Muka mereka ketakutan & menjerit minta tolong, sepupu dua beradik rentung kongsi masih terbayang gagal selamatkan mangsa. Kejutan api marak membakar rumah sepupunya yang mengorbankan dua sepupunya masih menghantui Siti Salwani Husin, 35.
Mengakui masih terbayangkan raut wajah ketakutan dan jeritan meminta tolong dari keduanya, Siti Salwani akui hal ini masih terngiang-ngiang di fikirannya.
Muka Mereka Ketakutan & Menjerit Minta Tolong
“Saya sempat melihat dua beradik berkenaan dalam keadaan takut meminta tolong melalui jendela rumah, namun saya tidak dapat berbuat apa-apa kerana api marak terlalu cepat,” katanya.
Menurut sepupu kepada dua beradik ini dalam kejadian di Kampung Mentuan, Sering, ketika kejadian dia sedang berehat di dalam bilik di rumahnya yang terletak bersebelahan kediaman mangsa, sebelum terkejut dengan bunyi letupan dan bahang panas.
“Saya kemudian melihat api sedang marak di dapur rumah mereka dan dua sepupu kelihatan panik. Saya jerit meminta mereka terjun daripada tingkap, namun mereka tidak berbuat demikian.
Sepupu Dua Beradik Rentung Masih Terbayang Gagal Selamatkan Mangsa
“Masih terngiang-ngiang di fikiran saya, raut wajah ketakutan mereka, namun apakan daya saya tidak sempat untuk membantu.
Ads
“Saya sendiri risau kediaman akan turut terbakar kerana saya juga ada seorang anak dan bapa yang uzur untuk diselamatkan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di Kampung Mentuan, Sering, di sini, hari ini.
Terdahulu, Muhammad Huzaifah Ab Halim, 31, yang mempunyai masalah kesihatan dan adiknya, Aisyah Ab Halim, 22, yang juga Sindrom Down ditemui anggota bomba dalam keadaan rentung.
Penolong Pengarah Operasi JBPM Negeri Kelantan, Mohd Wildan Azhari berkata, seramai 25 anggota Balai Bomba Penyelamat Kota Bharu dan Pasir Tumboh bertugas memadam kebakaran itu,
Katanya, api dapat dipadamkan sepenuhnya pada 9.30 malam dan pemeriksaan anggota menemui dua mayat mangsa masing-masing di ruang tamu dan bilik air.
“Pihak kami menyerahkan kepada anggota polis untuk membawa keluar mayat serta menjalankan siasatan lanjut,” katanya.
Penceraian tak bermakna boleh mengabaikan anak-anak. Suka tengok cara Sharnaaz dan juga bekas isterinya, Nabila dalam berganding bahu membesarkan anak walaupun sudah berpisah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bila bekerja sendiri pendapatan tak menentu, kena mencarum sendiri untuk simpanan peribadi.Jjadi bila Kumpulan Wang Simpanan Wang Pekerja (KWSP) nak bagi RM250 ni, ia salah satu peluang yang mak-mak kena direbut! Peluang ni orang makan gaji pun tak dapat tau.Tapi kena pastikan diri layak ke tak sebab bukan semua orang boleh mencarum dalam skim ini. Sebab ada syarat-syarat tertentu yang perlu dipenuhi.
Apa Itu Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia?
Merujuk kepada Laman web KWSP, Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia adalah inisiatif Kerajaan untuk memastikan golongan yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap mempunyai simpanan apabila mencapai umur persaraan.
Apa Pula Definisi Bekerja Sendiri Dan Tiada Pendapatan Tetap?
Di antara pihak yang tergolong dalam golongan bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap adalah:
Petani / nelayan / pemandu teksi
Peniaga kecil / penjaja / peniaga pasar malam / peniaga uptown
Baby-sitter
Ejen menerima komisyen seperti ejen insurans/takaful dan ejen hartanah
Freelancer seperti menerima bayaran selepas memberi perkhidmatan sebagai deejay, penyanyi, pelakon, fitness instructor, perunding
Pemilik perniagaan samada pemilik tunggal atau rakan kongsi yang membeli dan menjual barangan serta perkhidmatan
Pemilik perniagaan dalam talian (online business)
Pemilik praktis sendiri seperti akauntan, doktor dan peguam
Surirumah
Pekerja Berpencen
Syarat-Syarat Kelayakan Lain:
Warganegara Malaysia
“Orang Yang Bekerja Sendiri” ertinya mana-mana orang yang melakukan sesuatu pekerjaan yang mendatangkan hasil dan bukannya seorang pekerja.
Merupakan ahli KWSP; DAN
Telah membuat pilihan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia menggunakan Borang KWSP 16G(1M)
Kena Simpan RM1,667 Baru Layak Dapat RM250 Setahun
Simpanan ini akan menerima sumbangan Kerajaan sebanyak 15% dari amaun caruman tertakluk kepada jumlah maksimum sebanyak RM250 setahun (Kadar baru berkuatkuasa 1 Januari 2018). Sumbangan Kerajaan ini telah dilanjutkan sehingga 2022.
Jadi kalau nak dapat maksimum RM250 setahun tersebut, kena pastikan anda ada simpanan sebanyak RM1,667 dalam Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia ini.
2 Langkah Mudah Nak Mencarum Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia:
Mudah bukan? Nak lagi senang, masukkan terus RM1,667. Kemudian tunggu setahun, dividen dapat, RM250 pun dapat.
Kalau tak nak bayar lump sum, pastikan anda membuat caruman bulanan. Guna perbankan internet dengan Maybank dan Public Bank pun boleh.
Mudah Saja Nak Dapat RM250 Daripada KWSP
Alhamdulillah, cukup mudah hanya dengan dua langkah saja dah boleh melayakkan anda dapat RM250 daripada KWSP melalui Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia.
Media Hiburan merupakan sebuah jenama majalah hiburan terkenal tanah air. Walaupun sudah tidak lagi diterbitkan secara fizikal, jenama ini terus subur dalam versi laman web dan juga di platform media sosial seperti Instagram, Twitter, YouTube dan TikTok.
Dengan lebih 7.5 juta jumlah bacaan sebulan di laman web, jenama ini terus memacu khusus berita-berita hiburan tanah air dalam juga luar negara.
Terbaharu, sebuah program televisyen yang diberi nama Media Hiburan Throwback akan bersiaran di kaca televisyen anda. Bermula dalam versi digital, rancangan ini berjaya mencecah jutaan tontonan di platform digital dan kini ia diangkat sebagai rancangan waktu perdana di saluran Astro Prima bermula 24 Mac 2021 pada jam 9 malam.
Media Hiburan – Tampil Artis Terkenal
Dihoskan oleh Radin, rancangan ini akan menampilkan 15 selebriti terkenal dalam 13 episod secara keseluruhan. Antaranya seperti Dato’ AC Mizal, Erra Fazira, Rita Rudaini, Norman Hakim, Faizal Hussein, Sharifah Shahira, Awie dan ramai lagi.
Selebriti ini akan dikejutkan dengan artikel dan juga gambar lama yang pernah mereka jalanan bersama majalah Media Hiburan sebelum ini. Bayangkan bila photoshoot mereka 30 tahun lalu ditonjolkan kembali, bermacam gaya yang melucukan dan 1001 kisah boleh kita lihat dan dengar.
Memang riuh rendah dengan gelak ketawa artis dna selebriti yang terlibat di set penggambaran apabila mereka dikejutkan dengan cerita-cerita lama. Kalau nak tahu apa yang berjaya team Media Hiburan korek dari arkib sepanjang 35 tahun lalu, jangan lupa saksikan rancangan ini!
MW: Mesti macam-macam gaya dan cerita nanti. Paling best, boleh tengok gambar mereka masa muda-muda dulu.
Memang senang rupanya nak buat kek coklat 4 sudu yang kian viral ini. Kukus dalam 20 minit sahaja dah boleh hasilkan kek yang gebu. Bukan apa, ada masa memang tekak teringin nak makan kek coklat, tapi nak buat sebiji kek besar sayang takut tak habis atau tak jadi. Jadi sebagai alternatifnya mak-mak bolehlah cuba resipi dengan sukatan adunan yang kecil ini. Rasanya sedap, nak makan pun senang, sekali ngap je!
Berikut perkongsian resipi Kek Coklat 4 Sudu oleh Puteri Shahidah yang dikongsikan didalam grup Masak Apa Hari Ni (MAHN):
“Terima kasih kepada yang kongsi resepi Kek 4 sudu ni.Memang power, gebu gebass.Rasa pun elok je.Kalau nak lagi sedap boleh gabungkan dengan topping coklat diatasnya. Topping tu saya main agak je bahan-bahannya, Tapi Alhamdulillah rasa ngam dengan kek.”
Bahan-Bahan:
1 biji telur
4 sudu gula
4 sudu tepung gandum
½ sudu teh baking powder
½ sudu teh soda bikarbonat
2 sudu makan serbuk koko
4 sudu makan minyak masak
Cara Membuat:
1. Pukul telur dan gula sampai kembang.(guna garfu sahaja)
2. Satukan tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat).
3.Campurkan adunan tepung tersebut ke dalam adunan telur dan gula yang telah dipukul kembang tadi.
4.Kemudian, masukkan pula minyak masak dan kacau sebati.
5.Kukus dalam 20 minit, siap!
Topping
4 sudu serbuk koko
50ml air @ susu cair
250 susu pekat(Ikut rasa manis masing-masing)
3 sudu Minyak masak
2 sudu besar Tepung jagung (nk bg pekat sedikit)
Cara Membuat:
1.Campurkan semua dalam periuk, kemudian masak atas api perlahan sehingga berkilat.
2.Biarkan sejuk sedikit, tapiskan jika ada sisa ketulan. Siap!
3.Bolehlah curahkan diatas kek coklat tadi.