
Isi Kandungan
ToggleRupanya tak susah mana pun nak buat resepi Chizza iaitu makanan gabungan piza dan ayam. Sekarang ini tengah meletup-letup dekat restoran makanan segera.
Cara mudah buat resepi chizza ini dikongsikan oleh Rara Rawdah. Bahan-bahan yang digunakan juga tak susah nak cari.
Katanya, “Tak puas makan chizza dekat KFC, jadi buat sendirilah. Double-double sedap dia. Coat ayam pakai tepung Bestari je.”
Resepi Chizza Ala KFC
Ayam
Dada ayam – belah 2 bagi nipis
Tepung Bestari – yang pedas
Caranya
1. Perap dada ayam dengan tepung yang dicampur air sedikit.
2. Ambil dada ayam yang telah diperap tadi dan gaulkan dengan tepung kering. Terus goreng.
Topping
Sos Prego – ikut selera nak perisa apa
Nenas dalam tin
Cili benggala merah
Keju Mozarellah – parut
Chili flakes
Caranya
1. Selepas goreng ayam tak perlu tunggu sejuk.
2. Terus letak topping ikut kreativiti masing-masing.

3. Kemudian, bakar dalam oven 5 minit pada suhu 150 celsius
4. Dah siap!
Nota : Kalau tak ada oven, boleh guna pemanggang ajaib suhu api sederhana untuk buat resepi chizza ni.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cedera Di Muka 5 Hari Sebelum Ijab Kabul.” Bakal Suami Tidak Terfikir Tangguh Majlis

Isi Kandungan
ToggleCedera di muka 5 hari sebelum ijab kabul.” Bakal suami langsung tidak terfikir untuk tangguhkan majlis pernikahan mereka berdua hanya disebabkan kecedaraan yang dialami bakal isterinya.
Alhamdulillah kini pasangan ini telah selamat bernikah dan ramai yang memuji tindakan pengantin lelaki yang sanggup menerima suru hatinya seadanya.
Cedera Di Muka
“Saya tidak terfikir untuk tangguhkan, jauh sekali membatalkan majlis perkahwinan yang dirancang hanya kerana kemalangan itu,” kata Ahmad Fakhrullah Mat Zaki, 22.
Kisah kakitangan hotel itu tular di media sosial dan menarik perhatian warganet selepas dia berkongsi video TikTok mengenai isterinya, Nur Alifah Mahirah Burkhari, 20, yang cedera di muka selepas terbabit kemalangan, lima hari sebelum mereka diijabkabulkan.
Menarik Di Sini : “Cinta Saya Hingga Ke Syurga” Janji Setia Suami Ini Sebaik Isteri Disahkan Lumpuh Dari Pinggang Ke Bawah
5 Hari Sebelum Ijab Kabul
Rata-rata warganet memuji Ahmad Fakhrullah yang setia di sisi Nur Alifah dan mendoakan pasangan itu bahagia hingga akhir hayat.
Menurut Ahmad Fakhrullah, dia sudah berjanji untuk menikahi Nur Alifah pada 22 Februari lalu dan tidak tergamak untuk memungkiri janji berkenaan.
Dia yang menetap di Kampung Gong Kiat di sini berkata, dia berkenalan dengan Nur Alifah sejak tamat persekolahan lagi sebelum mereka sepakat untuk mengikat tali pertunangan pada 30 Oktober 2021.
“Alhamdulillah, hubungan kami mendapat restu kedua belah keluarga dan sudah tetapkan tarikh pernikahan pada 22 Februari lalu, cuma berlaku insiden tidak diduga lima hari sebelum akad nikah apabila isteri kemalangan ketika membonceng motosikal yang ditunggang adiknya.
“Hanya Allah saja tahu perasaan saya ketika itu dan mujurlah isteri selamat walaupun cedera teruk, malah dengan izin-Nya, kami berdua disatukan juga pada tarikh dirancang,” katanya.

Baca Di Sini: Setia Seorang Suami, Sanggup Hantar & Jemput Isteri Selama 28 Tahun Menaiki Basikal
Bakal Suami
Ahmad Fakhrullah bersyukur kerana majlis akad nikah dan perkahwinan dapat disempurnakan walaupun dalam keadaan isterinya belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan.
“Buat masa ini, saya yang membantu menguruskan isteri kerana dia belum pulih sepenuhnya dan walaupun bekerja, saya dapat lakukannya. Ini memang sudah menjadi tanggungjawab saya sebagai suami.
“Berhubung video di TiKTok itu, saya kongsikan dengan harapan mendapat kata semangat dan berterima kasih kepada semua yang mendoakan kami,” katanya.

Tidak Terfikir Tangguhkan Majlis
Sementara itu, Nur Alifah terharu kerana suaminya tetap sudi menerimanya dan ada bersama selepas apa yang berlaku.
Katanya, ia bukti keikhlasan dan kesetiaan suaminya sebagai pasangan yang bukan hanya ada ketika senang.
“Kemalangan itu berlaku ketika saya dalam perjalanan menghantar barangan dipesan oleh pelanggan dan saya terjatuh daripada motosikal selepas kain jubah tersangkut pada rantai motosikal.
“Saya tidak ingat sepenuhnya apa yang berlaku namun menurut saksi, saya jatuh kemudian berguling di atas jalan raya.
“Alhamdulillah, saya tidak koma selepas kemalangan cuma cedera pada bahagian muka dengan paling teruk adalah kening, tangan dan badan.
“Saya anggap apa yang berlaku ini sebagai takdir yang sudah tertulis dan bersyukur kerana Allah panjangkan nyawa saya serta beri kesempatan untuk berkahwin dengan suami walaupun melangsungkan pernikahan ketika belum sembuh sepenuhnya,” katanya.
Menarik : 18 Tahun Usia Perkahwinan, Edika Yusof Setia Disisi Isteri “Saya Suami Bertuah Miliki Awak”

Mingguan Wanita : Semoga pasangan ini kekal bahagia hingga ke anak, cucu.
Sumber: myMetro, Facebook Mahirah Bukhari
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Klik link ini untuk daftar penyertaan: https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aura-wanita-pantang-dicabar/ atau whatsapp : http://www.wasap.my/60196328758/DaftarAura
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cantiknya Kuih ‘Buah Melaka’ Warna Kuning, Rasa Lemak Manis Guna Buah Labu Je! Begini Caranya

Isi Kandungan
ToggleBuah Labu memang boleh dimasak dengan pelbagai cara.Baik dibuat puri untuk anak, kuih muih, masakan lauk dan sebagainya. Jika mak-mak ada lebihan labu dan tiada idea nak masak apa, boleh cuba resepi kuih ‘buah melaka’ atau ‘onde-onde’ menggunakan buah labu ini. Jika selalu warna putih atau guna pewarna hijau, kali ni mak-mak boleh buat kuih buah melaka ni jadi warna kuning guna buah labu je. Rasanya lemak manis, nak buat pun senang!
Berikut perkongsian resipi kuih ‘Buah Melaka Labu’ oleh Marlia Lia sebagai rujukan mak-mak. Bolehlah dihidangkan untuk minum petang nanti.
“Jenuh nak menghabiskan sebiji labu.Suami beli labu besar pula. Asalnya beli labu untuk buat puri anak umur 6 bulan je.Tapi takkan makan labu je sampai sebulan kan.Macam-macam dah buat dengan sebiji labu tu.Labu masak lemak, cekodok labu, koci labu, kaswi labu pun sudah.Haa, petang ni buat buah melaka labu.Maka,habis lah sudah sebiji labu saya.”
Bahan-Bahan:
1/3 biji Labu (kukus dan lecek)
Gula Melaka (dipotong kecil)
2 cawan penuh tepung pulut
2 sudu besar tepung gandum
1 cawan air
kelapa parut
sedikit garam
Cara Membuat:
1. Buang kulit labu dan kukus. jangan rebus nanti dah tak manis jadinya.
2.Potong Gula melaka kecil-kecil (bentuk kiub)
3.Campurkan tepung pulut dan tepung gandum dalam bekas.
4.Kemudian, campurkan labu yang telah dilecek kedalam tepung tersebut.
5.Ramas guna tangan sampai jadi macam serbuk roti, kemudian tuang air sedikit demi sedikit.
6.Sambil tuang air, sambil uli sehingga doh dah tak melekat dekat besen dan dah tak melekat dekat tangan.Air secawan, tak habis pun saya guna.
7.Buat macam ni, letak gula melaka ditengah-tengah dan kemudian bulatkan.
8.Sambil tu terus sediakan air tunggu sehingga air mendidih baru masukkan kuih. Kuih yang timbul maksudnya dah masak.

9.Sediakan kelapa parut + sedikit garam, gaul rata.Kuih yang dah masak tu, golek-golekkan dekat kelapa ni.
Siap!
Selamat Mencuba!
Sumber: Marlia Lia
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Majlis Aqiqah, Maulid & Tahnik Muhammad Afwa Sederhana, Namun Beri Erti Besar Bondanya

Isi Kandungan
ToggleSelepas selamat menjalani proses melahirkan anak keduanya yang diberi nama Muhammad Afwa, Datuk Seri Siti Nurhaliza berasa sangat bersyukur.
Kini sudah bergelar ibu kandung kepada dua cahaya mata membuatkan penyanyi tersohor ini berasakan dirinya amat bertuah. Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa merupakan permata hati yang cukup berharga dalam diri Siti dan juga suaminya, Datuk Seri Khalid.
Muhammad Afwa Beruntung Ditahnik Datuk Dr Zulkifli
Menerusi sebuah entri di laman Instagramnya, Siti yang selamat melahirkan cahaya mata keduanya pada 19 April lalu, berkongsi majlis aqiqah, maulid dan tahnik buat Muhammaf Afwa.
“Alhamdulillah, majlis aqiqah, maulid dan tahnik telah berlangsung penuh sederhana tetapi memberi erti yang besar buat kami sekeluarga.
“Alhamdulillah, rezeki anaknda Muhammad Afwa, kerana telah mendapat doa-doa dan juga ditahnik oleh YBhg. Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Ustaz Don Daniyal, Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Iqbal serta imam masjid Bukit Mulia,” tulis Siti.
Harap Allah Selalu Mengikat Hati Kita Semua Dalam Kebaikan Bersilaturahim
Baru saja tampil dengan lagu berjudul Anakanda yang dimuatkan dalam album kanak-kanak klasik, Legasi ciptaan Siti sendiri, sementara lirik pula oleh Rozi Sang Dewi. Siti bersyukur kerana orang ramai tidak putus mendoakan kesejahteraan buat Muhammad Afwa.
“Terima kasih di atas sekian banyaknya doa yang telah kami dan anakanda kami terima daripada orang ramai, tidak ada lafaz terindah pada bulan penuh keberkatan ini.
“Selain saya berharap agar Allah selalu mengikat hati kita semua dalam kebaikan bersilaturahim, meningkatkan amal kebajikan dan memperbanyakkan lagi amalan.
“Terima kasih kepada kaum keluarga terdekat yang menyantuni majlis sederhana buat anakanda Muhammad Afwa semalam,” luah Siti.
Sumber/Sumber Foto: Instagram Datuk Siti
Baca Disini Juga:
“Kami Menamakan Anakanda Dengan Nama Muhammad Afwa, Membawa Makna Keampunan,” Datuk Siti
JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.

Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Cookies Viral Legend
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 10 Julai dan 24 Julai 2021.
Klik ini untuk mendaftar: https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-legend-jual-cookies-paling-masyuk/
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita – https://www.facebook.com/mingguanwanita/
Instagram Mingguan Wanita – https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Twitter Mingguan Wanita – https://twitter.com/MingguanWanita
Telegram : https://t.me/bangkitwanitaMW
Youtube : https://www.youtube.com
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI