Khatan Bayi Lelaki Mudah Rupanya, ‘Real’ Pengalaman Ini Kurangkan Kebimbangan Mak Ayah

Share

Cerita bab khatan bayi lelaki, perkara pertama yang menusuk kat ruang fikiran tentulah ‘rasa kasihan dengan baby’, ‘masih kecil lagi kasihannya.. mesti baby sakit’, ‘tak sampai hati tengok baby kena khatan waktu kecil’. Ini antara kata hati yang akan berlegar-legar dalam fikiran mak ayah.

Sunnah Rasulullah SAW digalakkan bayi lelaki dikhatankan sebaik saja masuk hari ke-7 kelahirannya. Ada mak ayah yang ikut, ada juga yang memilih tunggu sampai tempoh masa anak dah sedia.

‘Real’ pengalaman Puan Nur Fatin Izzati 25 tahun ini barangkali dapat membantu mak ayah membuang kebimbangan di hati. Ibu ini membawa anak kecilnya, Ahmad bin Mohd Shahilan yang berusia 5 bulan ke klinik untuk dikhatankan.

Actually usia 5 bulan tu dah terlewat sebab ada orang kata doctor tak terima kalau awal sangat.

“Haish. Tapi bila sampai klinik, doktor tanya ”kenapa lambat sangat hantar?” ??

Kenapa Khatan Bayi Lelaki 5 Bulan Doktor Kata Lambat

Ibu digalakkan khatankan bayi lelakinya dengan secepat mungkin selepas kelahirannya. Ikut sunnah Nabi SAW, cucu baginda Hassan dan Hussin dikhatankan pada hari ke-7.

Kebanyakkannya kita di Malaysia kalau nak sunatkan anak lelaki mesti tunggu dah besar. Tapi bukan di negara Barat.

Amalan ini dah popular di negara-negara Barat, walhal mereka bukan Islam. Mereka tahu faedah besar amalan berkhatan ni. Di Amerika, bayi lelaki dikhatankan sejurus selepas lahir.

Ini antara teknik-tekniknya :

i) Laser
ii) Smart Klamp
iii) Plastibel
iv) Tissue Glue

Akui ibu ini, anak kecilnya, Ahmad dikhatankan dengan teknik kedua, smart clamping.

Sehari lepas khatan pergi klinik semula untuk buka. Lepas itu jaga macam biasa.”

Tak lepas dari mulut doktor dengan bismillah.

8 Sebab Ibu Ini Sunatkan Bayi Lelakinya Awal

1. Of course sebab nak ikut sunnah, even tahu dah lewat.

2. Komplikasi di kalangan bayi lebih rendah, berbanding kanak-kanak yang disunatkan pada usia tua.

3. Kanak-kanak berusia 6 tahun ke atas kebiasaannya lebih lasak dan pada usia ini mereka sudah merasai kesakitan.

4. Proses penyembuhan bayi lebih cepat mengambil masa kira-kira 5-7 hari sahaja berbanding dengan kanak-kanak berusia 6 tahun ke atas.

5. Proses berkhatan mudah sebab anak tak tahu pun dia tengah khatan. Doktor nak buat kerja pun senang. Sekejap je siap.

6. Proses penjagaan pun senang, tak banyak kerenah. Tak ada berpantang makan, cuma Ahmad kan breastfeed. So, umminya lah kene pantang sikit. Biasa je.

7. Lepas khatan Ahmad boleh meniarap macam biasa, mandi macam biasa, tak demam, lepas mandi just sapu krim.

8. Dalam masa 7 hari, Ahmad dah sembuh betul.

NOTA KAKI :

√    Normal untuk 2-3 hari awal pampers dia akan ada kesan darah sikit sebab luka masih basah.

√    Pampers anak wajib ditukar setiap 2 jam walaupun tak penuh untuk elakkan jangkitan dan kawasan luka menjadi lembap. Kalau penuh awal, lagi wajib tukar.

Sehari lepas khatan meniarap boleh macam biasa. Itu food feeder berisikan kurma.

Mak Ayah Yang Dah Sedia Nak Sunatkan Bayi Awal, Buat Cara Ini

SEBELUM

1. Sebelum bawa anak berkhatan, make sure dia kenyang, cukup tidur, dah buang air besar dan kecil.

2. Standby puting kalau ada.

SEMASA

1. Ibu Ayah banyakkan selawat, nak suruh anak selawat dia tak pandai. Doa biar dimudahkan.

2. Ajak anak bertenang. Pasang zikir atau something yang menenangkan. Macam Ahmad, abuya dia ajak tawasul madad ya Rasulullah ?

3. Kalau ada puting, suapkan biar dia hisap bagi khayal (suggested by doktor). Ahmad tak ada puting ganti jari kelingking maktok dia. Jari ummi halus doktor kata, takut dia tak nak.

NOTA KAKI :

Bayi akan menangis masa doktor masuk ubat bius jadi ibu ayah jangan cepat panik. Bertenang dan cuba bermain dengan anak bagi dia rasa relaks saja.

Cara betul pegang bayi lelaki lepas khatan. Ditunjukkan oleh suami Puan Fatin, Mohd Shahilan bin Mohd Noor

SELEPAS

Prosedur lepas khatan, doktor suruh standby untuk bagi susu.

Cara dukung bayi selepas berkhatan pula macam dalam gambar ini. Bahagian kemaluan yang dikhatan kena menghadap ke depan supaya tak terkena kawasan luka.

Pastikan anak pakai diaper yang sedikit longgar.

Kos Dan Tempat Khatan Bayi Lelaki

Ibu ini melakukan prosedur khatankan bayi lelakinya di klinik berdekatan kediamannya. Klinik Kamal, Kg Pasir Johor Bahru. Dekat dengan Plaza Angsana inilah jadi pilihan.

Highly recommended ! Doktor dia very fatherly dan nurse dia pun baik lemah lembut budi pekerti gitu.

Doktor Kamal terima bayi untuk dikhatankan dari usia dalam pantang. Boleh call dulu untuk buat appointment sebelum datang. Kos berkhatan teknik clamp RM200 siap ubat.”

Jom ikut sunnah ! Sunnah tak pernah memudharatkan. InshaAllah, kita akan dapat lihat anak lebih matang dan lebih cerdik.

Selamat berkhatan kepada yang nak bawak anak berkhatan. Prosedur khatan bayi lelaki mudah je.

Sumber/Foto/Video : Facebook Fatin Izzati

Published by
Netty Ah Hiyer