Siapa yang pernah cuba, memang akan tahu betapa sedapnya resepi daging ketumbar Dato’ Rizalman ini. Resepi asal ini daripada Raja Permaisuri Agong, tapi jadi viral bila mana pereka fesyen terkenal, Dato’ Rizalman Ibrahim kongsikan di instagram storynya.
Nak buat pun mudah saja. Cuma perlukan 7 bahan yang mudah sangat nak jumpa. Kata Rizalman, lagi sedap, daging yang dah siap itu, diambil sedikit dan goreng dengan nasi, campur pulak ‘cabai melaka’.
Dalam perkongsian, Rizalman tak berikan sukatan yang tepat, tapi kita masih boleh agak-agak berapa jumlah bahan yang digunakan.
Lagipun, dalam masakan Melayu inikan terkenal dengan sukatan ‘agak-agak’. Jadi, mak-mak bolehlah agak-agak sendiri ikut kesesuaian resepi yang disertakan ini. Wartawan Mingguan Wanita sendiri dah cuba, dan terbukti kesedapannya.
Sekelip mata daging goreng ketumbar ni licin dinikmati anak-anak, tak sempat pun nak simpan-simpan.
Ads
Bahan-bahan :
1 kilo daging (dihiris nipis, cuci bersih dan tapis)
3 biji bawang Holland (hiris kasar)
4 sudu besar ketumbar
3 sudu kicap (ikut brand kegemaran masing-masing)
Garam
Gula
Serbuk perasa
Cara memasak:
Daging gaul sebati dengan biji ketumbar, gula, garam, serbuk perasa dan kicap. Ejas rasanya ikut kesesuaian lidah masing-masing.
Ads
Masukkan minyak yang banyak dalam kuali. Setelah panas, masukkan daging yang dah digaul sebati tadi. Nanti waktu menggoreng tu akan keluar air daging tu. Jangan panik, kacau je kerap bagi daging masak dengan rata.
Ads
Bila air daging tu dah tak ada, masukkan bawang Holland yang dah siap hiris. Goreng sampai daging dan bawang tu nampak karamel. Bolehlah tutup api.
*Jangan panik tengok minyak tu. Dah memang resepi ni guna banyak minyak. Nanti masa nak makan, tapislah minyak tu.
Waktu nak hidang tu, tapislah minyaknya. Kalau nak buat nasi goreng, ambil sedikit daging ketumbar goreng dengan minyak, dan tumislah dengan nasi. Tambahkan cili bagi rasa lebih ‘kick’.
Bagi yang berasal dari negeri pantai timur, Roti Siro Kelate ni memang cukup popular. Cara nak buatnya cukup simple, manis berlemak namun sangat sedap, lebih-lebih lagi bila makan sejuk-sejuk. Sesuai sangat disediakan untuk hidangan minum petang untuk keluarga.
Nak tahu caranya boleh cuba buat sendiri resipi Roti Siro Kelate seperti yang dikongsikan oleh Puan Myra Edora ini.
Hari ni mekyaa nak share resipi Siro Roti Kelate Legend versi Mekyaa bukan versi netijen . Letak dalam peti sejuk lagi sedap. Mekyaa suka masak simple-simple je.Yang penting cepat, sedap dan menyelerakan.
Bahan-Bahan:
Roti bantal
Gula
Garam
Telor
Daun pandan
Santan
Minyak
Cara Membuat:
1.Mula-mula letak santan atas api dengan api yang perlahan, kemudian kacau sehingga menggelegak. Tak boleh berhenti kacau, nanti santan jadi beketul-ketul. Nggak enak gais. Bila dah menggelegak masukkan garam, gula, daun pandan. Secukup rasa ye. Pandai-pandai la try.
2.Roti potong cenggini ye. Sementara roti potong, panaskan api untuk kita nk goreng roti jap lagi ye sayangku.
3.Sementara api panas, roti yang dipotong tadi celupkan dalam telur dan goreng.
4.Goreng macam ni.
5.Roti yang dah digoreng, nanti toskan macam ni ye.
6.Hah! Kan dah siap, senang saja. Boleh refer video nanti macam mana tiba-tiba jadi cam ni.
Aloh sedaknyah! Makan petang boleh, makan sambil layan berita TV3 pon on gais.
Mingguan Wanita:Sedapnya Siro Roti Kelate ni, lebih-lebih lagi makan sejuk-sejuk. Mudah je nak buat, sesuai untuk minum petang.Boleh cuba resipi yang dikongsikan ini.
Kuih muih dan manisan tradisional tetap mempunyai tarikan tersendiri. Walau sudah pelbagai kuih muih moden yang ada, namun yang lama tetap memikat jiwa.
Jom cuba dua kuih tradisi ini iaitu Puli Ubi Kayu dan Tok Aji Serban (Pulut Sekaya). Menikmati kuih muih tradisi akan membuatkan kita mengimbau kembali zaman kecil dahulu.
KUIH PULI UBI KAYU
Bahan-Bahan:
300 gram ubi kayu – kisar dan perah airnya
150 gram sagu – rendam selama 5 minit
Sedikit pewarna hijau
Bahan Untuk Air Gula:
200 gram gula merah
200 gram gula pasir
150ml air
Bahan Salut:
½ biji kelapa parut
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
Campurkan ubi kayu, pewarna hijau dan sagu, gaul sekata. Sediakan satu loyang berukuran 6 inci dan tuang adunan tadi ke dalam loyang tersebut dan tekan-tekan sedikit. Kukus selama 30 minit. Ketepikan.
Untuk membuat kelapa parut untuk menyalut puli ubi kayu; satukan kelapa parut dan garam secukup rasa. Ketepikan.
Untuk membuat air gula; didihkan air bersama gula merah dan gula pasir. Biarkan ia mereneh sehingga memekat. Tutup api. Ketepikan.
Potong puli ubi kayu dan salut dengan kelapa Tuang air gula dan sedia untuk dinikmati.
TOK AJI SERBAN
Bahan-Bahan A (Bahagian Bawah):
2 cawan beras pulut – bersihkan dan tos
250ml santan cair
Sedikit garam
Bahan Bahagian B (Atas):
3 biji telur
500ml santan pekat
150 gram gula merah
150 gram gula pasir
Bahan Lain:
Air untuk mengukus
CARA MEMASAK:
Untuk membuat bahagian pulut; masukkan bahan A iaitu beras pulut, bersama sedikit santan cair, dan secubit garam. Lebihkan santan anggaran ½ inci daripada paras pulut. Tanak menggunakan api perlahan hingga masak. Angkat.
Tuang pulut ke dalam loyang bersaiz 6 inci. Tekan-tekan supaya padat. Ketepikan.
Untuk membuat bahagian atas; kisar semua bahan B dan tuang di atas adunan pulut tadi. Kukus selama satu jam.
Angkat dan biarkan sehingga agak sejuk sebelum dipotong. Sedia dihidangkan.
Tak perlu nak susah-susah buat sarapan pagi ni, mak-mak boleh cuba buat resipi Pizza tanpa uli ni yang cara yang paling mudah.Kalau sebelum ini kita sangka membuat pizza kerja renyah terutama bab menguli doh, kini tak lagi. Mak-mak boleh guna roti paratha je sebagai ‘base’ untuk pizza.
Melalui perkongsian Rafiza Ayu dalam Facebook miliknya beliau menunjukkan cara ringkas membuat pizza. Tanpa perlu susah payah menguli, resipi pizza paratha ni mesti anak-anak suka dan boleh buat sendiri je.
Bahan-Bahan:
Roti Paratha Segera (sejuk beku)
Sos Spagetti segera
Sosej (dihiris nipis)
Nenas (dipotong kiub)
Bawang Holland (dipotong dadu)
Keju Mozarella
Cara membuat:
1. Tanggalkan lapisan plastik Roti Paratha ketika masih beku bagi mengelakkannya melekat pada roti.
2. Susun Roti Paratha tersebut diatas loyang yang telah disapu minyak dan sapukan dengan sos spagetti.Sementara itu, panaskan ketuhar pada suhu 170 darjah celcius api atas dan bawah.
3. Taburkan Keju Mozarella bagi melekatkan topping dan base pizza.
4. Susun sosej diatas lapisan Keju Mozarella sebagai topping.
5. Kemudian tambahkan dengan potongan nenas dan Bawang Holland. Boleh juga gantikan dengan lada benggala dan cendawan butang sebagai alternatif.
6. Langkah terakhir, taburkan sekali lagi dengan Keju Mozarella, masukkan dalam ketuhar selama 20 minit.
Info Ektra:
Selain sosej, boleh juga gantikan dengan udang, hirisan ayam, daging dan sebagainya tetapi sebaiknya masak dulu hingga separa masak.
Guna 3 jenis topping sahaja. Ikut style dominos pizza. Topping tak perlu banyak jenis. Itulah yang menyebabkan sesuatu topping pizza menyerlah rasanya.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.