendiri yang takut benda yang kita buat tak kena pada mata suami. Tetapi sekarang Zamarul sudah banyak berubah dan makin kurang cerewet dan paling penting dia dah tak kacau saya sangat dah. Tetapi merunsingkan saya apabila anak saya berumur 9 tahun pula terikut perangai dia.

“Dahulu memang rasa tak boleh terima sikap suami, tetapi apa yang penting kita berbalik pada Allah dan sentiasa berdoa. Insyallah Allah akan bantu kita bila kita redha dan positif bahawa akan ada kebaikan untuk kita memiliki pasangan cerewet. Insyallah,” katanya sebelum mengakhiri perbualan.

Bagi yang ketinggalan menonton MWTV tengahari tadi, jangan lupa saksikan siaran ulangannya pada jam 8 malam nanti di Astro Prima 105 & Prima HD 121.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI