Mujur Murid Sekolah Bandar Ini Tak Tulis Nama ‘Abang Bin Ayah’

Share

Penulis ini, Dr Othman Talib berkongsi sekeping gambar kertas kerja murid sekolah. Pada bahagian nama, murid menulis namanya sebagai ‘Abang’.

Jelas beliau lagi, murid berkenaan bukanlah dari sekolah luar bandar, sebaliknya pelajar dari sekolah bandar. Sampai ke hari ini, masih ada lagi murid yang tidak pandai menulis nama sendiri.

Bukankah kenyataan ini menyedihkan. Lebih-lebih lagi jika hendak dibandingkan dengan  keperluan pendidikan anak-anak di tahap 1 sekarang yang serba mencabar.

Mampukah generasi pelajar yang berdepan permasalahan ‘membaca, menulis dan mengira’ ini mengejar apa yang ditetapkan oleh kehendak pendidikan sekarang ini.

Dr Othman menerangkan sejelasnya apa yang perlu dihadamkan dalam memahami dilema yang sedang dihadapi generasi pelajar ini.

Murid Sekolah Bandar Masih Tersangkut-sangkut Tulis Nama Sendiri

1. Foto adalah tugas helaian kerja murid di sekolah bandar. Walaupun di bandar, bukan semua murid boleh menulis nama sendiri atau masih tersangkut-sangkut.

Jadi pelbagai perkara asas perlu dipastikan terlebih dahulu dikuasai oleh murid khususnya di Tahun 1, melebihi keinginan orang dewasa yang menyediakan silibus yang tinggi dan subjek yg banyak serta deretan buku teks sekolah untuk kumpulan ini.

2. Guru Tahap 1 adalah guru yang hebat tetapi perlu sokongan sepenuhnya dari sekolah hingga KPM

kerana merekalah barisan hadapan pertama yang menghadapi dan menyediakan murid-murid ini untuk Tahap 2 dan seterusnya.

3. Kini jadual waktu ada yang dicantum untuk kurangkan buku yang dipikul bagi mengatasi beg berat. Tidak tahulah mengapa diperlukan sangat buku sehingga orang dewasa sanggup mencadangkan pelbagai strategi bagi memberi laluan kepada buku-buku teks sekolah berbanding denga kesediaan murid di awal persekolahan.

4. Mujur murid dalam foto ini tidak menulis nama sebagai ‘Abang Bin Ayah’ atau ‘Muhamad Bin Dedi’

5. Aku sendiri kenal ABC dan 123 ketika Darjah 1, maka aku percaya ada orang dewasa yang sekarang ‘gah’ berada dalam rantaian penyumbang polisi pendidikan yang ketika Darjah 1 dulu mungkin sahaja sama seperti kes dua foto tersebut. Mengapakah mereka tiada empati, sebagai salah satu asas pendidikan.

Mingguan Wanita : Kadangkala kasihan juga lihat anak-anak sendiri..

Sumber : Othman Talib, Pensyarah Kanan Jabatan Pendidikan Saisn dan Teknikal
Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM
Foto : dari wall Nur Farhana Ramli

Beli UNIFORM SEKOLAH anak di sini : https://invol.co/cla7ryb

Baca : Jangan Panik Kalau Anak Tak Boleh Membaca Lagi Masa Darjah Satu

Published by
Netty Ah Hiyer