Mufti Menk Datang Ziarah Ke Rumah, Anak Gembira Tunai Impian Ibu Mahu Jumpa Ulama Tersohor

Share

Mufti Menk datang ziarah ke rumah, anak gembira tunai impian ibu mahu jumpa ulama tersohor. Sesuatu yang luar biasa bila ulama tersohor dunia datang menziarahi kita di rumah. Sementelah kita bukanlah orang kenamaan atau orang politik.

Satu perkongsian dari pengguna Tik Tok @Attyusop video menunjukkan ulama tersohor Mufti Menk datang ke rumah “mengejutkan” ramai pengikutnya. Datangnya Mufti Menk ke rumanhnya tidak diiringi sesiapa sebaliknya datang seorang diri.

Mufti Menk Datang Ziarah Ke Rumah

@attyusof @Mufti Menk ♬ original sound – Att Yusof

 Bahkan tujuan Mufti Menk datang adalah untuk menziarahi ibunya yang tidak sihat. Menurut Atty, dirinya mula bertemu ulama tersohor pada tahun 2019 di pusat beli belah One Utama.

“Mak saya menegurnya dan Mufti Menk berikan kami nombor telefon peribadinya. Dari situlah perkenalan ini bermula. Dan pada semalam kedatangannya, Mufti Menk menziarahi mak yang tidak sihat selepas saya menghantar pesanan padanya sebulan lepas,” katanya menjawap persoalan ramai mengenai hubungan istimewa dengan ulama ini.

@attyusof Replying to @Abang Pablo ♬ original sound – Att Yusof

Anak Gembira Tunai Impian Ibu Mahu Jumpa Ulama Tersohor

Jelas @Attyusop lagi, apabila dirinya mendapat tahu bahawa Mufti Menk akan datang ke Malaysia, dirinya menghantar mesej dan menjemput Mufti Menk datang ke rumah untuk menziarahi ibunya yang tidak sihat.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Tiket Konsert Coldplay TIDAK SAH Jadi Mahar Mas Kahwin, Ia Tiada Nilai & Suami Dikira Berhutang Dengan Isteri – Mufti Pahang

Isteri Kerap Tolak Lakukan Hubungan, Ini Pandangan Mufti Buat Suami Yang Rasa Teraniaya

Siapa Patut Jaga Suami Terlantar & Masa Sama Isteri Kena Keluar Kerja Cari Nafkah? Mufti Beri Pencerahan

Dalam video dikongsinya, kelihatan Mufti Menk memberikan sedikit takzirah perkongsian dan ia sudah cukup menggembirakan hati ibunya dengan kedatangan Mufti Menk ke rumah mereka. Datang pun bukan calang-calang tetapi seorang ulama yang sangat dikenali dunia.

Sedikit info mengenai Mufti Menk.

Anak Kepada Seorang Ulama

Mufti Menk merupakan anak ke-8 daripada 9 adik-beradik. Bapa bernama Sheikh Maulana Musa Menk merupakan seorang ulama dan Imam di Masjid Zimbabwe.

#2- Mula Belajar Menghafal Pada Usia Tiga Tahun

Mufti Menk mula menghafal sebahagian daripada Surah At-Taubah pada usia tiga tahun – hasil daripada apa yang didengarnya daripada kanak-kanak yang datang ke rumahnya untuk mempelajari Al-Quran.

#3- Dijangkakan Akan Menjadi Seorang Hafiz

Ulama-ulama yang pernah datang ke rumah ayahnya ketika kecil pernah menyuruh Mufti Menk membaca ayat Al-Quran. Tatkala mendengar bacaannya, salah seorang daripada mereka berkata bahawa beliau akan menjadi seorang Hafiz (orang yang menghafal seluruh Al-Quran) pada masa hadapan.

#4- Seorang Yang Cintakan Ilmu

Mufti Menk seorang yang cintakan ilmu. Beliau mula menghafal Al-Quran pada usia 9 tahun dan menyelesaikannya pada usia 12 tahun. Beliau belajar Bahasa Arab sejak kecil di samping belajar Syariah daripada ayahnya. Beliau kemudian mendapat Ijazah Syariah di Universiti Madinah dan juga mengambil pengkhususan dalam bidang fatwa di Darul Ulum, Kantharia, Gujerat India.

#5- Seorang Yang Cepat Marah Ketika Remaja

Beliau seorang yang cepat marah ketika remaja (kira-kira ketika berusia 14 hingga 18 tahun). Adik-beradiknya memperakui bahawa beliau tidak boleh diprovok. Mufti Menk mengatakan bahawa Allah telah menyelamatkannya daripada sikap tersebut apabila beliau mula berhijrah ke Madinah. Kini beliau sangat sukar untuk marah.

#6- Cintakan Aktiviti Kemanusiaan Dan Pendidikan

Beliau aktif dalam aktiviti mengajar, memberikan ceramah dan kelas pengajian ilmu, serta mengelolakan pusat pengajian Islam bagi golongan yang kurang berkemampuan dan juga anak yatim. Beliau juga merupakan Ketua Majlis Fatwa Zimbabwe dan salah seorang imam di Masjid Al-Falah.

#7- Aktif Di Media Sosial

Beliau mula aktif di media sosial pada tahun 2011. Mufti Menk mempunyai lebih kurang 3 juta pengikut di Facebook, 4 juta pengikut di Twitter, 300 ribu pengikut di Youtube dan juga 1.2 juta pengikut di Instagram. Twitter merupakan tempat beliau aktif memberikan nasihat dan berinteraksi dengan orang ramai secara konsisten.

#8- Memperoleh Beberapa Anugerah

Mufti Menk juga memperoleh pengiktirafan antarabangsa contohnya Anugerah Doktor Kehormat dalam Bimbingan Sosial oleh Kolej Aldersgate. Pada tahun 2015 pula beliau menerima anugerah Kepimpinan Global dalam Bimbingan Sosial(Global Leadership in Social Guidance)

Semoga kita dapat mengambil pengajaran daripada perjalanan hidup Mufti Menk. Semoga Allah memberikan kesejahteraan hidup serta ganjaran kebaikan atas usaha dakwah yang beliau lakukan. (Kredit info  8 fakta mengenai Mufti Menk oleh TZKRH)

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Awal dan Scha Pening Dengan Perangai Anak Kedua..

Awal dan Scha pening melihat Lila menyakat Lara. Memang anak kedua selalu perangai begitu ya?  Jangan lupa pula ya ibu-bapa di luar sana untuk sentiasa menjaga hygiene gigi anak-anak, penting tu!

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros