Mudahnya Masak KUBIS GORENG Ala Mamak, Sama Macam Restoran Nasi Kandar

Share

Bagi peminat nasi kandar, rasanya tak lengkap tanpa ada kubis goreng untuk di makan bersama aneka jenis lauk pilihan. Mungkin sesetengah fikir, kuah kari buat kita ketagih untuk makan.

Rata-rata pergilah mana-mana restoran mamak atau restoran nasi kandar pun, mesti ada disediakan kubis goreng. Kalau nak buat, memang tak berapa nak menjadi sebab rasanya ada sedikit rempah-rempah gitu.

Rupanya, nak masak kubis goreng ala mamk ini boleh saja di rumah. Rasanya pun ‘sebijik’ sama dengan restoran nasi kandar. Inilah yang dikongsikan oleh Mohd Romzie cara nak masaknya.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Abang Ini Kongsi Tip Goreng Bendi, Jangan Masak Guna Bawang Besar, Elak ‘Berlendir’

Jangan Basuh KUETIAU Lama-Lama, Barulah Bila Goreng Elok Tak Kembang Melekat!

Info Lebih Menarik DI SINI

Kubis Goreng Ala Mamak, Sedap Sangat!

Jika kalian pernah singgah makan di restoran nasi kandar pasti selalu tengok sayur kubis goreng ini.

Sayur ini rasa sedikit berempah dan sedap dimakan bersama kari.

Resipi Kubis Goreng Ala Mamak

Bahan-bahannya;
½ biji kubis
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
½ batang lobak merah
1 sudu teh halba campur
1 inci halia
6 tangkai cili kering
2 biji cili padi
2 tangkai daun kari
1 sudu teh serbuk kunyit
½ sudu teh biji jintan putih
Sedikit serbuk lada sulah/putih
Garam secukup rasa

Cara Memasak:
1. Potong kubis halus, cuci bersih dan toskan dan lobak merah potong mancis.

2. Bahan tumisan yang perlu disediakan.

Halia potong mancis
Bawang merah potong mayang
Cili padi potong kasar
Bwang putih racik halus
Cili kering – gunting 2 atau 3
Daun kari
Halba campur

3. Panaskan 1 senduk minyak, tumis kesemua bahan ini sehingga naik bau.

.

4. Tumis sehingga semua bahan naik bau atau jadi layu.

5. Bila bahan tumisan sudah layu masukkan ¼ cawan air.


6. Kemudian masukkan 1 sudu teh serbuk kunyit kacau sebati.

7. Terus masukkan sayur kubis dan lobak merah.

8. Kacau semua bagi sebati.

9. Masukkan ½ cawan air. Sayur ini tidak perlu kuah yang banyak.

10. Taburkan ½ sudu kecil biji jintan putih. Ini pilihan, kalau tak ada pun tak apa.

11. Perasakan dengan sedikit garam secukup rasa.

12. Taburkan sedikit lada sulah/putih. Sayur ini tidak terasa pedas, tapi rasa dari bahang lada sulah dan herba campurannya.

13. Dah siap Kubis Goreng Ala Mamak. Sayur ini memang terkenal di kedai-kedai nasi kandar sekitar Penang.

Selamat menjamu selera.

Mingguan Wanita : Lepas ni, mak-mak yang mengidam kubis goreng ni, bolehlah buat sendiri kat rumah. Nak pergi Penang jauh pulak kan…

Sumber: Mohd Romzie

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :

https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora