Mula mengaji pada usia 3 tahun, rahsia adik Zinnirah khatam hafazan 30 juzuk pada usia 10 tahun. Usianya masih muda, baru 12 tahun. Namun ada sesuatu yang istimewa pada pelajar darjah 6 ini.
Ini kerana pada usianya 10 tahun 11 bulan, adik Zinnirah Abu Dzar sudah pun menghafal 30 juzuk Al-Quran. Perkongsian menarik mengenai diri adik Zinniriah dikongsikan di fb Jabatan Agama Islam Malaysia (JAWI) sempena Pertandingan Tilawah dan Hafazan Peringkat Wilya Persekutuan yang diadakan baru ini.
Sebagai peserta hafazan yang agak muda, berusia 12 tahun, adik Zinnirah murid darjah 6 Pusat Tahfiz Darul Haafizhiin, sudah mula menghafaz Al-Quran pada usia 3 tahun secara talaqqi bersama ibu dan ayahnya.
Dan, Masya-Allah, adik Zinnirah sudah khatam hafazan 30 juzuk Al-Quran pada usia 10 tahun 11 bulan.
Ini kali pertama dia menyertai Majlis Hafazan Peringkat Negeri. Kami tanya apa rahsia mengekalkan hafazan? Katanya rutin menghafaz setengah muka Al-Quran setiap hari di rumah.
Dalam pada itu, bapanya, Abu Dzar yang juga mudir di Tahfiz Darul Haafizhiin Al-Furqan sempat menitipkan nasihat buat ibu bapa.
Katanya, “anak-anak sangat mudah menghafaz sebab akalnya masih suci bersih. Kalau kita tak galakkan anak-anak menghafaz Al-Quran, mungkin mereka akan hafal perkara lain yang kurang baik. Lebih-lebih lagi dengan persekitaran mencabar hari ini. Jadi tanamkan Al-Quran dalam jiwa anak sedari kecil, insya Allah mereka lebih mudah menghafalnya, katanya yang menitipkan sedikit pesanan buat semua.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Hukum Membahagikan Bacaan Juzuk Al-Quran Secara Berkumpulan, Adakah Kita Dikira Khatam Quran?
Lelaki Kongsi Pengalaman Hati Gementar Jumpa Ulama Sohor Pak Su Mid
Ini Doa Diajarkan Rasulullah Agar Kita Mudah Hafal Al-Quran, Baca Tak Merangkak-Rangkak
Fouziah Gous Kongsi Tip Dua Kali Khatam Al-Quran Sepanjang Ramadan
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Betullah tu kata Shah Iskandar isteri bukan orang gaji. Para suami kenalah bantu isteri buat kerja rumah tau!